Zahid Najib Akan Sokong Siapa Yang Paling Untungkan Mereka


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 10:59 am

Wartawan veteran Abdul Kadir Jasin berpandangan undian Belanjawan 2021 untuk bacaan ketiga di Dewan Rakyat hari ini boleh menjadi pertembungan antara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam meraih sokongan pemimpin Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak

Susulan sidang media bersama Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah semalam, Kadir melihat beberapa pemain utama berkenaan perebutan majoriti di Parlimen, "jika memang pertembungan hidup dan mati seperti itu akan berlaku."

"Secara demokratik, Muhyiddin tidak pernah membuktikan dia ada sokongan majoriti di Dewan Rakyat sejak merampas kuasa pada Februari.

"Anwar berulang kali mendakwa dia memiliki sokongan yang 'kuat, utuh dan meyakinkan' di Dewan Rakyat.

"Najib dan Zahid yakin mereka ada bilangan (kerusi) untuk menentukan siapa yang akan menjadi perdana menteri," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Kadir, yang merupakan bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dilihat sebagai penyokong Mahathir, meminta para pengguna Facebook untuk meletakkan diri mereka di tempat Najib dan Zahid.
A Kadir Jasin"Anda boleh jadi penentu. Siapa yang akan anda sokong di Parlimen - Muhyiddin yang merupakan perdana menteri atau Anwar yang ingin jadi perdana menteri?

"Di pihak Najib, anda sudah disabitkan bersalah dan sedang merayu terhadap sabitan rasuah itu selain sejumlah lagi pendakwaan di mahkamah.

"Di pihak Zahid pula, anda berdepan 47 pertuduhan jenayah dan tak lama lagi boleh menyertai Najib (sebagai orang disabit bersalah)," katanya.
Menurut Kadir, kecuali jika kedua-dua ahli politik itu sedia menghabiskan masa dalam penjara, mereka tentunya menimbang pilihan yang ada sebelum memutuskan sokongan yang akan diberi.

Dia membangkitkan sejumlah kes berprofil tinggi yang diberikan keputusan dibebaskan tanpa dilepaskan (DNAA) sejak Muhyiddin menjadi perdana menteri.

"Anda sudah pun lihat belas kasihan (leniency) terhadap bekas ketua menteri Sabah Musa Aman, yang dilepas tanpa dibebaskan, dan (bekas menteri wilayah) Tengku Adnan Mansor serta (anak tiri Najib) Riza Abdul Aziz yang turut diberikan DNAA.

"Pastinya anda tak terkecuali untuk menjangka keputusan sama terhadap kes-kes anda. Jadi Muhyiddin dilihat sebagai pertaruhan yang baik," kata Kadir.

Dia juga membayangkan kemungkinan pertuduhan terhadap Najib dan Zahid itu telah pun dibincangkan dengan Muhyiddin.
Mengulas lanjut, Kadir mendakwa walaupun Anwar bukan perdana menteri, dia ada pengalaman peribadi dalam berdepan pendakwaan, kehakiman dan penjara.

"Dia bukan saja faham kesukaran anda tetapi dapat membantu dengan beberapa cara. Dia bukan saja ada kuasa untuk melantik peguam negara yang kurang tegas (friendly) tetapi berpengalaman dalam mendapatkan pengampunan diraja."

Atas sebab itu, kata Kadir, kedudukan Anwar sebagai perdana menteri lebih banyak membantu Najib dan Zahid berbanding pada masa ini.

"Maka, siapa yang akan anda undi di Parlimen - Muhyiddin yang terdesak untuk mengekalkan jawatan atau Anwar yang terdesak untuk menjadi perdana menteri?

"Dengan segala pertimbangan dan agenda peribadi ini, saya tidak terkejut langsung jika rakyat bukanlah dalam keutamaan anda," katanya lagi.

Semalam, Mahathir berkata ada kemungkinan kerajaan pimpinan Muhyiddin akan tumbang hari ini.

PH juga telah menggesa semua ahli Parlimen untuk menolak Belanjawan 2021 dalam bacaan ketiga hari ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/zahid-najib-akan-sokong-siapa-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Ahli Parlimen Umno Sokong Anwar Termasuk Najib Dan Zahid

10 Ahli Parlimen Umno Sokong Anwar Termasuk Najib Dan Zahid

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 335 hits
mykmu netWalaupun kemelut Perak telah melabuhkan tirainya dengan pelantikan menteri besar dari UMNO namun krisis perebutan kuasa jawatan nombor satu negara belum menampakkan pengakhirannya Terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR yang mewa...
Zaman Najib Zahid Beli Kapal Perang Yang Tak Muncul Tiba

Zaman Najib Zahid Beli Kapal Perang Yang Tak Muncul Tiba

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 466 hits
BELI kapal perang dah bayarr kapal tak wujud PELIK Tetapi apa yang pelik zaman Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi Rakyat sibuk hendak ambil duit dari KWSP zaman Najib dengan KWAP nya diambil sekali Zahid akan terangkan isu kapal yang tak wu...
Umno Perak Dibayangi Zahid Najib

Umno Perak Dibayangi Zahid Najib

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 303 hits
Ipohmali Sejak awal bila diumumkan Peja dijatuhkan Bagi aku tidak lah mengejutkan Rasa tak puas hati UMNO ni dah lama dah aku dah tulis dari awal Berani kah Peja Melawan UMNO Silap hari bulan dia kena heret SPRM Najib dah bagi hint hal Penj...
Najib Zahid Creating Negative Perceptions Over Epf Withdrawals New Straits Times

Najib Zahid Creating Negative Perceptions Over Epf Withdrawals New Straits Times

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 170 hits
Apabila kerajaan bersetuju kwsp10k rakyat yang tidak mengikuti politik akan lebih banyak berterima kasih kepada kerajaan Muhyiddin Kena hadam No Condition only CriteriaNajib dan Zahid jangan kelirukan rakyat untuk political mileage murahan
Kos Vaksin Covid19 Kit Siang Paling Murah Di Dunia Najib Razak

Kos Vaksin Covid19 Kit Siang Paling Murah Di Dunia Najib Razak

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 354 hits
Kos vaksin Penasihat DAP Lim Kit Siang adalah paling rendah di seluruh dunia sindir bekas perdana menteri Najib Razak Bekas perdana menteri itu menyarankan supaya kerajaan Perikatan Nasional menawarkan harga vaksin pada harga RM30 seorang k...
Apakah Zahid Najib Masih Dipercayai Muhyiddin

Apakah Zahid Najib Masih Dipercayai Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 248 hits
UMNO pernah ugut untuk tarik balik sokongan kepada MuhyiddinZahid menyokong usul undi percaya Muhyiddin selaku PM di parlimen sama format macam di Perak usul sokong bila undi tikam belakang satu kemungkinan besarUMNO juga mendesak jawatan T...
Kadir Jasin As Govt Faces Crunch Budget Vote Najib And Zahid Could Turn Kingmaker For Muhyiddin And Anwar

Kadir Jasin As Govt Faces Crunch Budget Vote Najib And Zahid Could Turn Kingmaker For Muhyiddin And Anwar

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 285 hits
In a Facebook today the veteran newsman invited his readers to put themselves in the shoes of Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and Pekan MP Datuk Seri Najib Razak as both men decide who they should support Datuk A Kadir Jasin sa...
Dalam Kes Kunan Apa Komen Anwar Zahid Najib Lim Guan Eng

Dalam Kes Kunan Apa Komen Anwar Zahid Najib Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 415 hits
Macam langsung tak ada komen macam setuju Kenapa setuju Tidak kah ada rasa pelik Atau memang sekapal dan mengharap senasib bulan jatuh ke riba Aku tanya je Cai pula takkan tak ada komen Bukankah kamu orang yang sangat perundangan sangat tel...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator