Zaituna Restaurant Punyai Sajian Masakan Arab Terbaik
ZAITUNA RESTAURANT PUNYAI SAJIAN MASAKAN ARAB TERBAIK
HIDANGAN ENAK DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN
Makanan Arab sememangnya memiliki identiti yang tersendiri. Ia bukan sahaja kaya dengan rempah ratus serta aroma yang menawan, malah merupakan hidangan yang sihat dan segar. Oleh sebab itu, makanan Arab memiliki peminat yang tersendiri. Bagi AlongMurni (AM), makanan Arab bukan sahaja memiliki hidangan pembuka selera yang enak, malah hidangan utama, pencuci mulut serta hidangan penutup yang tidak kurang juga lazatnya.
Baru-baru ini AM telah mencuba menu makanan Arab yang terletak di di Taman Tasek Johor Bahru. Restoran Zaituna ini dibuka setiap hari dari 11:30 pagi hingga 11:00 malam (kecuali Jumaat dibuka 2:30 petang). AM tiba pada jam 5 petang dan melihat restoran ini telahpun dipenuhi orang ramai. Nasib baik, AM telah membuat tempahan awal sebelum datang ke sana.
Walaupun ramai pelanggan yang datang menjamu selera, restoran ini sangat selesa dan berhawa dingin. Pelanggan yang datang boleh memilih samada untuk makan di atas kerusi ataupun duduk bersila. AM datang bersama 6 rakan yang lain, jadi kami memilih untuk menjamu di ruangan yang santai iaitu duduk bersila.
NASI ARAB - SET DULANG
AM telah memesan 2 Set Dulang Nasi Arab. Dalam Set Dulang ini terdapat 3 jenis Nasi Arab iaitu Mandy, Khabsa dan Maklouba yang dihidangkan bersama Ayam, Kambing, Salad, Hummus dan 1 Jug Air. AM sangat berpuas hati mencuba set Dulang Nasi Arab ini, terutamanya sambal tomato yang enak dimakan bersama sup dan Nasi Arab. Saiz hidangan Set Dulang yang dihidangkan adalah agak besar dan sesuai dimakan untuk 4 orang. Saiz ayam dan kambingnya juga besar-besar dan mempunyai keenakan rasa yang tersendiri.
HUMMUS
Hummus merupakan antara menu yang paling AM suka dan akan pesan jika singgah ke Restoran Arab. Hummus merupakan sos kacang kuda (Chickpeas) yang dibuat khas untuk dimakan bersama roti tradisional berbentuk roti pita dan juga lafa. Ia diperbuat daripada soya, bijan, lentini, bawang putih, garam, minyak zaitun dan juga lemon. Memang sedap dan enak bila cicah Hummus dengan Roti Arab!!
SHAWARMA DAGING DAN SHAWARMA AYAM
Shawarma di Zaituna mempunyai pilihan samada berintikan isi ayam atau daging lembu yang dihiris nipis dan disusun memanjang diatas sekeping roti khas yang rata atau seperti roti pita dan laffa. Daging/Ayam yang digunakan akan dimasak bersama rempah ratus termasuklah jintan, buah pelaga, kunyit serta paprika. Shawarma ini turut dihidangkan bersama kentang goreng dan Mayonis.
ZAITUNA MIXED GRILL
AM juga turut memesan Zaituna Mixed Grill. Skewer ayam dan kambing dihidangkan bersama Roti Kebab Halabi dan Kentang Gorang serta dipadukan bersama 3 jenis sos. Walaupun Skewer ayam/kambing ini menggunakan Teknik Grill namun masih terasa ‘Juicy’ pada daging kambing dan ayam ini.
PIZZA
AM melihat ada menu Pizza di Buku Menu di Zaituna. AM tertarik untuk mencuba Pizza yang dimasak. Semestinya lain dari yang lain kerana Pastri yang digunakan dibuat sendiri (Homemade).
PIZZA CHEESE
Pizza Cheese ini menggunakan 100% Mozarella. Terasa padu cheese bagi setiap gigitan.
PIZZA SALAMI
Pizza Salami ini mengandungi Hirisan Sosej dengan keju putih pada pastri dengan sedikit rasa pedas. Rasanya sangat enak dan AM amat menyukai paduan Pizza Salami ini.
MANISAN
KUNAFA
Kunafa merupakan sejenis pencuci mulut yang seperti mirip sepotong kek yang berintikan keju cair di sebelah dalam. Topping kunafa ini pula diletakkan seakan – akan bihun. Ia kemudiannya dibakar menggunakan oven bagi mendapatkan tekstur luar yang rangup serta cheesy di dalam. Untuk menikmati kunafa ini, air gula pekat yang disediakan perlu dicurah pada bahagian atas kunafa ini. Rasa Kunafa di Zaituna ini memang sedap dan padu. Patutlah Kunafa menjadi bualan dalam masyarakat dan merupakan antara sajian masakan Arab yang wajib dicuba.
BAKLAWA
Di Zaituna, terdapat pelbagai pilihan Baklawa. Baklava ialah pencuci mulut pastri berlapis yang diperbuat daripada pastri filo, diisi dengan kacang cincang, dan dimaniskan dengan sirap atau madu. Ia adalah salah satu pastri manis yang paling popular di kalangan masyarakat umumnya. Semuanya sedap dan enak untuk dirasa dan wajib dicuba.
Untuk maklumat lanjut mengenai Restoran Zaituna dan membuat tempahan, sila hubungi 07-213 3577. Boleh layari zaituna.my untuk melihat menu-menu Istimewa lain. Jika ke Johor Bharu jangan lupa singgah di Zaituna Restaurant.
Zaituna Restaurant مطعم زيتونة
27, Jalan Glasiar,
Taman Tasek,
80200 Johor Bahru, Johor
@alongmurni85 Makanan sedap dan harga pun berbaloi.. memang wajib singgah ke sini lagi jika datang ke JB.. Menu hidangan terbaik dari #ZaitunaRestaurant #NasiArabViral #NasiArab ♬ original sound - i'm Dii - ح
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2022/09/Zaituna-Restaurant-Punyai-Sajian-Masakan-Arab-Terbaik.html