Zakat Family Lzs Bantu Lengkapkan Tanggungjawab Ketua Keluarga


Assalamualaikum semua,
Tanggungjawab sebagai ketua keluarga dalam Islam bukan sekadar mencukupi nafkah,memberi pendidikan dan ilmu serta kehidupan lahiriah yang lengkap sahaja ye.Kena bertanggungjawab dalam perlaksanaan ibadah surhan Allah dan rukun Islam dan Iman juga.Bukan mudah tau menjadi ketua keluarga,banyak dan berat tanggungjawabnya




Kali ni Cik Sue nak kongsikan satu kempen oleh Lembaga Zakat Selangor yang baru di lancarkan untuk membantu ketua keluarga melunaskan tanggungjawab mereka iaitu Kempen Zakat@Family

Apa itu Zakat@Family? 
“Zakat@FAMILY” adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawb di dalam sesebuah keluarga. Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di Selangor
Kenapa LZS mengadakan Kempen Zakat@Family? 
Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri – ciri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini

Zakat adalah salah satu fardhu dalam rukun islam yang lima. Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah SWT kepadanya

LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka

Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor


Objektif Kempen Zakat@Family.
1. Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan            tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di      bawah tanggungan dan jagaan mereka.

2.  Menyebar luas dakwah zakat kepada umat islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor.

3.  Memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan     kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung     kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil      baligh atau mukallaf).

Bagaimana Kempen Zakat@Family di laksanakan? 
1. Ketua keluarga memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan        borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk :

    -Diri Sendiri

    -Pasangan

    -Tanggungan

    - Individu di bawah jagaan


2. Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”.





KLIK SINI untuk pengiraan zakat anda


3. Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau           penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan,     tanggungan atau individu di bawah jagaannya






Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :


FAQ PELAKSANAAN TAKSIRAN & BAYARAN “Zakat@FAMILY”


SOALAN 1 :   Apakah yang dimaksudkan dengan “Zakat@FAMILY” ?
JAWAPAN :   Zakat@FAMILY adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih dibawah tanggungan atau di bawah jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di negeri Selangor.


SOALAN 2 :   Apakah dalil yang menerangkan keperluan pelaksanaan “Zakat@FAMILY” ?
JAWAPAN :   Firman Allah SWT,
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا
 مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
Maksudnya     : “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang kasar, bengis (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah terhadap setiap perkara yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap (setia) melaksanakan segala yang diperintahkan.
(Surah al-Tahrim: 6)

SOALAN 3 :   Apakah hukum melaksanakan tuntutan “Zakat@FAMILY” ?

JAWAPAN :   Hukum melunaskan zakat adalah wajib bagi individu yang mempunyai lebihan harta mengikut syarat dan kadar yang tertentu. Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab dan amanah terhadap ketua sesebuah keluarga dalam memastikan pelaksanaan zakat dilaksanakan tanpa terkecuali bersesuaian dengan firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Tahrim ayat 6, yang menerangkan tentang peringatan kepada ketua keluarga agar memelihara diri dan keluarga dari menjadi bahan bakar api neraka.

SOALAN 4 :   Bagaimanakan kaedah kiraan zakat melalui taksiran “Zakat@FAMILY” ?

JAWAPAN :   Kaedah kiraan dan taksiran Zakat@FAMILY adalah seperti yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor melalui penggunaan  “Borang Taksiran Zakat Harta Individu” dengan tambahan butiran jumlah harta tanggungan masing-masing (pasangan, ibu, bapa & anak-anak) seperti berikut :

SOALAN 5 :   Saya menjaga adik saya berumur 35 tahun yang mempunyai masalah kesihatan (down syndrom). Adik saya mewarisi duit sebanyak RM20 ribu daripada arwah bapa saya. Adakah adik saya wajib membayar zakat dan bagaimanakah urusan pembayarannya ?

JAWAPAN :   Zakat diwajibkan ke atas adiknya kerana dia adalah pemilik sempurna bagi harta tersebut. Walaubagaimanapun, sebagai dakwah dan memenuhi tuntutan berzakat, menjadi tanggungjawab abang sebagai penjaga untuk membuat taksiran dan pembayaran zakat mewakili adiknya melalui kaedah Zakat@FAMILY.

Berzakat itu pensucian harta.

Zakat itu memang tuntutan bagi setiap muslim terutama ketua keluarga untuk menguruskannya,yangmenjadi tunjang dalam urusan rumahtangga.Semoga usaha untuk berzakat akan di pandang mulia serta di permudahkan oleh Allah ,malah menjadi asbab bertambah rezki dan keberkatan dalam hidup keluarga setiap muslim.Dengan usaha LZS ni juga sekurangnya dapat membantu urusan ketua keluarga melaksanakan tuntutan berzakat,tidak susah pun jika masih terdapat keraguan atau kesulitan hubungi sahaja Lembaga Zakat Selangor untuk pertanyaan ,Insya Allah mereka akan menjawab dengan sejelasnya :

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Zakat@FAMILY ini,korang boleh layari laman web dan media sosial Lembaga Zakat Selangor

Laman Web :
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR


Facebook
Lembaga Zakat Selangor

Instagram
@zakatselangor


Jom berzakat...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sueizza.com/2019/11/zakatfamily-lzs-bantu-lengkapkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kewajipan Zakat Untuk Keberkatan Hidup Keluarga Zakat Family Diperkenalkan

Kewajipan Zakat Untuk Keberkatan Hidup Keluarga Zakat Family Diperkenalkan

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 530 hits
Assalamualaikum w b t Tanggungjawab Zakat Untuk Keberkatan Keluarga Bila sebut Zakat rasanya kebanyakkan orang dah tahu terutamanya umat Islam Sekarang ini dah pelbagai cara untuk memudahkan umat Islam membayar Zakat cuma bergantung kepada ...
Pengenalan Zakat Family Kepada Semua Keluarga Muslim Di Selangor

Pengenalan Zakat Family Kepada Semua Keluarga Muslim Di Selangor

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 499 hits
Salam Jumaat Semoga pada hari yang mulia ini kita diberikan peluang untuk lebih memberi dalam apa juga cara Pada hari yang mulia ini aku nak kongsikan kat korang tentang program baru yang Lembaga Zakat Selangor baru sahaja lancarkan iaitu Z...
Dedi Mulyadi Airlangga Legowo Bantu Bamsoet Jadi Ketua Mpr

Dedi Mulyadi Airlangga Legowo Bantu Bamsoet Jadi Ketua Mpr

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 175 hits
Ketua DPD Partai Golkar Jawa Barat Dedi Mulyadi ingin Rapimnas sebagai ajang konsolidasi sekaligus rekonsiliasi menuju Munas awal Desember mendatang Rapimnas akan digelar 14 15 November Sementara Munas digelar 4 5 Desember
Zakat Berat Badan Ketua Ajaran Sesat Ditangkap

Zakat Berat Badan Ketua Ajaran Sesat Ditangkap

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 321 hits
Seorang warga emas yang berumur 74 tahun ditangkap lelaki tersebut yang mengaku dirinya sebagai rasul Lelaki itu juga mengatakan bahawa dia mampu menunjukkan cara yang lebih mudah untuk memasuki syurga Lelaki itu ditangkap dibawah kesalah p...
Tunaikan Zakat Family Demi Mendapatkan Keberkatan Dalam Hidup Berkeluarga

Tunaikan Zakat Family Demi Mendapatkan Keberkatan Dalam Hidup Berkeluarga

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 691 hits
Assalamualaikum Mencari keberkatan bukan hanya melibatkan diri sendiri malahan sekiranya kita telah berumah tangga ada suami ada isteri dan ada anak anak mencari keberkatan adalah penting Untuk hidup bahagia sesebuah keluarga perlu mendapat...
Perlaksanaan Kempen Zakat Family Oleh Lembaga Zakat Selangor

Perlaksanaan Kempen Zakat Family Oleh Lembaga Zakat Selangor

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 500 hits
Perlaksanaan Kempen Zakat FAMILY Oleh Lembaga Zakat Selangor Salam Jumaat sahabat Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi peluang dan juga ruang untuk sama sama menghirup udara khatulistiwa di bumi Allah yang luas ini Bersempena hari ...
Pleno Golkar Sempat Panas Karena Kabar Ketua Panitia Munas Azis Syamsuddin

Pleno Golkar Sempat Panas Karena Kabar Ketua Panitia Munas Azis Syamsuddin

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 174 hits
Ketua Korbid Pemenangan Pemilu Wilayah Sumatera Indra Bambang Utoyo yang hadir dalam rapat itu mengungkap perdebatan terjadi karena posisi ketua SC Munas Golkar Sebab sebelumnya beredar akan dipimpin oleh Azis Syamsuddin ketua pemenangan Ai...
Haqiem Rusli Bawa Keluarga Tunai Umrah Minggu Depan

Haqiem Rusli Bawa Keluarga Tunai Umrah Minggu Depan

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 991 hits
Sebelum ini pernah menyuarakan hasratnya untuk membawa ibu bapanya mengerjakan umrah nampaknya impian penyanyi dan komposer Haqiem Rusli tercapai apabila bakal berangkat The post appeared first on
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration