Keistimewaan Hari Jumaat Dan Amalan Sunnah Hari Jumaat


Salam Jumaat. Hari Jumaat penghulu segala hari yang juga dikenali dengan Sayyidul Ayyam yang memiliki banyak keistimewaannya. 
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud :
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya.

Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu dimana jika seseorang Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada Allah SWT akan sesuatu hajatnya. Nescaya Allah SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.”—Hadis Riwayat Al-Bukhari no, 935

baca juga : doa hari Jumaat quotes


Keistimewaan hari Jumaat1. Hari terselamat dari seksa kuburDaripada Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah SAW : “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan oleh Allah SWT daripada fitnah kubur.” —Hadis Riwayat Tarmizi2. Hari kebesaran mingguanIbnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda :
“Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri solat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.”—Hadis Riwayat Ibnu Majah3. Hari dihapuskan segala dosaSabda Rasulullah SAW : 
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar.”—Hadis Riwayat Muslim
4. Hari menambah pahalaAus bin Aus berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan berada di saf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan akan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” —Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah

5. Hari berlakunya kiamatHari Jumaat ini dikaitkan dengan hari di mana berlakunya hari kiamat atau hari pembalasan. Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa :“Pada hari Jumaat juga Kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” —Hadis Riwayat Muslim


7 Amalan sunnah hari JumaatAntara amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat adalah seperti berikut :
1. Bersedekahbn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan: “Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman juga yang bermaksud:Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.

Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan Nya.” —Surah Al-Baqarah, ayat 261 
2. Bersugi (bersiwak) Dan Memakai Bau-bauanMenjaga dan mengekalkan kebersihan mulut dan gigi, memakai wangi-wangian dan memakai pakaian yang terbaik memang sangat digalakkan bahkan mendapat pahala sebelum datang ke masjid.

“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan ke atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang.” —Hadis Riwayat Al-Bukhari
3. Membaca Surah Al-KahfiMembaca Surah Al-Kahfi pada malam Jumaat dan siangnya. Surah Al-Kahfi adalah antara surah yang boleh menghindarkan diri kita daripada fitnah dajal dan seterusnya memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumaat yang lain.

“Barangsiapa membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” —Hadis Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi
4. Zikir dan selawatMemperbanyakkan amalan kebaikan seperti membaca zikir dan selawat. Bacaan zikir "Ya Allah" yang dibaca berulang kali setiap hari sepanjang hari Jumaat, insya Allah akan memberikan kita ketenangan, semua rencana berjalan dengan mudah dan Allah membantu kita menyelesaikan segala masalah

baca juga : zikir dan doa Jumaat
5. Datang awal ke masjidDatang awal ke masjid membuatkan diri kita lebih tenang untuk memilih mana-mana saf. Tetapi masih ramai yang masih meremehkan untuk datang awal ke masjid setiap kali hendak solat Jumaat.

Kita juga boleh lakukan solat sunat tahiyatul masjid, membaca Al-Quran dan mendengar khutbah dengan jelas

6. Mandi sunat JumaatMandi sunat Jumaat termasuklah bersihkan diri, memotong kuku, mencabut bulu, dan mengunting misai. Imam Nawawi menyebut bahawa, disyariatkan untuk mandi sunat hari Jumaat bagi sesiapa yang ingin hadir menunaikan solat Jumaat.

Ini berdasarkan dari sebuah hadis yang bermaksud : “Sesiapa yang hendak mendirikan solat Jumaat, dia hendaklah mandi.” —Hadis Riwayat Muslim, no. 844
7. Jalan kaki ke masjidUmat Islam sangat digalakkan untuk mengutamakan untuk berjalan kaki dari menaiki kenderaan ke masjid. Setiap langkah penat, lelah, dan jauhnya kita melangkah itu mempunyai ganjaran pahala yang lebih besar nilainya.

Sumber : Mufti WP, akumuslim

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/02/amalan-sunnah-hari-jumaat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Amalan Pada Hari Jumaat Yang Rugi Kalau Ditinggalkan

5 Amalan Pada Hari Jumaat Yang Rugi Kalau Ditinggalkan

papar berkaitan - pada 17/2/2023 - jumlah : 239 hits
Hari Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari Pada hari ini jugalah terkumpul segala fadhilat dan kelebihan dalam beramal Maka sepatutnya kaum muslimin menjadikannya sebagai satu peluang untuk direbut bagi meningkatkan kuantiti dan kualit...
Zikir Dan Doa Hari Jumaat

Zikir Dan Doa Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 185 hits
Amalan zikir dan doa setiap hari sangat digalakkan untuk Umat Islam mengamalkannya Zikir hari Jumaat sangat mudah dibaca dan diingati Zikir Jumaat Ya AllahMaksudnya Ya Allah Zikir maksudnya mengingati Allah Zikir dilakukan berulang ulang me...
Fitnah Makin Besar Sekarang Ali Puteh Petik Nama Jiran Pula Minta Beri Bukti Dia Ada Di Rumah Ketika Hari Kejadian

Fitnah Makin Besar Sekarang Ali Puteh Petik Nama Jiran Pula Minta Beri Bukti Dia Ada Di Rumah Ketika Hari Kejadian

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 430 hits
Pelawak Ali Puteh tampil memberi peringatan kepada individu yang menuduhnya berada di rumah ketika balu Allahyarham Abam Hidayah datang berkunjung ke rumah mereka baru baru ini Difahamkan seorang individu yang mendakwa dirinya jiran dan tin...
Ww Breakfast Hari Ini

Ww Breakfast Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 143 hits
AssalamualaikumMasih mengekalkan breakfast bawa dari rumah hari ni hari ke dua semalam SA bawak sandwich cincai burger daging ngan sayur2 apa segala hari ni masih mengekalkan konsep yang sama cuma daging burger tu di tukar kepada telur mata...
Daging Salai Bekal Hari Ini

Daging Salai Bekal Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 174 hits
Assalamualaikum Happy lunch korang SA masih lagi setia bawak bekal hari ni bekal SA daging salai masak lemak cili api daging salai yang balance masa En Tunang ada kat Seremban hari tu ada lagi so SA mintak tolong Mak Pah masakkan campur den...
Menu Bekal Sa Hari Ini 14022023

Menu Bekal Sa Hari Ini 14022023

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 163 hits
Assalamualaikum Malam semalam SA gigih balik kerja dengan x mandi apa segala terus masuk dapur keletung keletang menumbuk sambal belacan buat ayam goreng kicap beli 1 pack ayam bahagian peha kat Sam Grocerys NuSentral RM10 beli timun jepun ...
Hari Pertama Abam Meninggal Peminat Dakwa Dah Ada Babak Rampas Duit

Hari Pertama Abam Meninggal Peminat Dakwa Dah Ada Babak Rampas Duit

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 168 hits
Selepas satu satu individu tampil mendakwa pernah melihat sisi berbeza pelawak Ali Puteh berhubung kemelut dengan balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali Terbaru adik Hidayah iaitu Mohd Zainuddin memuat naik satu tangkap...
Baru 100 Hari Dia Dikritik Hebat Sistem Idme Yang Dibangunkan Oleh Menteri Lepas Memang Perangkap Besar Buat Beliau

Baru 100 Hari Dia Dikritik Hebat Sistem Idme Yang Dibangunkan Oleh Menteri Lepas Memang Perangkap Besar Buat Beliau

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 181 hits
Kritikan Dr Anuar Ahmad tentang YB Menteri Pendidikan Artikel penuh boleh dibaca di Bagi aku kritikan ini biarpun pedas namun semuanya berpaksikan realiti Untuk seorang marhaen yang tidak terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan aku...
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Melamun Mana Lagi

Bn Menang Besar

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Rm20 Million Spent On Kl Tower Repairs Upgrades

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Aktiviti Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia Ppim 25 04 2025