Zaibo Seperti Bapa Saya Terima Kasih Untuk Segalanya Wardina Safiyyah



Gambar kenangan Wardina Safiyyah bersama Allayyarham Zaibo.
PETALING JAYA: Berita kematian pelakon Zaibo yang meninggal dunia kira-kira pukul 1.30 petang Rabu mengejutkan banyak pihak terutama dalam kalangan selebriti yang mengenalinya.

Ini termasuk bekas pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah yang pernah berlakon dengan Zaibo menerusi sitkom popular Spanar Jaya.

Wardina menyifatkan Allahyarham sebagai seorang bapa kepadanya ketika dia menjayakan watak sebagai Misha dalam sitkom itu.

"Saya belajar banyak daripadanya, dia bagaikan seorang bapa kepada saya ketika saya melakonkan watak Misha dalam Spanar Jaya.

Perkongsian Wardina mengenai pemergian Zaibo di Facebook.
"Saya tidak bernasib baik kerana tidak berpeluang untuk menziarahinya. Maafkan saya Uncle Zaibo. Terima kasih untuk segalanya," tulisnya di Facebook.

Sementara itu, Erra Fazira memberitahu dia akan sentiasa mengenang Zaibo sebagai seorang abang dan bapa yang disifatkan tidak kedekut ilmu dan sentiasa memberi nasihat.

Pernah berlakon bersama, Erra berkata, antara memori yang tidak dapat dilupakan ketika mereka sama-sama mengerjakan Umrah di tanah suci Mekah sekitar 17 tahun lalu.

Zaibo bersama barisan pelakon sitkom Under One Roof.
"Innalillahiwainnailaihirojiun.. Abang Zaibo kini telah tiada, dia telah kembali kepadaNya. Sesungguhnya mati itu pasti, dunia hanya sementara.
"Abang Zaibo yang saya kenali, sangat baik orangnya... Seorang abang dan ayah yang tak lokek ilmu dan selalu memberi nasihat. Kami pernah berlakon bersama, pergi menunaikan umrah bersama.
Erra turut berkongsi pengalaman bersama Zaibo di Instagram.
"Baru rancangan dengan Kak Intan untuk Ziarah Abang Zaibo esok tapi Allah lebih dahulu menjemput Abang Zaibo," katanya menerusi Instagram.

Sejak enam bulan lalu, Zaibo atau Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, menderita kanser esofagos tahap empat.

Isteri Allahyarham, Siti Hawa Sawal, 52, memaklumkan jenazah akan dikebumikan hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Zaibo membintangi sitkom Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti fantasi muzik Magika dan Awan Dania The Movie.

Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim (dua dari kanan) dan suaminya, Dennis Muhammad Abdullah (kanan) bergambar bersama Zaibo ketika melawat pelakon itu di Rengit, Batu Pahat pada Isnin. Foto Facebook Royal Johor.
Dia juga memainkan peranan kecil dalam filem Hollywood, Anna and The King.

Zaibo juga terkenal kerana wataknya sebagai penjual mi rebus dalam sitkom dari Singapura iaitu Under One Roof pada tahun 1990, yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.

Pada Isnin lalu, Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim meluangkan masa melawatnya bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah.

Dalam pada itu, Erra berkata, Zaibo seorang tukang masak yang handal malah resepi diajar kepadanya masih digunakan sehingga ke hari ini.

Kenangan... Zaibo bersama barisan pelakon sitkom Spanar Jaya.
"Ya Allah, sayu hati ini kehilangan insan yang sangat baik hati ini, meskipun sudah lama tidak ketemu, keramahannya, kebaikkan sentiasa melekat di hati.

"Abang Zaibo sangat pandai masak malah ada antara resepinya saya pegang hingga ke hari ini.

"Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa Abang Zaibo dan terimalah segala ibadahnya walau sekecil zarah... Moga dengan rahmatMu, Dikau letakkan dia dalam kalangan hambaMu yang beriman dan menjadi penghuni syurga kelak. Amin," tulisnya lagi. - mstar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wwwberita-semasa.blogspot.com/2018/11/zaibo-seperti-bapa-saya-terima-kasih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wardina Safiyyah Dan Erra Fazira Turut Berkongsi Sesuatu Yang Sedih Mengenai Arw4h Zaibo Allahu

Wardina Safiyyah Dan Erra Fazira Turut Berkongsi Sesuatu Yang Sedih Mengenai Arw4h Zaibo Allahu

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 1044 hits
Wardina Safiyyah Dan Erra Fazira Turut Berkongsi Sesuatu Yang Sedih Mengenai Arw4h Zaibo Allahu
I 039 M Sorry Uncle Zaibo Wardina Safiyyah

I 039 M Sorry Uncle Zaibo Wardina Safiyyah

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 946 hits
Hiburan Kehilangan pelakon dan pelawak Zaibo meninggalkan kesan kepada bekas pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah Pernah bergandingan dalam sitkom Spanar Jaya Wardina melakonkan watak Misha anak kepada Pak Selamat lakonan Zaibo Menerusi l...
Terima Kasih Khairy Kerana Mengesahkan Skandal 1mdb Kata Khairuddin

Terima Kasih Khairy Kerana Mengesahkan Skandal 1mdb Kata Khairuddin

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 583 hits
KUALA LUMPUR Pengakuan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dalam isu 1Malaysia Development Berhad akhirnya membuka kisah sebenar skandal yang disembunyikan pemimpin UMNO sejak sekian lama Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti PH Datu...
Terima Kasih Siar Gambar Guan Eng Tidur Kata Anak

Terima Kasih Siar Gambar Guan Eng Tidur Kata Anak

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 990 hits
Anak lelaki kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng tampil membela kritikan gambar bapanya dengan mata terpejam di parlimen Marcus Lim anak ketiga Guan Eng berkata bapanya telah berusaha keras untuk menyelesaikan masalah hutang Malaysia dan me...
Sweetnya Kucing Jalanan Kirim Hadiah Nasi Bungkus Kepada Tuan Rumah Tanda Terima Kasih

Sweetnya Kucing Jalanan Kirim Hadiah Nasi Bungkus Kepada Tuan Rumah Tanda Terima Kasih

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 597 hits
Siapa pencinta kucing kat sini Angkat tangan Baru baru ni seorang gadis di twitter kongsi kisah menarik tentang seekor stray cat yang dijaganya sering bawa hadiah pelik pelik balik ke rumah Tapi kali ini hadiah yang dibawa si kucing bernama...
Dr Wan Azizah Terima Kasih Kj Amal Politik Matang

Dr Wan Azizah Terima Kasih Kj Amal Politik Matang

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 380 hits
15 Nov 2018TimbalanPerdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan terima kasih kepada wakil rakyat Umno Khairy Jamaluddin kerana mempertahankan dirinya Ini selepas anggota parlimen Rembau itu mengkritik tajuk berita laporan Sta...
Proposal Perdamaian Diterima Bolt Ucapkan Terima Kasih Ke Kemkominfo

Proposal Perdamaian Diterima Bolt Ucapkan Terima Kasih Ke Kemkominfo

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 314 hits
PT Internux mengapresiasi langkah Kementerian Komunikasi dan Informatika atas diterimanya proposal perdamaian tunggakan Biaya Hak Penggunaan frekuensi 2 3GHz
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Jn 1 Covid 19 Subvariant Poses No Significant Health Threat Says Ministry

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Read Pilot Stripes Dan Kisah Kemalangan Air India

Hari Lautan Sedunia Siapa Sangka Tanah Mati Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

Lobster Masak Cili

Rezeki Melimpah Usia Panjang Dengan Silaturrahim

Resipi Sup Daging Ala Thai Paling Senang Tanpa Rempah Sup Bunjut

Pagar Makan Tanaman Hijau Daun