Zahid Kluster Mahkamah Atau Mangsa Kezaliman



Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, mantan Presiden UMNO, DS Najib Razak, Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan, mantan Bendahari Agung UMNO, DS Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar Bung Radin dan ramai lagi pemimpin UMNO dilabelkan oleh pasukan propaganda PPBM sebagai kluster mahkamah

Mengapa

Kerana kesemua mereka sekarang ini sedang menghadapi pertuduhan sama ada salah guna kuasa atau rasuah di bawah AMLA oleh regim Pakatan Harapan dan diteruskan oleh regim Muhyiddin yang sedang memerintah sekarang ini

Sama ada Dr Mahathir mahu pun Muhyiddin pernah berjanji di hadapan rakyat bahawa Kedaulatan Undang Undang atau The Rule of Law akan kembali dijunjung dalam pentadbiran mereka

Tiada siapa yang akan berada di atas undang undang, sama ada kawan atau pun lawan politik mereka

Tapi benarkah begitu

Mari kita turuti kronologi kes pendakwaan ke atas Presiden UMNO dan sama-sama kita renungkan, sama ada benarkah Kedaulatan Undang Undang atau The Rule of Law telah benar-benar di daulatkan atau telah dimandulkan oleh pemerintah demi kepentingan politik

Kronologi Pendakwaan Kes DS Zahid Hamidi
Segala-galanya bermula apabila UMNO jatuh dari tampuk kuasa



09.05.2018
UMNO kalah PRU 14

Jun 2018
SPRM mulakan siasatan ke atas DS Zahid selepas UMNO kalah pilihanraya


02.07.2018 ~ 03.07.2018
DSZ hadir ke Pejabat SPRM untuk rakaman percakapan


Okt 2018
Dr Mahathir suruh DS Zahid bubarkan UMNO dalam perjumpaan kali pertama

DS Zahid berkeras tidak mahu bubarkan UMNO


10.10.2018, 11.10.2018, 12.10.2018 & 18.10.2018
DS Zahid hadir ke Pejabat SPRM untuk rakaman percakapan


19.10.2018
DS Zahid dituduh di Mahkamah Sesyen di KL untuk 10 pertuduhan Seksyen 409 Kanun Keseksaan, 8 pertuduhan Seksyen 16(a)(B) SPRM dan 27 pertuduhan Seksyen 4(1) AMLA


22.10.2018
Tok Mat Hassan, Ku Nan, Noh Omar berjumpa Dr Mahathir dan merayu supaya UMNO tidak dibubarkan

Baca di sini :
https://www.malaysiakini.com/news/455982

9.11.2018
Dr M keluarkan kenyataan dan akui suruh DS Zahid bubar UMNO

Baca di sini :
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/11/496253/saya-suruh-zahid-bubar-umno-dr-mahathir

14.12.2018
DS Zahid dituduh di Mahkamah Sesyen di KL bagi satu pertuduhan tambahan Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan 10 pertuduhan awal pecah amanah dipinda



20.02.2019
DS Zahid dituduh untuk satu lagi pertuduhan tambahan Seksyen 409 Kanun Keseksaan


24.06.2019
DS Zahid hadir ke Pejabat SPRM untuk rakaman percakapan


26.06.2019
DS Zahid dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk 7 pertuduhan Seksyen 16(a)(B) SPRM


27.06.2019
DS Zahid dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk 33 pertuduhan Seksyen 16(a)(B) SPRM


14.08.2019
Kes 7 pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur dipindahkan ke Shah Alam untuk dibicarakan dengan 33 pertuduhan


18.11.2019
Perbicaraan DS Zahid di Mahkamah Tinggi KL bermula di hadapan YA Collin Lawrence



09.12.2019
Ejen insurans, Izhan kata dia berurusan dengan Mazlina sahaja

Dia juga beritahu Mazlina guna 'pre-signed' cek untuk cepatkan proses pembayaran insurans

Baca di sini :
https://suaramerdeka.com.my/kes-zahid-saksi-akui-cek-ditandangan-lebih-awal-sebelum-dimasukkan-butiran-bayaran/

10.12.2019
Saksi-saksi TS Consultancy akui tidak ada keperluan untuk TS Consultancy bantu Barisan Nasional daftar pengundi

TS Consultancy juga bukan pertubuhan berdaftar untuk daftar pengundi

Baca di sini :
https://www.sinarharian.com.my/article/61376/BERITA/Mahkamah/Yayasan-Akalbudi-guna-dana-RM360000-untuk-tujuan-politik

11.12.2019
Datuk Zul Hisham dan ASP Nizam beritahu mahkamah memang Persatuan Bola Sepak PDRM minta sumbangan Yayasan Akalbudi untuk bayar gaji pemain

Sumbangan itu juga seiring dengan objektif Yayasan Akalbudi yang ditubuhkan bagi tujuan kebajikan

Baca di sini :
https://umno-online.my/2019/12/11/yayasan-akalbudi-dahulukan-gaji-tertunggak-bantu-pemain-bola-pdrm/

12.12.2019
Datuk Wasi kata beliau tidak tahu perbincangan sebenar antara Dato Khalid Jiwa dan DS Zahid

Datuk Wasi hanya tahu itu adalah pinjaman pelaburan dan telah dibayar semua sepenuhnya kepada Yayasan Akalbudi

Persoalannya, mengapa Dato’ Khalid Jiwa tidak pernah dipanggil sebagai saksi

Baca di sini :
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/12/11/yayasan-zahid-pinjamkan-rm10-juta-kepada-syarikat-arang-batu-kata-saksi/


06.01.2020
Bagi kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pihak pendakwaan meminda pertuduhan

33 pertuduhan utama di bawah seksyen 16(a)(B) SPRM, 33 pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan 10 pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan


12.02.2020
Saksi Dr. Uzailee, TS Hashim akui kontrak DTSB teratur dan mengikut prosedur syor Kerajaan Malaysia

Projek secara rundingan hanya boleh diluluskan oleh Kementerian Kewangan

Kontrak DTSB belum ditandatangani sebab belum setuju dengan terma kontrak

Baca di sini :
https://www.malaysiakini.com/news/510600

13.02.2020
Ahli Kimia Siti Nur Musliha sahkan 32 cek yang Mazlina isukan untuk bayar kad kredit dan insurans guna cop tandatangan dan bukan tandatangan bertulis DS Zahid

Datuk Abu Hanifah dari DTSB beritahu cek-cek daripada DTSB bukan rasuah tapi sumbangan

Baca di sini :
https://umno-online.my/2020/02/13/ahli-kimia-akui-32-cek-dicop-tandatangan-dua-tidak-dianalisis/

19.02.2020
Junaith beritahu mahkamah DS Zahid tak pernah janjikan kontrak

Cek-cek daripada Mastoro Kenny, Jogabonito dan Berani Jujur adalah untuk sumbangan bukan rasuah

Chew Ben Ben dari DTSB juga kata cek-cek DTSB tiada unsur rasuah dan pertuduhan adalah fitnah

Baca di sini :
https://umno-online.my/2020/02/19/saksi-pendakwa-nafi-zahid-berjanji-beri-projek-myeg-rm50-juta-selepas-pru-14-dakwa-diugut-sprm/

20.02.2020
Datuk Shahril Ismail sahkan kontrak kepada 'Profound Radiance' teratur dan ikut prosedur

Azlan Shah beritahu cek-cek untuk kebajikan dan sumbangan politik dan bukan rasuah

Baca di sini :
1) https://umno-online.my/2020/02/20/zahid-tidak-pernah-minta-apa-apa-sumbangan-saksi/

2) https://suaramerdeka.com.my/ahmad-zahid-tidak-pernah-beri-arahan-pelantikan-profound-radius-sebagai-pengendali-pusat-sehenti-saksi/


16.06.2020
Pegawai Pejabat Tanah sahkan penjualan dan penukaran hakmilik banglo-banglo adalah teratur dan menurut prosedur

Pemilk asal lot-lot banglo, Dato’ Eric dan Tan Sri Lee Kim Tiong juga akui bahawa mereka tahu banglo yang dijual itu akan digunakan untuk tujuan 'religious affair'.
Baca di sini :
https://www.malaysiakini.com/news/530449

17.06.2020
Faisaluddin akui Yayasan Al-Falah tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk jadi pemegang amanah Yayasan Al-Falah

Faisaluddin beritahu semua urusan kewangan Yayasan Al-Falah diuruskan oleh ahli-ahli pemegang amanah Yayasan Al-Falah

Baca di sini :
http://www.pnbbcportal.com/2020/08/24/yayasan-al-falah-tidak-pernah-lantik-firma-pemegang-amanah/

27.07.2020 & 29.07.2020
Omar Ali akui DS Zahid tidak pernah berikan arahan tukar wang tunai pada cek

Semua atas inisiatif Omar Ali sendiri sebab susah nak masukkan duit tunai dalam bank

Omar Ali beritahu wang tunai tersebut adalah sumbangan dari Yayasan Al-Bukhari

Modus operandi Omar Ali untuk pinjamkan duit pada kawan-kawan dan minta bayar semula guna cek dan juga transaksi pertukaran matawang tidak diketahui oleh DS Zahid

Omar Ali akui semua adalah inisitif sendiri bukan arahan DS Zahid

Baca di sini :
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/605195/ia-dilakukan-atas-inisiatif-sendiri-omar-ali


10.08.2020
Pihak pendakwaan membuat pindaan terhadap 12 pertuduhan pecah amanah dan 2 pertuduhan rasuah berkaitan DTSB

Baca di sini :
https://www.sinarharian.com.my/article/96026/BERITA/Mahkamah/Ahmad-Zahid-mengaku-tidak-bersalah-atas-14-tuduhan-pindaan

12.08.2020
Murali akui memang tanggungjawab peguam untuk masukkan wang pegangan amanah dalam simpanan tetap meskipun tiada arahan

Murali akui dia 'duty-bound' untuk lakukan demikian

Baca di sini :
https://www.asianewsday.com/law-firms-partner-denies-zahid-gave-instructions-as-legal-stranger-on-rm76m-cheques-insists-funds-belong-to-yayasan-al-falah-and-not-yayasan-akalbudi/

24.08.2020
Faisaluddin akui Yayasan Al-Falah tidak pernah melantik Lewis & Co sebagai pemegang amanah Yayasan Al-Falah

Faisaluddin juga beritahu dana yang dibayar daripada Lewis & Co untuk pembelian banglo adalah sumbangan daripada Yayasan Akalbudi kepada Yayasan Al-Falah

Baca di sini :
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/08/724297/lewis-co-bukan-pemegang-amanah-yayasan-al-falah

28.08.2020
Mazlina sahkan memang dia guna cek pre-signed untuk cepatkan proses pembayaran

Mazlina akui beliau cuai dalam menguruskan akaun peribadi DS Zahid dan Yayasan Akalbudi dan sering buat kesilapan

Mazlina akui 'blanket approval' hanya anggapan sendiri

Tiada bukti untuk sokong bahawa DS Zahid beri kebenaran atau arahan

Tidak dapat dibuktikan!!!
Mazlina akui cuai semasa sediakan cek dan buat bayaran melebihi yang sepatutnya

Baca di sini :
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/saksi-mengaku-cuai-urus-cek-zahid-hamidi-257148

13.10.2020
Pegawai Penyiasat, Fairul Rafiq tidak tahu secara menyeluruh berkenaan perolehan projek Profound Radiance daripada Kementerian Dalam Negeri

Baca di sini :
https://suaramerdeka.com.my/saksi-pendakwa-ke-89-gagal-jawab-soalan-lebih-banyak-diam/


04.03.2021
Pegawai Penyiasat, Hizar Farhan akui perolehan projek kepada DTSB adalah teratur dan mengikut prosedur

Saksi juga akui bagi projek yang diperoleh secara rundingan terus, hanya Kementerian Kewangan yang beri kelulusan

Saksi juga akui kenyataan yang diberikan oleh Chew Ben Ben di mahkamah tidak pernah disabitkan dengan kesalahan keterangan palsu

Baca di sini :
https://suaramerdeka.com.my/saksi-kes-zahid-bertelagah-dengan-pihak-pendakwa/

05.03.2021
Pegawai Penyiasat, Zamri memberi keterangan di mahkamah

Saksi akui 11 hari dari tarikh lantikan sebagai pegawai penyiasat ke tarikh DS Zahid dituduh adalah tarikh yang singkat untuk penyiasatan

Saksi juga akui tidak merakam percakapan sesiapa daripada MYEG

Baca di sini :
https://suaramerdeka.com.my/siasatan-kes-zahid-paling-singkat-berat-sebelah-peguam

08.03.2021
Pegawai Penyiasat, Fazli setuju dengan cadangan peguam bahawa milikan wang yang dipindahkan dari Yayasan Akalbudi kepada Lewis & Co sebagai pemegang amanah tidak berubah dan masih milik Yayasan Akalbudi

Pegawai Penyiasat, Tharuzi setuju bahawa tiada satu pun wang masuk ke dalam akaun peribadi DS Zahid



09.03.2021
Pendakwaan meminda pertuduhan ke 27 AMLA buat kali kedua

Pendakwaan menambah cek-cek pada pertuduhan pada saat akhir kes pendakwaan

Pegawai Penyiasat, Fahmee akui tidak pernah menjalankan siasatan atau merakam percakapan mana-mana pihak daripada Yayasan Al-Bukhary

Fahmee juga akui bahawa kesemua pemilik cek yang berkaitan dengan Omar Ali tidak ada kaitan dengan DS Zahid

Baca di sini :
1) https://www.utusan.com.my/berita/2021/03/pendakwaan-pinda-tuduhan-terhadap-zahid-pada-hari-ke-49-perbicaraan/

2) https://www.msn.com/en-my/news/national/macc-didn-t-record-statement-on-source-of-zahid-s-money-court-told/ar-BB1eoHLI

10.03.2021
Pegawai Penyiasat, Amiruddin akui kesemua pemilik cek yang berkaitan dengan Omar Ali tidak mengenali DS Zahid

Saksi juga akui tidak tahu berkenaan dengan tanggungjawab peguam untuk meletakkan pegangan amanah dalam simpanan tetap dan akui tidak pernah menyiasat berkenaan perkara itu

Baca di sini :
1) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/yayasan-albukhary-beri-sumbangan-rm5-juta-dalam-bentuk-cek-kepada-akalbudi-saksi-287273

2) https://www.malaysiakini.com/news/565844
Perbicaraan di Mahkamah Shah Alam akan bermula April 2021

Dr Mahathir pernah dikaitkan dengan skandal FOREX dan menyebabkan negara kerugian lebih dari RM30 bilion

Walau pun siasatan RCI telah mengesahkan ada asas yang kukuh untuk pendakwaan dan rayuan Dr Mahathir untuk menolak keputusan siasatan RCI telah ditolak oleh mahkamah, namun hingga ke hari ini, masih belum ada pendakwaan lagi

Muhyiddin pernah dikaitkan dengan skandal Bestarinet yang bernilai berbilion ringgit, namun sehingga ke hari ini, belum ada apa-apa pendakwaan dilakukan lagi

Tanpa sebab dan alasan yang kukuh, Lim Guan Eng pernah digugurkan dari kes rasuah ketika perbicaraan sedang dijalankan di mahkamah.

Tetapi setiap pemimpin UMNO yang dilabelkan sebagai kluster mahkamah, dituduh dengan berpuluh-puluh tuduhan.
Sama seperti perjalanan kes SRC DS Najib, kenyataan saksi bercanggah antara satu sama lain, asas pendakwaan tidak kukuh, namun tertuduh tetap disabitkan dengan kesalahan.
Baca di sini :
https://www.facebook.com/salahuddin.hisham.1/posts/831274247456940

Bukan maksud admin untuk mempertikai atau menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah, namun hakikatnya, itulah yang berlaku.
Apakah Kedaulatan Undang Undang sudah dimandulkan oleh tangan tangan ghaib?
Terpulang kepada proses penghakiman, namun kronoloji berikut memberi perspektif bahawa ia hanya pendakwaan politik.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2021/03/zahid-kluster-mahkamah-atau-mangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Diserang Pelbagai Arah Pemimpin Kluster Mahkamah Juga Kekal Setia Ds Zahid Hamidi

Umno Diserang Pelbagai Arah Pemimpin Kluster Mahkamah Juga Kekal Setia Ds Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 231 hits
Usaha untuk memulihkan semula Umno selepas parti itu mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke 14 lepas bukan satu tugas yang mudah kata Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Menerusi catatan di Facebooknya pada Ahad Ahmad Zahid m...
Kluster Mahkamah Inilah Last Defend Umno Zahid Hamidi

Kluster Mahkamah Inilah Last Defend Umno Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 213 hits
Hakikatnya tiada sebarang kluster dalam kepimpinan Umno Apatah lagi akar umbi Umno mahu supaya Umno terus berpadu tanpa sebarang perpecahan biarpun perbezaan pendapat tetap diraikan Namun tafsiran terdapat wujudnya pelbagai kluster mengikut...
Penyatuan Ummah Bertujuan Hancurkan Umno Kluster Mahkamah Inilah Yang Setia Kepada Parti Zahid Hamidi

Penyatuan Ummah Bertujuan Hancurkan Umno Kluster Mahkamah Inilah Yang Setia Kepada Parti Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 272 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera para ahli dan penyokong UMNO sekalian Saya menulis kali ini supaya saudara saudari ahli dan penyokong UMNO dapat memahami realiti ini Usaha untuk memulihkan UMNO selepas dilanda badai fitnah PRU14 bukanla...
Pemimpin Kluster Mahkamah Adalah Pejuang Umno Kata Zahid

Pemimpin Kluster Mahkamah Adalah Pejuang Umno Kata Zahid

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 339 hits
March 7 2021 2 06 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha untuk memulihkan parti itu selepas dilanda badai fitnah pada pilihan raya umum ke 14 bukanlah kerja mudah PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa terdapat se...
Najib Tidak Senang Dengan Gelaran Kluster Mahkamah

Najib Tidak Senang Dengan Gelaran Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 356 hits
By 10 03 2021Oleh Arrazaq NazriTERNYATA sekali bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak senang dengan gelaran Kluster Mahkamah dan menganggapkannya sebagai usaha propaganda pihak tertentu Najib berkata gelaran tersebut sepatutnya ...
Mahkamah Zahid Guna Rm1 4 Juta Dana Yayasan Akalbudi

Mahkamah Zahid Guna Rm1 4 Juta Dana Yayasan Akalbudi

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 335 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu saksi ke 99 bahawa Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan dana berjumlah RM 1 4 juta milik Yayasan Akalbudi bagi pembayaran sembilan kad kredit insurans kenderaan dan...
Imbas Kembali Setiausaha Zahid Akui Silap Bayar Cek Di Mahkamah

Imbas Kembali Setiausaha Zahid Akui Silap Bayar Cek Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 501 hits
1 Bila tengok balik kes mahkamah Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi aku macam rasa sesuatu tidak kena Tengok balik kecuaian setiausaha beliau melunaskan bayaran kad kredit DSZH yang diakuinya semasa kes mahkamah berjalan tahun lepas Baca laporann...
Kluster Kuasa Kluster Broker Bimbang Umno Sedang Bangkit Dengan Kekuatan Sendiri Zahid Hamidi

Kluster Kuasa Kluster Broker Bimbang Umno Sedang Bangkit Dengan Kekuatan Sendiri Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 271 hits
Hakikatnya tiada sebarang kluster dalam kepimpinan Umno Apatah lagi akar umbi Umno mahu supaya Umno terus berpadu tanpa sebarang perpecahan biarpun perbezaan pendapat tetap diraikan Namun tafsiran terdapat wujudnya pelbagai kluster mengikut...
Shazni Ph Tak Patut Kerjasama Kluster Mahkamah Umno

Shazni Ph Tak Patut Kerjasama Kluster Mahkamah Umno

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 294 hits
Ketika PKR dan kumpulan tertentu dalam Umno terus melontarkan idea kemungkinan kerjasama menjelang PRU15 seorang pemimpin Pakatan Harapan memberikan amarannya Ketua Pemuda PH yang baru Shazni Munir berkata langkah ini boleh menyebabkan gabu...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever