Ziarah Dan Solat Di As Salaam Masjid Okachimachi


🌸 CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KEEMPAT - SABTU, 7 DISEMBER 2024 🌸
Jemput baca entri terdahulu —> Catatan Hari Keempat di Tokyo

As-Salaam Masjid merupakan masjid keempat yang sempat saya dan Encik Suami kunjungi ketika berada di Jepun. Sengaja saya selitkan aktiviti ziarah masjid dalam itinerari bagi mengetahui lebih dekat perkembangan Islam di negara minoriti Muslim ini, selain itu dapatlah kami menunaikan solat dalam keadaan selesa. Tambah seronok apabila dapat bertemu dan bertegur sapa (walau sekadar ucapan salam) dengan saudara seagama yang datang dari pelbagai negara
Info | As-Salaam Masjid juga dikenali sebagai Ueno Okachimachi Mosque. Operasi masjid ini digerakkan oleh As-Salaam Foundation.Berpandukan aplikasi Google Maps, kami berjalan kaki kira-kira 220 meter dari Naka-Okachimachi Station menuju ke As-Salaam Masjid. Tak susah nak mencari masjid ini kerana dari jauh kita dah boleh nampak seni bina masjid yang biasa kita lihat iaitu kubah. Sayangnya, saya tak perasan foto yang dirakam 'terpotong' binaan kubah di atas bangunan

As-Salaam Masjid terletak di sebuah bangunan empat tingkat. Aras bawah berfungsi sebagai Community Center, manakala aras atas berfungsi sebagai ruang solat lelaki dan perempuan

Pintu utama bangunan masjid

Terdapat sebuah mesin minuman di sini yang menawarkan pelbagai jenis minuman halal

Sebaik melangkah masuk bangunan, kami disambut mesra oleh seorang lelaki yang berada di kaunter Community Center. Kami ditunjukkan arah untuk ke ruang solat - masuk bangunan, pergi ke pintu di sebelah kanan

Di sini, tempat wuduk lelaki berada di aras bawah - ambil wuduk kemudian barulah naik ke tingkat atas untuk ke ruang solat lelaki. Sebelum melangkah naik tangga, kita perlu buka kasut dan letak di rak tersedia

Ruang solat perempuan di aras 2. Pintu ini perlu sentiasa di tutup sebab orang lelaki akan lalu untuk naik ke aras atas. 
Ruang solat muslimah - luas dan selesa. Pintu di bahagian hadapan kanan tu tempat wuduk dan tandas

Tempat wuduk dan tandas. Ruangnya terhad tapi ini pun dah cukup selesa dan memadai bagi sebuah masjid yang berada di negara minoriti Muslim

Di Jepun memang terdapat banyak notis peringatan di sana sini, termasuklah dalam masjid. Kalau datang Jepun kenalah rajin membaca supaya kita tak buat perkara yang menyalahi norma hidup masyarakat tempatan

Di sini, selepas berwuduk kita mesti keringkan kaki menggunakan tisu tebal/keras yang disediakan. Setakat beberapa buah masjid yang saya kunjungi di Jepun, semuanya menyediakan tisu tebal/keras di ruang wuduk untuk kita lap keringkan kaki. Amalan baik yang bagus kita ikuti. Tidaklah karpet jadi lembab dan berbau hapak

Di Jepun, kita tak boleh tinggalkan sampah kita sesuka hati sebab sistem pengurusan sampah di sini sangat terperinci dan mengutamakan kitar semula

Perasan tak? Notis dipaparkan dengan terjemahan bahasa Melayu/Indonesia. Saya tak tahu sebab yang tepat, tapi saya fikir mungkin kerana ramai para musafir warga Malaysia dan Indonesia yang menggunakan kemudahan masjid. Selain itu memang ada operasi masjid yang digerakkan oleh sukarelawan Indonesia yang menetap di Jepun, iaitu Masjid Nusantara di Akihabara.
Alhamdulillah kami berkesempatan menunaikan solat di As-Salaam Masjid sebanyak dua kali - iaitu pada hari keempat dan kelima di Tokyo. Saya rasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak As-Salaam Foundation yang telah berusaha mendirikan masjid ini. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadat umat Islam dan aktiviti keagamaan, masjid ini juga berfungsi sebagai pusat dakwah agama Islam.
As-Salaam Foundation juga sedang mendirikan Tokyo Central Masjid. Carian saya mendapati bangunan tersebut bakal siap pada bulan November 2025. Berminat menghulurkan dana? Boleh klik di link berikut --> As-Salaam Foundation
Info lanjut berkenaan operasi As-Salaam Foundation, waktu solat, waktu iqamah (untuk ikut serta solat berjemaah) dan jadual solat Jumaat (dilakukan beberapa kali) kalian boleh rujuk di laman rasmi As-Salaam Foundation.
Carian Google Maps - As-Salaam Masjid, Okachimachi









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/06/ziarah-dan-solat-di-as-salaam-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakcik Pakcik Bergaduh Di Masjid Berebut Jadi Imam

Pakcik Pakcik Bergaduh Di Masjid Berebut Jadi Imam

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 130 hits
KOSMOBeberapa lelaki berusia berebut untuk menjadi imam di Masjid Pos 3 Kota Bau Bau kelmarin XJAKARTA Satu klip video tular memaparkan beberapa jemaah berebut untuk menjadi imam sehingga berlaku pertengkaran mulut di sebuah masjid di wilay...
Reformis Ini Harus Diberi Tempat Masjid Ubudiah Kuala Kangsar Kejatuhan Barisan Alternatif

Reformis Ini Harus Diberi Tempat Masjid Ubudiah Kuala Kangsar Kejatuhan Barisan Alternatif

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 166 hits
Hampir semua calon calon MPP ni masa nak raih undi tanpa gagal turun buat road tour satu Malaysia Dah menang nanti jangan tak nampak langsung batang hidung turun ke lokasi yang samaJangan bagi alasan clich tak ada duit Masa bertanding harit...
Dua Pemimpin Utama Pas Perak Didakwa Ingkar Arahan Sultan Ceramah Di Masjid Tanpa Tauliah

Dua Pemimpin Utama Pas Perak Didakwa Ingkar Arahan Sultan Ceramah Di Masjid Tanpa Tauliah

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 170 hits
Pemimpin Pas Perak didakwa ingkar arahan Sultan ceramah di masjid tanpa tauliah SITI NUR ZAWANIDua pemimpin utama Pas Perak didakwa melanggar garis panduan JAIPk apabila memberi kuliah agama di masjid yang berdaftar di bawah Majlis Agama Is...
Mb Perak Arah Jaipk Siasat Dakwaan Pemimpin Pas Ceramah Di Masjid Tanpa Tauliah

Mb Perak Arah Jaipk Siasat Dakwaan Pemimpin Pas Ceramah Di Masjid Tanpa Tauliah

papar berkaitan - pada 23/5/2025 - jumlah : 138 hits
SITI NUR ZAWANIMay 22 2025Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengarahkan Jabatan Agama Islam Perak menyiasat dakwaan dua pemimpin utama Pas di negeri itu memberi kuliah di masjid tanpa memiliki tauliah yang sah Beliau berkata JA...
Astaghfirullah Jemaah Umrah Main Judi Online Dalam Masjid Di Madinah

Astaghfirullah Jemaah Umrah Main Judi Online Dalam Masjid Di Madinah

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 134 hits
KOSMOTangkap layar menunjukkan jemaah itu bermain judi dalam talian semasa menunaikan umrah XMEKAH Seorang lelaki warga Indonesia menerima kecaman orang ramai apabila dirakam bermain judi secara online di kota Madinah ketika menunaikan umra...
Kes Sis Cabar Fatwa Jais Seru Solat Hajat Hari Ini Minggu Depan

Kes Sis Cabar Fatwa Jais Seru Solat Hajat Hari Ini Minggu Depan

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 102 hits
SIS Forum cabar keabsahan fatwa fahaman liberalisme dan pluralisme agama yang diwartakan pada 17 Julai 2014 Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan berkait permohonan SIS Forum mencabar keabsahan fatwa fahaman liberalisme dan pluralisme...
Tengok Orang Korban Di Masjid

Tengok Orang Korban Di Masjid

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 125 hits
Assalamualaikum SA ni jarang tengok ibadah korban kat Masjid hari ni SA berpeluang ke masjid dan menyaksikan orang orang masjid melakukan aktiviti korban ada yang korban kambing dan adabyang korban lembu ada yang kongsi bahagian ada yang pe...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Hundreds Of Fake Guns Seized In Raid On House In Segambut

7 Beaches With Something More For The Fourth Of July And Beyond


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Percetakan Silkscreen Pada Plastik Kaca Botol Kosmetik Solusi Tahan Lama Profesional

Back To Normal Setelah 5 Hari Bercuti

Nugget Homemade

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri

Saya Bukan Jenis Menggedik Lelaki Nak Mengorat Saya Tak Bagi Muka Sherry Ibrahim Tak Kisah Hidup Solo

Saya Tak Gentar Penjara Balas Rafizi Pada Puad Zarkashi