Zarah Sars Cov 2 Terapung Di Udara Ketika Bercakap Menyanyi


Penyelidik Singapura mendedahkan partikel (zarah) sindrom pernafasan akut teruk coronavirus 2 (SARS-CoV-2) daripada seorang yang dijangkiti, boleh tersebar sewaktu bercakap atau menyanyi. Foto 123RF


SINGAPURA: Kajian baharu diketuai penyelidik Singapura mendedahkan bahawa partikel (zarah) sindrom pernafasan akut teruk coronavirus 2 (SARS-CoV-2) daripada seorang yang dijangkiti, boleh tersebar sewaktu bercakap atau menyanyi.

Penyelidik Universiti Nasional Singapura (NUS) mendapati zarah halus yang terapung di udara (aerosol) - kurang daripada 5 mikrometer (μm) - yang terhasil daripada dua jenis aktiviti ini, mengandungi lebih banyak zarah virus daripada zarah kasar - lebih daripada 5 μm.

Penyelidik membuat rumusan, zarah halus yang tersebar daripada pernafasan mungkin memainkan peranan besar dalam penularan SARS-CoV-2, terutama dalam persekitaran tertutup dan dengan itu, ia perlu diambil kira sewaktu proses merangka langkah pencegahan.

“Kajian sebelum ini menunjukkan memang wujud zarah yang terapung di udara atau sejumlah zarah halus yang terhasil daripada percakapan atau menyanyi. Bagaimanapun, mereka tidak mengukur jumlah zarah virus SARS-CoV2 yang terhasil,” kata ketua projek, Profesor Madya Tham Kwok Wai menerusi kenyataan pada Rabu.

Tham berkata, menurut perkiraan mereka, ini adalah kajian pertama untuk mengukur dan membandingkan zarah halus SARS-CoV-2 yang terhasil menerusi pernafasan, bercakap dan menyanyi.

“Oleh itu, kajian pasukan ini menyediakan asas untuk menganggarkan risiko penularan jangkitan,” kata Tham daripada Jabatan Pembinaan Alam Sekitar, Sekolah Pembangunan Reka Bentuk dan Alam Sekitar.

Kajian yang pertama kali diterbitkan dalam jurnal Clinical Infectious Diseases pada 6 Ogos 2021, membabitkan 22 pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke Pusat Penyakit Berjangkit (NCID) daripada Februari hingga April 2021.

Peserta kajian ini perlu melakukan tiga aktiviti pernafasan sehari; aktiviti bernafas selama 30 minit, bercakap selama 15 minit dengan membaca kuat buku kanak-kanak, dan 15 minit menyanyi beberapa lagu. Mereka dibenarkan berehat di antara setiap aktiviti.

Ketika melakukan ketiga-tiga aktiviti ini mereka menggunakan alat yang direka khas bagi mengumpul zarah halus dalam pernafasan yang dikenalil sebagai Gesundheit-II.

"Kami mendapati pesakit COVID-19 peringkat awal meninggalkan kesan zarah asid ribonukleat (RNA) SARS-CoV-2 dalam pernafasan.

“Bagaimanapun, kadar pelepasan virus daripada pernafasan itu berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Agak mengejutkan juga kerana sesetengah pesakit mereka melepaskan lebih banyak virus ketika bercakap berbanding menyanyi,” kata ketua bersama projek itu, Dr Kristen Coleman dari Sekolah Perubatan Duke-NUS.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pendedahan terhadap zarah halus yang terhambur daripada pernafasan perlu ditangani, terutama dalam persekitaran tertutup, tempat penularaan SARS-CoV-2 menerusi bawaan udara sering berlaku.

Bagi mengurangkan risiko terdedah terhadap zarah seni ini adalah menerusi langkah pencegahan seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, meningkatkan tahap pengudaraan bilik, menyediakan sistem penapisan udara lebih cekap dan menggunakan teknologi pembersihan udara yang sesuai.

Khususnya, pasukan penyelidik mencadangkan pendekatan pencegahan berlapis bagi mengurangkan risiko penularan SARS-CoV-2 bawaan udara.

Selepas kemunculan varian Delta yang dilaporkan lebih mudah berjangkit, pasukan penyelidik itu merancang untuk meneruskan kajian menggunakan kaedah sama bagi menentukan sama ada zarah halus yang keluar daripada pernafasan mereka yang dijangkiti varian Delta, turut lebih tinggi berbanding varian sebelum ini.

Oleh kerana bercakap adalah aktiviti utama masyarakat, penyelidik juga ingin mengkaji tahap risiko jangkitan daripada pernafasan atau pengesanan virus hidup daripada pernafasan mereka yang dijangkiti penyakit berkenaan. - BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/zarah-sars-cov-2-terapung-di-udara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketika Jenazah Terbungkus Kaku Merata Mereka Sibuk Berebut Kuasa

Ketika Jenazah Terbungkus Kaku Merata Mereka Sibuk Berebut Kuasa

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 281 hits
PETALING JAYA Seorang doktor menggambarkan suasana di Jabatan Kecemasan di hospital tempatnya bertugas tidak ubah seperti Tsunami Covid 19 Pakar bius dikenali sebagai Dr Hana Hadzrami berkata pesakit yang baru meninggal dunia terpaksa diuru...
Kepada Siapa Najib Bermadah Ada Bersama Ketika Senang Ada Bersama Ketika Susah

Kepada Siapa Najib Bermadah Ada Bersama Ketika Senang Ada Bersama Ketika Susah

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 178 hits
Ada yang bersama ketika senang Ada yang bersama ketika susah Namun tidak ramai yang kekal kerana siapa hendak susah jika boleh senang Mereka yang hanyut dalam keselesaan akan terus dikaburi oleh keselesaan Lihatlah keadaan kita hari ini Sia...
Kerani Akaun Diragut Ketika Hendak Ke Pejabat

Kerani Akaun Diragut Ketika Hendak Ke Pejabat

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 181 hits
Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan suspek menaiki motosikal berwarna merah muncul dari belakang sebelum merentap bag tangan mangsa SIBU Seorang wanita mengalami kerugian kira kira RM2 000 apabila beg tangannya diragut penunggang motosik...
Hiburan Dilarang Merakam Video Ketika Suntikan Vaksin Shiha Zikir Persoal Adab Petugas Kesihatan Di Ppv

Hiburan Dilarang Merakam Video Ketika Suntikan Vaksin Shiha Zikir Persoal Adab Petugas Kesihatan Di Ppv

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 231 hits
Gara gara dilarang mengambil video sepanjang proses suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa berang dan turut mempersoalkan adab petugas kesihatan yang bertugas ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPerkara ter...
Dakwaan Mayat Pesakit Covid 19 Masih Hidup Ketika Mahu Dikebumikan Adalah Tidak Benar

Dakwaan Mayat Pesakit Covid 19 Masih Hidup Ketika Mahu Dikebumikan Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 304 hits
SEBENARNYA Menurut Hospital Kuala Lumpur HKL ingin memaklumkan bahawa tiada kejadian seperti yang ditularkan berlaku SUMBER Facebook Rasmi HKL Facebook Rasmi KKM Berita Harian Harian Metro MAINKAN PE
Pelajar Maut Ketika Cari Line Internet

Pelajar Maut Ketika Cari Line Internet

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 183 hits
Pelajar maut ketika cari liputan Internet Sibu Seorang pelajar perempuan maut manakala rakannya cedera ringan selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar lari oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti ketika sedang mencari liput...
Ketika Semua Berebut Capai Kedudukan Anwar Sibuk Dengan Betik Dan Cilinya

Ketika Semua Berebut Capai Kedudukan Anwar Sibuk Dengan Betik Dan Cilinya

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 225 hits
Ketika semua parti berebut rebut berusaha untuk mempastikan pasukan masing masing berada di takhta politik Malaysia Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat naik gambar beliau berkebun Anwar sibuk menjaga betiknya ketika p...
Ketika Harapan Punah Berlaku Keajaiban Sebab Doa Yassin Solat Hajat

Ketika Harapan Punah Berlaku Keajaiban Sebab Doa Yassin Solat Hajat

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 239 hits
TERKINI sehingga pukul 6 petang Sabtu paras oksigen dalam badan Siti Sarah ialah 85 Satu perkembangan yang Shuib anggap luar biasa PETALING JAYA Pelawak Shuib percaya doa doa bacaan Yassin dan solat hajat tidak henti henti daripada semua or...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Prinsip 90 10 Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Hiburan Tak Nak Tape Nak Jenis Pants Sikap Asnaf Komen Pemberian Bantuan Maiwp Jadi Tumpuan

Menjelang Muktamar Pas Geng Ustaz Nak Langgar Geng Publika Dalam Pas

Traffic Reported Smooth On Major Highways

In Death Sabahan Haryanie Binti Jamil Teaches Peninsular Muslims True Meaning Of Religious Diversity