Terima Kasih Khairy Kerana Mengesahkan Skandal 1mdb Kata Khairuddin



KUALA LUMPUR: Pengakuan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akhirnya membuka kisah sebenar skandal yang disembunyikan pemimpin UMNO sejak sekian lama.

Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobiliti PH, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ia sekali gus tanda pengakhiran sokongan Khairy terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Loading... "Sekarang Khairy sendiri menghentam Najib malah mengaku apa yang diperjuangkan Pakatan Harapan (PH) dalam skandal 1MDB mempunyai asas kebenaran yang sahih.

"Daripada seorang yang kuat membela Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, Khairy kini berpaling tadah dan mentohmah bekas ketua yang disanjunginya dahulu.

"Bagaimana Khairy yang satu masa dahulu membela Najib kini membuat pusingan-U dan lain pula ceritanya?" soal Khairuddin dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam temubual bersama Utusan Malaysia, Khairy mahu ahli UMNO menerima hakikat mengenai skandal 1MDB malah memberitahu penafian akan terus menjejaskan parti.

Tegas Khairy, ahli UMNO tidak boleh mempertahankan isu 1MDB kerana tiada apa untuk mempertahankannya.

Jelas Khairy lagi, ia akan menjadi sukar bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk bangkit semula selagi isu 1MDB berlegar di fikiran mereka.

Dalam pada itu, tegas Khairuddin, yang juga penyelaras Parlimen Jasin, Khairy sudah terlambat untuk memenangi hati pemimpin PH kerana sikapnya sudah diketahui semua.

"Malah, ketika dia menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO, pernah membayangi saya ditangkap serta didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Tun Dr Mahathir Mohamad turut dicemuh dahulu oleh Khairy dengan pelbagai ungkapan yang mempersendakan perdana menteri hari ini.

"Tidak keterlaluan sekiranya saya menyatakan bahawa pada hakikatnya Khairy ini cukup angkuh pada suatu masa dahulu," jelasnya.

Tambah Khairuddin, segala-galanya sudah terlalu lambat untuk Khairy mengaku terdapat salah laku dan penyelewengan dalam skandal 1MDB itu.

Dalam perkembangan berasingan, Khairuddin memberitahu, tandatangan sumpah berkanun oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukan batu loncatan untuknya terlepas dari tindakan undang-undang di atas kesalahan lampau.

"Kepimpinan tertinggi PH harus terus berpegang utuh pada prinsip kebenaran yakni mana-mana pemimpin UMNO yang korup perlu menghadapi proses undang-undang walau apa bentuk sokongan mereka pada kerajaan kini.

"Kepimpinan PH tidak boleh berkompromi dengan mereka. Kita juga tidak boleh mengkhianati kehendak rakyat jelata yang mahukan pemimpin UMNO yang terlalu korup dihadapkan ke muka pengadilan.

"Bagi saya pemimpin-pemimpin korup UMNO ini bukan ikhlas. Mereka mengambil keputusan untuk menandatangani kenyataan sumpah berkanun semata-mata hendak menyelamatkan diri sahaja," jelasnya.

Tegasnya, Ahmad Zahid kini dilihat sanggup melakukan apa saja untuk menyelamatkan diri. - Astro Awani

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/terima-kasih-khairy-kerana-mengesahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Siar Gambar Guan Eng Tidur Kata Anak

Terima Kasih Siar Gambar Guan Eng Tidur Kata Anak

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 1010 hits
Anak lelaki kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng tampil membela kritikan gambar bapanya dengan mata terpejam di parlimen Marcus Lim anak ketiga Guan Eng berkata bapanya telah berusaha keras untuk menyelesaikan masalah hutang Malaysia dan me...
1mdb Bukan Persepsi Bukan Fitnah Kata Khairy Jamaluddin

1mdb Bukan Persepsi Bukan Fitnah Kata Khairy Jamaluddin

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 434 hits
MANTAN Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan kepada para penyokong Najib bahawa 1MDB bukan persepsi dan bukan fitnah sebaliknya ia adalah kebenaran Beliau berkata demikian dalam satu video rakaman temubual bersama Utusan Malaysia K...
Sweetnya Kucing Jalanan Kirim Hadiah Nasi Bungkus Kepada Tuan Rumah Tanda Terima Kasih

Sweetnya Kucing Jalanan Kirim Hadiah Nasi Bungkus Kepada Tuan Rumah Tanda Terima Kasih

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 630 hits
Siapa pencinta kucing kat sini Angkat tangan Baru baru ni seorang gadis di twitter kongsi kisah menarik tentang seekor stray cat yang dijaganya sering bawa hadiah pelik pelik balik ke rumah Tapi kali ini hadiah yang dibawa si kucing bernama...
Laporan 1mdb Dipinda Tanya Najib Kata Zahid

Laporan 1mdb Dipinda Tanya Najib Kata Zahid

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 556 hits
Foto The StarPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini enggan mengulas berhubung dakwaan yang mengatakan bekas perdana menteri Najib Razak mengarahkan laporan audit 1MDB dipinda Ahmad Zahid yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu...
Zaibo Seperti Bapa Saya Terima Kasih Untuk Segalanya Wardina Safiyyah

Zaibo Seperti Bapa Saya Terima Kasih Untuk Segalanya Wardina Safiyyah

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 2343 hits
Gambar kenangan Wardina Safiyyah bersama Allayyarham Zaibo PETALING JAYA Berita kematian pelakon Zaibo yang meninggal dunia kira kira pukul 1 30 petang Rabu mengejutkan banyak pihak terutama dalam kalangan selebriti yang mengenalinya Ini te...
Baiq Nuril Ucapkan Terima Kasih Atas Dukungan Presiden Jokowi

Baiq Nuril Ucapkan Terima Kasih Atas Dukungan Presiden Jokowi

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 354 hits
Nuril mengatakan berita tentang penundaan eksekusinya yang dikeluarkan Kejaksaan Agung merupakan bentuk dukungan moril dari pemerintah dan banyak masyarakat Indonesia
Proposal Perdamaian Diterima Bolt Ucapkan Terima Kasih Ke Kemkominfo

Proposal Perdamaian Diterima Bolt Ucapkan Terima Kasih Ke Kemkominfo

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 323 hits
PT Internux mengapresiasi langkah Kementerian Komunikasi dan Informatika atas diterimanya proposal perdamaian tunggakan Biaya Hak Penggunaan frekuensi 2 3GHz
Penagih Dadah Tolak Icerd Lebih Baik Dari Menteri Yang Terima Kata Nik Abduh

Penagih Dadah Tolak Icerd Lebih Baik Dari Menteri Yang Terima Kata Nik Abduh

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 551 hits
Nik Abduh menyatakan penagih dadah yang menolak ICERD lebih baik daripada menteri yang menerimanya Foto Sinar Harian Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz menempelak dakwaan Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Datuk Raja Kam...
Pengkhianat Yang Ubah Laporan Audit 1mdb Kata Guan Eng

Pengkhianat Yang Ubah Laporan Audit 1mdb Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 402 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mempertahankan keputusan kerajaan untuk mendedahkan Jabatan Audit Negara yang mengesahkan bahawa laporan audit akhir mengenai 1Malaysia Development Berhad telah diubah atas perintah Datuk Seri Najib Razak Adala...
Karnival Kpdn 2025 Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak 5 7 Sept

Umie Aida Tegur Erma Fatima Jangan Terlalu Terbuka

Selamat Datang September Lembaran Baru Dalam Diam

Prism Perkenalkan Prism Care Servis Penyaman Udara Mudah Mampu Milik Jaminan Sehingga 7 Tahun

Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub

Doa Malam 1 Sept 2025

Al Sultan Abdullah Merasmikan Temasya Warisan Pahang Di Muzium Maritim Pulau Beram Pekan Malam Tadi

Rm91mil Spent Under Sara Initiative In 2 Days


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jalan Jalan Cari Makan Di Hayle

Aupu S Archidex 2025 Triumph

Kotak Packaging Produk Kesihatan Supplement Cara Tingkatkan Keyakinan Pelanggan Dengan Design Premium

Avoiding Common Business Mistakes

Sambal Sotong

Cubaan Pertama Buat Kuih Bakar Pandan Guna Air Fryer