Covid19 Mainpp Perkenal 2 Kadar Bayaran Zakat Fitrah Rm7 Dan Rm16 Di Pulau Pinang


Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah di negeri ini iaitu RM7 dan RM16.

Dua kadar bayaran itu ditetapkan selepas mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata penetapan dua kadar bayaran berkenaan adalah untuk memberi peluang kepada umat Islam negeri ini yang memiliki kelebihan dari segi kemampuan menunaikan kewajipan zakat fitrah mengikut kadar yang lebih tinggi iaitu RM16.

Bagaimanapun, katanya bagi mereka yang tidak berkemampuan dan mempunyai tanggungan ramai boleh membuat bayaran zakat pada kadar RM7 seperti yang ditetapkan pada tahun lalu.

“MAINPP sedar suasana penularan wabak COVID-19 yang masih belum pulih sejak beberapa minggu lalu memberi kesan kepada pendapatan isi rumah sebahagian umat Islam di negeri ini.

“Oleh itu, bagi golongan yang terjejas kemampuan mereka membayar zakat fitrah kerana bilangan tanggungan yang ramai, maka bayarlah zakat fitrah mengikut kadar RM7 manakala bagi mereka yang mempunyai pendapatan lebih digalakkan untuk membayar pada kadar RM16,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Tahun lalu, kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang merekodkan RM5.06 juta dan dijangkakan lebih RM7 juta dapat dikutip bagi tahun ini.



Ahmad Zakiyuddin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkata, pembayaran zakat fitrah itu hendaklah dibayar kepada amil yang sah dan dilantik oleh MAINPP mengikut Seksyen 16, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

“Tahun ini, seramai 1,755 amil dilantik oleh MAINPP membabitkan 239 kariah.

“Namun, sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan hingga Ramadan, umat Islam digalakkan membuat bayaran melalui kaedah dalam talian menggunakan aplikasi Snap N Pay, JomPay dan beberapa kaedah digital yang akan diumumkan kelak.

“Jangan bimbang untuk membuat bayaran menggunakan kaedah ini jika tidak mempunyai akad kerana akad itu hanya sunat,” katanya

Jelasnya, kaedah bayaran konvensional tetap diteruskan bagi mereka yang tidak mempunyai akses atau tidak mahir dalam teknologi namun caranya akan dimaklumkan kelak berdasarkan perkembangan situasi semasa COVID-19.

“Kita akan bermesyuarat sama ada akan membuka sebahagian masjid untuk tujuan bayaran zakat yang mana kita akan mematuhi segala arahan dengan mengutamakan penjarakan sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zakiyuddin berkata, pihaknya akan mencari jalan atau kaedah lain penyampaian bantuan kepada golongan memerlukan sepanjang Ramadan kerana sebarang perhimpunan adalah dilarang sama sekali pada masa kritikal ini.

BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/04/covid19-mainpp-perkenal-2-kadar-bayaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kadar Zakat Fitrah Di Terengganu Rm7 Seorang

Kadar Zakat Fitrah Di Terengganu Rm7 Seorang

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 230 hits
Foto Oleh GoogleKUALA TERENGGANU 14 April Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu menetapkan kadar fitrah bagi tahun ini tidak kurang RM7 setiap orang Yang Dipertua MAIDAM Dato Osman Muda berkata kadar fitrah yang ditetapkan dibuat se...
Bantuan Zakat Selangor Pulau Pinang Lain Lain Nak Tolong Anda

Bantuan Zakat Selangor Pulau Pinang Lain Lain Nak Tolong Anda

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 497 hits
SOURCE appeared first on Ini senarai Bantuan Zakat Selangor Pulau Pinang Penang Lain lain Nak Tolong Anda selain daripada Nampaknya semakin ramai yang berada dalam keadaan terdesak selepas agak lama berkurung dalam rumah dek kerana akur den...
Covid19 Elaun Penarik Beca Pulau Pinang Bagi Tiga Bulan Dibayar Sekali Gus

Covid19 Elaun Penarik Beca Pulau Pinang Bagi Tiga Bulan Dibayar Sekali Gus

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 253 hits
Kerajaan Pulau Pinang akan membayar elaun penarik beca di negeri ini untuk tempoh April hingga Jun secara sekali gus pada bulan hadapan kerana mereka terjejas dengan penularan wabak COVID 19 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Seni Budaya da...
Sabar Tabah Hadapi Covid19 Mufti Pulau Pinang

Sabar Tabah Hadapi Covid19 Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 304 hits
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan adalah masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan kerjaya supaya prestasi bertambah baik Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata ketika ini juga ibu bapa bole...
Pulau Pinang Mahu Pemeriksaan Sempadan Lebih Ketat Kekang Covid19

Pulau Pinang Mahu Pemeriksaan Sempadan Lebih Ketat Kekang Covid19

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 283 hits
Kerajaan Pulau Pinang hari ini menggesa kerajaan pusat supaya mengetatkan kawalan pintu masuk ke Seberang Perai bagi mengekang penyebaran Covid 19 di negeri itu Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Kementerian Dalam Negeri perlu segera menin...
Tiada Lambakan Sayur Dan Buah Di Pulau Pinang

Tiada Lambakan Sayur Dan Buah Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 290 hits
Tidak berlaku lambakan hasil pertanian seperti sayur dan buah buahan di Pulau Pinang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Dr No...
Premis Gunting Rambut Tidak Boleh Beroperasi Sepanjang Pkp Di Pulau Pinang Ketua Menteri

Premis Gunting Rambut Tidak Boleh Beroperasi Sepanjang Pkp Di Pulau Pinang Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 266 hits
GEORGE TOWN 11 April Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk tidak membenarkan premis gunting rambut dibuka atau beroperasi di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata perkara i...
Malaysia And Singapore Zakat Fitrah Rates For 2019

Malaysia And Singapore Zakat Fitrah Rates For 2019

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 330 hits
Zakat Fitrah is a zakat tithe on self mandatory on ALL Muslims during the month of Ramadan The time to pay Zakat Fitrah is during the whole month of Ramadan up until the morning of Aidil Fitri Muslim public is advised to pay early to avoid ...
Jambatan Pulau Pinang Ke 2

Jambatan Pulau Pinang Ke 2

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 880 hits
Assalammualaikum Dunia Haaaa hari ke 20 lack down Jalan jalan dah sampai Penang korang patut melintasi Penang Bridge yang kedua Cantik nyer langit diatas Penang Bridge Akhirnya sampai jugak Wow I m here Blue sky Dulu dulu first time pi Pena...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing