Zakat Penampung Keperluan




oleh Mohd Rizal Azman Rifin
ZAKAT adalah ibadah wajib terangkum dalam Rukun Islam ketiga. Kewajipan membayar zakat bagi mereka yang layak adalah satu ibadah dalam menyucikan diri dan harta bendanya. Malah dalam Islam zakat begitu istimewa sehingga Allah menyenaraikan ia seiiring dengan solat dan dapat diperhatikan dalam banyak ayat-Nya.
Misalnya, dalam Surah al-Baqarah ayat 110 Allah berfirman, “Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa juga yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan.”
Allah memberitahu kita dalam harta dimiliki itu, terdapat bahagian golongan tertentu seperti fakir miskin. Jadi, jelas harta kita bukan untuk dimiliki secara mutlak berseorangan sahaja. Perintah menunaikan zakat juga perlu dilihat antara kaedah Allah memperhatikan hamba-Nya yang berharta sama ada bakhil ataupun tidak.
Sedangkan, kadar dikenakan terhadap harta benda atau wang ringgit yang tersimpan bukanlah banyak sangat, sekadar 2.5 peratus. Kalau kadar serendah itupun dianggap membebankan, jelas sekali kita dalam kategori hamba Allah yang tangkai jering.
Ingat kepada pesanan Allah seperti mana terakam dalam Surah az-Zariyat ayat 19, Allah berfirman yang bermaksud, “Dan pada harta mereka (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).”
Sejarah menunjukkan titik mula perintah menunaikan zakat ialah pada tahun kedua selepas Baginda SAW berhijrah ke Madinah. Ayat perintah tunaikan zakat terkandung dalam ayat atau surah Madaniyah, iaitu wahyu Allah lebih berfokus terhadap aspek hukum-hakam dan syariat Islam berbanding sebelumnya yang menekankan aspek akidah.
Zakat dalam Rukun Islam ketiga itu mempunyai hikmah atau falsafahnya yang tersendiri. Sebagaimana halnya dengan syariat Islam yang lain, zakat juga tidak kurang sarat dengan falsafahnya yang sepatutnya kita fahami supaya dengan adanya pengetahuan dan pemahaman yang mendalam mengenainya, kita tidak terasa terbeban sebaliknya akan timbul satu rasa kesedaran tinggi untuk segera mengeluarkan zakat sebagai menyahut perintah Allah.
Antara falsafahnya tidak lain bagi membentuk masyarakat Islam yang saling membantu antara satu sama lain. Hal ini khususnya bagi mereka yang kaya harta akan bersedia dengan hati reda dan sedar tanggungjawabnya sebagai hamba Allah untuk menyumbangkan sedikit daripada bahagian hartanya untuk dikecapi golongan yang memerlukan.
Penulis adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/21/zakat-penampung-keperluan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=zakat-penampung-keperluan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid19 Mainpp Perkenal 2 Kadar Bayaran Zakat Fitrah Rm7 Dan Rm16 Di Pulau Pinang

Covid19 Mainpp Perkenal 2 Kadar Bayaran Zakat Fitrah Rm7 Dan Rm16 Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 240 hits
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah di negeri ini iaitu RM7 dan RM16 Dua kadar bayaran itu ditetapkan selepas mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan diperkenankan ...
Cara Mohon Bantuan Zakat Kecemasan Bagi Mereka Yang Terjejas Pendapatan

Cara Mohon Bantuan Zakat Kecemasan Bagi Mereka Yang Terjejas Pendapatan

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 492 hits
Untuk mereka yang terjejas pendapatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan di kawasan Wilayah Persekutuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyediakan Bantuan Zakat Kecemasan bagi membantu mereka Perkara ini dikongsi Menteri Di Ja...
10 Manfaat Zakat Bagi Umat Muslim Bersihkan Hati Hingga Sempurnakan Iman

10 Manfaat Zakat Bagi Umat Muslim Bersihkan Hati Hingga Sempurnakan Iman

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 181 hits
Hukum zakat sendiri adalah wajib tanpa pengecualian bagi setiap umat Islam yang mampu Dari penjelasan berbagai sumber disebutkan bahwa zakat adalah kewajiban individu yang dikeluarkan oleh semua muslim yang memiliki harta
Jenis Jenis Zakat Syarat Dan Tata Cara Penghitungannya

Jenis Jenis Zakat Syarat Dan Tata Cara Penghitungannya

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 263 hits
Zakat termasuk dalam kategori ibadah wajib yang telah diatur berdasarkan Al Quran dan sunah Selain itu zakat juga merupakan amal sosial kemasyarakatan dan kemanusiaan yang dapat berkembang sesuai dengan perkembangan umat manusia
Sumbangan Untuk Keperluan Covid 19

Sumbangan Untuk Keperluan Covid 19

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 305 hits
https m facebook com story php story fbid 10220592054183135 id 1587733405 Sumbang Kasih Covid 19 Friend BN Muafakat Nasional Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia Mengucapkan Syabas Dan TQVM Kepada TEAM PARTI CINTA MALAYSIA Yang Juga Mer...
Kadar Zakat Fitrah Di Terengganu Rm7 Seorang

Kadar Zakat Fitrah Di Terengganu Rm7 Seorang

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 214 hits
Foto Oleh GoogleKUALA TERENGGANU 14 April Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu menetapkan kadar fitrah bagi tahun ini tidak kurang RM7 setiap orang Yang Dipertua MAIDAM Dato Osman Muda berkata kadar fitrah yang ditetapkan dibuat se...
Amil Zakat Puji Aliff Syukri Tak Pernah Tinggal Bayar Zakat

Amil Zakat Puji Aliff Syukri Tak Pernah Tinggal Bayar Zakat

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 242 hits
Seakan tidak serik menjadi mangsa kecaman netizen baru baru ini usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dilihat memuat naik gambar cek pembayaran zakat The post appeared first on
Kadar Zakat Fitrah Ikut Jenis Beras Yang Dimakan 3 Jenis Beras Ini Bayarannya Lebih Sikit

Kadar Zakat Fitrah Ikut Jenis Beras Yang Dimakan 3 Jenis Beras Ini Bayarannya Lebih Sikit

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 518 hits
Beberapa hari saja lagi Ramadan akan menjengah Apabila menyebut tentang bulan puasa pasti bayaran zakat sinonim dengannya Bayaran zakat dikira mengikut jumlah kepala di dalam keluarga dan mengikut harga beras Pun begitu ada segelintir masya...
Bayar Zakat Fidyah Dalam Talian Tepati Hukum Syarak

Bayar Zakat Fidyah Dalam Talian Tepati Hukum Syarak

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 461 hits
Umat islam digalak membayar zakat fitrah secara dalam talian memandangkan ia lebih mudah dan selaras dengan pematuhan perintah kawalan pergerakan Menurut Setiausaha Kehormat Panel Undang Undang Majlis Dakwah Negara Dr Nurul Haq Shahrir kaed...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tunas Usahawan Belia Bumiputera Syarat Cara Mohon

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Mihun Goreng


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Kalau Banjir Dulu Mb Terengganu Ke New Zealand Kali Ini Ke Manchester Uk

Asus Bakal Buat Majlis Pelancaran Maya Untuk Ces 2025

Gelaran Raja Utara Milik Kedah Fans Penang Bengang Tak Boleh Makan Lawan Tak Bergaji Netzkorner

Elisya Sandha Umum Hamil Anak Kedua Bunga Nak Jadi Kakak Dah