Zahiril Adzim Teraju Filem Seni Mempertahankan Diri Silat Siku 12


ZAHIRIL ADZIM TERAJU FILEM SENI MEMPERTAHANKAN DIRI SILAT SIKU 12 | Aktor terkenal, Zahiril Adzim, 38, tidak akan menghalang jika anaknya Nadi Anaqi, 9, mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni pada masa depan

Zahiril berkata, dia dan isterinya, pelakon Shera Aiyob sentiasa menyokong apa saja yang menjadi minat anak tunggal kesayangan itu


ZAHIRIL ADZIM TERAJU FILEM SENI MEMPERTAHANKAN DIRI SILAT SIKU 12


“Saya tidak kisah jika Anaqi ingin menceburi bidang seni. Sebagai ibu bapa, kami akan sentiasa sokong apa yang Anaqi minat

“Apa yang penting, saya akan memberi tunjuk ajar padanya untuk mencari hala tuju yang betul dalam bidang yang diminatinya itu,” katanya

Namun, kata Zahiril atau nama sebenar, Mohd Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, setakat ini, dia tidak nampak Anaqi meminati bidang seni sepertinya

“Pada pemerhatian saya, Anaqi kurang meminati bidang seni kerana tidak suka berada depan kamera

“Anaqi lebih pada bidang pelajaran dan sangat meminati subjek Matematik dan seni kraf,” katanya

Ditanya sama ada Anaqi pernah ditawarkan berlakon mahupun menjadi model iklan komersil, kata Zahiril, belum ada lagi

“Saya sedia mempertimbangkan jika ada tawaran untuk Anaqi berlakon bersama saya dan Shera,” katanya

Mengenai Shera, kata Zahiril, isterinya masih terbabit dalam bidang lakonan selepas melahirkan anak

“Selain menjadi pengurus saya, Shera masih berlakon jika ada kelapangan dan watak bersesuaian dengannya

SIKU 12: LANGKAH DERHAKA
“Terus terang, saya selesa isteri menguruskan kerjaya seni sejak dulu kerana senang kami berbincang dan urusan kerja menjadi lebih mudah,” katanya yang sibuk mempromosikan filem terbaru, Siku 12: Langkah Derhaka


Mengulas filem Siku 12 terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd, Zahiril berkata, dia terima tawaran berlakon kerana tertarik dengan naskhah itu

Menerusi filem arahan Azhari Zain itu, Zahiril bergandingan dengan aktor terkenal, Syafiq Kyle selaku teraju utama

Ia dimantapkan dengan barisan pelakon seperti Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.
Pelakon yang mengukir nama menerusi filem Bunohan dan Pekak itu berkata, dia ditawarkan pengarah untuk berlakon dalam filem Siku 12 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Menurut Azhari, watak pemuda keturunan Siam, A Wut dalam filem Siku 12 sesuai dengannya kerana pernah menonton lakonan dalam filem Bunohan

“Saya sendiri berminat dengan jalan cerita yang mengangkat seni mempertahankan seni silat Siku 12. Pada masa sama, saya melihat senarai barisan pelakon juga bagus dan berbakat besar,” katanya

Ditanya pengalaman bekerja dengan Azhari, kata Zahiril, dia sudah tahu cara pengarah itu bekerja kerana pernah bekerjasama dengannya

“Kami pernah bekerjasama dalam filem Dukun Santet. Selaku pengarah, Azhari menerima cadangan pelakon bagaimana mahu menjiwai karakter. 
“Azhari juga akan memberi penerangan kepada pelakon memahami dari segi karakter dan koreografi sebelum penggambaran bermula

“Walaupun suara Azhari kuat ketika memberi arahan kepada pelakon, tetapi saya tidak pernah tertekan sepanjang penggambaran filem ini,” katanya

Berkongsi cabaran, kata Zahiril, dia perlu banyak berlatih menjiwai babak pertarungan kerana tiada asas dalam seni mempertahankan diri Muay Thai mahupun seni persilatan Melayu

“Mujur saya ada pengalaman belajar Muay Thai ketika berlakon dalam filem Bunohan. Sedikit sebanyak membantu saya di lokasi penggambaran filem Siku 12. 
“Pada masa sama, saya menjalani latihan bersama ahli Kelab Pon Muay Thai, Kedah untuk menguasai babak bertinju dan pertarungan sebelum memulakan penggambaran

“Setiap kali berlakon dalam filem aksi, saya tidak boleh mengelak mengalami lebam di tangan dan calar di kaki atau sakit badan. 
“Begitu juga dalam filem Siku 12. Ia perkara biasa apabila berlakon dalam filem aksi kerana perlu nampak seperti peninju sebenar beraksi di gelanggang

“Antara cabaran lain dihadapi ialah saya perlu menguasai dialek Siam untuk menjiwai karakter A Wut. Mujur saya dibantu ahli kelab Pon Muay Thai yang berdarah kacukan Melayu-Siam ketika di lokasi penggambaran,” katanya

Mengenai gandingan dengan Syafiq, kata Zahiril, pelakon muda itu bagus dan mudah mendapat keserasian dengannya

“Sebelum memasuki lokasi penggambaran, Syafiq sudah membuat kajian mengenai watak. Syafiq juga berbincang dengan saya bagaimana mahu membangunkan karakter mengikut tuntutan skrip filem

“Apapun, saya sudah berusaha memberikan yang terbaik mengikut kemampuan,” katanya

Dalam perkembangan lain, kata Zahiril, dia gembira melihat sambutan penonton pada filem tempatan di pawagam ketika ini

“Alhamdulillah, selepas kejayaan luar biasa filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan disusuli filem The Assistant dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, saya percaya filem Siku 12 akan mendapat sambutan dan diterima peminat filem

“Saya berharap filem Siku 12 akan membuka mata ramai pihak memperkenalkan seni mempertahankan diri yang ada di Malaysia,” katanya



Filem Siku 12 akan mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober ini. Ia juga ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/10/zahiril-adzim-teraju-filem-seni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahiril Adzim Teraju Filem Siku 12 Tidak Menghalang Anak Menceburi Bidang Seni

Zahiril Adzim Teraju Filem Siku 12 Tidak Menghalang Anak Menceburi Bidang Seni

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 127 hits
ZAHIRIL ADZIM TERAJU FILEM SIKU 12 TIDAK MENGHALANG ANAK MENCEBURI BIDANG SENI Aktor terkenal Zahiril Adzim 38 tidak akan menghalang jika anaknya Nadi Anaqi 9 mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni pada masa depan Zahiril berkata d...
Puteri Sarah Tak Akan Diam Diri Selagi Ira Kaza Tak Ditangkap Lawan Tetap Lawan

Puteri Sarah Tak Akan Diam Diri Selagi Ira Kaza Tak Ditangkap Lawan Tetap Lawan

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 92 hits
Puteri Sarah Liyana nampaknya tidak akan berdiam diri terlalu lama sehingga anak kepada pelakon terkenal Kazar Saisi iaitu Ira Kaza dikenakan tindakan sewajarnya selepas didakwa menganggu rumah tangganya dengan pengarah tersohor Syamsul Yus...
Pas Tolak Umno Kerana Ada Pemimpinnya Gelenyar Tak Sedar Diri Hadi Awang

Pas Tolak Umno Kerana Ada Pemimpinnya Gelenyar Tak Sedar Diri Hadi Awang

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 119 hits
Presiden Pas Abdul Hadi Awang menganggap kerjasama yang dijalin PAS dengan Umno BN ibarat durian mentah yang boleh menyebabkan seseorang mengalami perut kembung jika dimakan Menjelaskan alasan mengapa PAS memilih Perikatan Nasional berbandi...
Zahid Hamidi Dan Tok Mat Yang Tak Bersih Wajar Undur Diri Ismail Sabri Lebih Berwibawa Kepalai Kempen Bn

Zahid Hamidi Dan Tok Mat Yang Tak Bersih Wajar Undur Diri Ismail Sabri Lebih Berwibawa Kepalai Kempen Bn

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 162 hits
Berdasarkan pengakuan Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MIC beberapa hari lalu bukan saja dirinya yang diakuinya tidak bersih tetapi juga beberapa pemimpin BN lain termasuk Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan Katanya ...
Motivasi Jumaat Jangan Bela Pencuri Di Dalam Diri Anda

Motivasi Jumaat Jangan Bela Pencuri Di Dalam Diri Anda

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 150 hits
Motivasi Jumaat Jangan Bela Pencuri Di Dalam Diri Anda Sekadar perkongsian teramat ringkas Pencuri hati takpa tibber Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya Kadang down sebab berfikiran negatif dan suka buat perbandingan tentang beberapa h...
Logo Kempen Pru15 Bn Makan Diri

Logo Kempen Pru15 Bn Makan Diri

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 108 hits
BOB KELANANGLOGO KEMPEN PRU15 BN MAKAN DIRI Hahaha pasal la logo BN ni bodoh betul macam nak nganjing rakyat ngundi time banjir Adoilah Nanti kena tolak dek pengundi baru ader akai Adan Uker
Jadi Penyebab Bunuh Diri Choi Jungbeom Perlu Bayar Pampasan Buat Keluarga Mendiang Gu Hara

Jadi Penyebab Bunuh Diri Choi Jungbeom Perlu Bayar Pampasan Buat Keluarga Mendiang Gu Hara

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 109 hits
Akhirnya mahkamah menjatuhkan hukuman buat Choi Jong beom atas pertuduhan menyerang dan mengugut mendiang Gu Ha ra ARTIKEL BERKAITAN Menurut perbicaraan lelaki itu disahkan sebagai punca mendiang membuat keputusan ekstrem dek ugutan video i...
Masih Rendah Diri Peminat Puji Kim Hyesoo Beri Layanan Baik Walaupun Terkenal

Masih Rendah Diri Peminat Puji Kim Hyesoo Beri Layanan Baik Walaupun Terkenal

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 131 hits
Walaupun pelakon Kim Hye soo sememangnya figura yang terkenal namun dia masih melayan peminat dengan baik ARTIKEL BERKAITAN Pada tayangan perdana drama bersejarah terbaru tvN Under The Queen s Umbrella Kim Hye soo dilihat tampil dengan meng...
Nak Lindungi Diri Dari Penyakit Seperti Kanser Kencing Manis Darah Tinggi Strok Dan Banyak Lagi Penyakit Berbahaya

Nak Lindungi Diri Dari Penyakit Seperti Kanser Kencing Manis Darah Tinggi Strok Dan Banyak Lagi Penyakit Berbahaya

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 162 hits
NAK LINDUNGI DIRI DARI PENYAKIT SEPERTI KANSER KENCING MANIS DARAH TINGGI STROK DAN BANYAK LAGI PENYAKIT BERBAHAYA Jom amalkan doa ni Lagi satu pemakanan pun perlu dijaga juga Dibaca 3x Maksudnya Ya Allah Selamatkan tubuhku Ya Allah selamat...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

More Than 20 Ji Members In Johor Igp

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Asean Night Bazaar Hatyai Thailand

10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni