Zahid Masih Cut Sakit Bicara Kes Rasuah Ditangguh Ke 28 Sept


MALAYSIAKINI
 
Mahkamah Tinggi diShah Alam hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) kerana masih bercuti sakit.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata berdasarkan sijil cuti sakit (MC) yang diserahkan oleh pihak pembelaan, Ahmad Zahid bercuti sakit sehingga 4 Sept ini.
Beliau berkata mahkamah mengambil maklum bahawa Dr Mohd Shahir Anuar dari Avisena Specialist Hospital di Shah Alam, yang merawat Ahmad Zahid, telah hadir di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Collin Lawrence Sequerah bagi memberi penjelasan berkenaan keadaan kesihatan bekas timbalan perdana menteri itu.
“Berdasarkan kandungan MC secara prima facie, mahkamah menerima bahawasanya tertuduh tidak ‘fit to return duty’ (tidak sihat) sehingga 4 Sept.
“Mahkamah bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan tertuduh (yang hadir di mahkamah) dan mahkamah minta supaya komitmen tersebut akan berterusan pada hari-hari sambung bicara yang akan ditetapkan nanti,” katanya.
Mahkamah menetapkan 28 Sept, 22 Okt, 18 hingga 19 Nov dan 20 hingga 24 Dis depan bagi menyambung perbicaraan kes Ahmad Zahid itu yang berdepan 40 pertuduhan rasuah.
“Mahkamah ingin memberi penekanan dan peringatan kepada semua pihak, kerana tarikh-tarikh yang dikemukakan telah dipersetujui semua pihak dan minta kerjasama pada tarikh tersebut, kes berjalan dan mana-mana penangguhan tidak akan dibenarkan,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin meminta agar semua tertuduh atau mana-mana pihak yang terlibat dalam prosiding mahkamah, mendapatkan sijil cuti sakit daripada hospital kerajaan.
“Kalau boleh, perlu MC daripada Kementerian Kesihatan iaitu sijil daripada (hospital) kerajaan. Ini adalah kerana Yang Arif sedia maklum ada MC daripada hospital swasta di bawahnya ada nota yang mengatakan MC ini tidak boleh digunakan untuk prosiding mahkamah,” katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas komitmen Ahmad Zahid kerana hadir pada prosiding hari ini dan berharap komitmen itu akan berterusan.
Sebelum itu, peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan kepada mahkamah mengenai keadaan terkini anak guamnya dan memohon supaya perbicaraan hari ini dan esok dilapangkan memandangkan tertuduh masih bercuti sakit sehingga 4 Sept.
Hamidi berkata walaupun hari ini anak guamnya masih bercuti sakit namun Ahmad Zahid tetap hadir ke mahkamah bagi menunjukkan komitmen terhadap perbicaraan yang sedang dihadapinya.
“Ahmad Zahid belum benar-benar sembuh. Jadi pendapat saya Yang Arif, permohonan daripada pihak pembelaan supaya kes tidak dijalankan pada hari ini dan kita tetapkan tarikh baharu kerana saya percaya, kehadiran orang kena tuduh (OKT) bukan bermaksud kehadiran fizikal sahaja, tetapi termasuk juga kehadiran mentalnya supaya dia bersedia,” katanya.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai dorongan untuk dirinya, sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/zahid-masih-cut-sakit-bicara-kes-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Masuk Hospital Tak Dapat Hadir Perbicaraan Kes Rasuah

Zahid Masuk Hospital Tak Dapat Hadir Perbicaraan Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 133 hits
Ahmad Zahid Hamidi berdepan 47 dakwaan CBT membabitkan dana Yayasan Akalbudi dan pengubahan wang haram selain menerima rasuah semasa menjadi menteri dalam negeri KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi dimaklumkan bahawa Ahmad Zahid Hamidi tidak dapat...
Kes Mahkamah Zahid Hamidi Najib Cabaran Utama Menanti Ismail Sabri

Kes Mahkamah Zahid Hamidi Najib Cabaran Utama Menanti Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 211 hits
Sebaik mula memasuki pejabat Perdana Menteri hari ini beberapa cabaran telah pun siap terhidang untuk membuatkan Ismail Sabri Yaakob mula pening kepala memikirkannya Selain menguruskan pandemik Covid19 yang diharapkan rakyat pendekatannya b...
Seorang Lagi Jurutera Direman Berkait Kes Rasuah Di Selangor

Seorang Lagi Jurutera Direman Berkait Kes Rasuah Di Selangor

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 372 hits
Lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Selangor pada 2 50 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan menurut sumber SHAH ALAM Mahkamah Majistret Shah Alam mengeluarkan perintah reman selama lima hari terhadap seorang lagi jurutera bangu...
Zahid Tak Boleh Hadiri Perbicaraan Masuk Hospital Akibat Sakit Belakang

Zahid Tak Boleh Hadiri Perbicaraan Masuk Hospital Akibat Sakit Belakang

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 186 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh menghadiri perbicaraan kes rasuahnya yang melibatkan dana Yayasan Akalbudi setelah dimasukkan di hospital kerana sakit belakang Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang ...
Zahid Mungkin Boleh Hadiri Prosiding Mahkamah Pada 6 Sept Doktor

Zahid Mungkin Boleh Hadiri Prosiding Mahkamah Pada 6 Sept Doktor

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 240 hits
malaysiakini comDiterbitkan 25 Aug 2021 8 15 pmDikemaskini 8 50 pmDoktor pakar sebuah hospital swasta hari ini memaklumkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa pesakitnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mungkin boleh menghadiri prosiding...
Kes Baharu Sabah Masih Tinggi Cecah 3 224 Kes

Kes Baharu Sabah Masih Tinggi Cecah 3 224 Kes

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 218 hits
KES COVID 19 MENGIKUT DAERAH NEGERI SABAH 25 OGOS 2021 KOTA KINABALU Selepas kenaikan mendadak semalam kes baharu COVID 19 di Sabah masih merekodkan jumlah yang tinggi iaitu sebanyak 3 224 kes hari ini Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumaha...
Lebih 60 Kes Sabah Hasil Saringan Kontak Rapat Masih Ramai Tidak Patuh Sop Masidi

Lebih 60 Kes Sabah Hasil Saringan Kontak Rapat Masih Ramai Tidak Patuh Sop Masidi

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 238 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun KOTA KINABALU Sebanyak 62 3 peratus atau 1 605 daripada 2 578 kes baharu COVID 19 di Sabah hari ini dikesan hasil saringan kontak rapat kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Pe...
Selangor Takkan Tutup Kilang Meski Kes Harian Covid 19 Masih Tinggi

Selangor Takkan Tutup Kilang Meski Kes Harian Covid 19 Masih Tinggi

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 251 hits
PBT akan pastikan kilang operasi dengan syarat lesen yang ditetapkan Gambar hiasan BANGI Walaupun kes harian jangkitan COVID 19 di Selangor masih tinggi operasi kilang di negeri ini tidak akan ditutup Keputusan dibuat bagi memastikan sektor...
Hiburan Kes Masih Tinggi Imuniti Anak Rendah Sheikh Muszaphar Cadang Sekola Dibuka Tahun 2022

Hiburan Kes Masih Tinggi Imuniti Anak Rendah Sheikh Muszaphar Cadang Sekola Dibuka Tahun 2022

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 273 hits
Angkasawan pertama negara Dr Sheikh Muszaphar menerusi sebuah hantaran Instagram ada tampil memberi sedikit pendapat mengenai keputusan kerajaan untuk membuka sekolah pyang dijadualkan pada 3 Oktober nanti Kata Dr Muszaphar sesi persekolah ...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms