Pemimpin Kluster Mahkamah Adalah Pejuang Umno Kata Zahid


FMT Reporters
-March 7, 2021 2:06 PM
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha untuk memulihkan parti itu selepas dilanda badai fitnah pada pilihan raya umum ke-14 bukanlah kerja mudah.
PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa terdapat segelintir pemimpin parti itu terpaksa menanggung kesan atas keputusan mereka sebelum ini yang enggan menggadaikan Umno sehingga menyebabkan diri terpalit dengan “kluster mahkamah”.

Zahid berkata, walaupun berdepan pendakwaan di mahkamah, namun pemimpin berkenaan tetap berani dan setia memperjuangkan Umno, walau apapun yang menimpa diri mereka.

“Kerana enggan menggadaikan Umno, pemimpinnya dipropagandakan mahu menyelamatkan diri daripada pendakwaan mahkamah.

“Sedangkan pemimpin Umno ‘kluster mahkamah’ inilah yang berani dan setia memperjuangkan Umno walau apa menimpa mereka,” kata di Facebook.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata demikian selepas wujud desakan supaya beliau meletak jawatan susulan keputusan terbaru Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum akan datang.

Tanpa menamakan mana-mana individu atau pemimpin, Zahid turut meminta ahli Umno supaya menilai keadaan dan nasib “katak” yang menurutnya selesa di seberang jalan, serta “burung belatuk” yang kenyang kerana mendapat dedak di belakang rumah.

“Kluster mahkamah” dipercayai merujuk kepada pemimpin Umno yang berdepan beberapa kes di mahkamah.

Antara pemimpin itu ialah bekas presiden Umno Najib Razak yang sebelum ini disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi dalam kes SRC International.

Zahid sendiri turut dituduh di mahkamah selepas dikaitkan dengan jenayah berhubung penyelewengan dana Yayasan Akal Budi.

Manakala, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dan veteran parti itu Shahrir Samad turut didakwa kerana menerima dana daripada Najib sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Zahid berkata, usaha untuk memulihkan Umno selepas dilanda badai fitnah pada PRU14 lalu bukanlah suatu kerja mudah.

Katanya, “musuh” yang ada tidak pernah berhenti untuk menyekat dan melakukan serangan “di bahagian kiri, kanan, depan dan belakang”.

“Musuh nyata sudah pasti. Musuh tidak nyata berselindung dalam kesamaran penuh hasutan. Musuh tahu Umno parti keramat bangsa, agama dan parti terbesar umat Melayu mampu bangkit semula.

“Mereka berusaha gigih untuk menghancurkan Umno ‘once and for all’ sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun usaha itu tidak pernah berjaya kerana kedegilan pemimpin dan ahlinya,” katanya.

Secara berkias, Zahid berkata, selepas usaha musuh untuk menamatkan riwayat Umno gagal, musuh pula mahu supaya Umno berada dalam kawalan dengan menggunakan broker bertaraf jurucakap dan mendakwa mereka adalah “penyatu ummah”.

“Ironinya dasar penyatuan ummah perlu berlandaskan kepada kejujuran dan keikhlasan. Bukan untuk menguasai supaya terus berkuasa. Bukan juga untuk kepentingan si polan dan si polan.

“Andai berjaya, jenama Umno boleh dipergunakan. Jutaan ahli Umno boleh di “remote” dan dikudakan.

“Tanpa cabaran pemimpin dan ahli Umno, kedudukan dan kekuasaan mereka lebih selesa dan terjamin,” katanya.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/pemimpin-kluster-mahkamah-adalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Diserang Pelbagai Arah Pemimpin Kluster Mahkamah Juga Kekal Setia Ds Zahid Hamidi

Umno Diserang Pelbagai Arah Pemimpin Kluster Mahkamah Juga Kekal Setia Ds Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 248 hits
Usaha untuk memulihkan semula Umno selepas parti itu mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke 14 lepas bukan satu tugas yang mudah kata Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Menerusi catatan di Facebooknya pada Ahad Ahmad Zahid m...
Kluster Mahkamah Inilah Last Defend Umno Zahid Hamidi

Kluster Mahkamah Inilah Last Defend Umno Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 222 hits
Hakikatnya tiada sebarang kluster dalam kepimpinan Umno Apatah lagi akar umbi Umno mahu supaya Umno terus berpadu tanpa sebarang perpecahan biarpun perbezaan pendapat tetap diraikan Namun tafsiran terdapat wujudnya pelbagai kluster mengikut...
Penyatuan Ummah Bertujuan Hancurkan Umno Kluster Mahkamah Inilah Yang Setia Kepada Parti Zahid Hamidi

Penyatuan Ummah Bertujuan Hancurkan Umno Kluster Mahkamah Inilah Yang Setia Kepada Parti Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 285 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera para ahli dan penyokong UMNO sekalian Saya menulis kali ini supaya saudara saudari ahli dan penyokong UMNO dapat memahami realiti ini Usaha untuk memulihkan UMNO selepas dilanda badai fitnah PRU14 bukanla...
Shazni Ph Tak Patut Kerjasama Kluster Mahkamah Umno

Shazni Ph Tak Patut Kerjasama Kluster Mahkamah Umno

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 332 hits
Ketika PKR dan kumpulan tertentu dalam Umno terus melontarkan idea kemungkinan kerjasama menjelang PRU15 seorang pemimpin Pakatan Harapan memberikan amarannya Ketua Pemuda PH yang baru Shazni Munir berkata langkah ini boleh menyebabkan gabu...
Pas Hanya Cari Untung Dengan Politik Dua Kolam Kata Bekas Pemimpin Umno

Pas Hanya Cari Untung Dengan Politik Dua Kolam Kata Bekas Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 693 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONBekas pemimpin Umno Datuk Zaharin Mohd Yassin mendakwa politik Pas ketika ini hanya mahu mencari keuntungan untuk diri mereka sendiri dan bukannya demi perjuangan Beliau berkata ini dapat dibuktikan dari sikap parti Is...
Lebih Ramai Pemimpin Umno Akan Bersuara Susulan Kritikan Musa Kata Penganalisis

Lebih Ramai Pemimpin Umno Akan Bersuara Susulan Kritikan Musa Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 340 hits
freemalaysiatoday com March 9 2021 7 45 AMPenentu nasib Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno adalah ahli dan perwakilan parti kata penganalisis PETALING JAYA Penganalisis menjangkakan lebih ramai pemimpin Umno di peringkat negeri dan ba...
Kluster Kuasa Kluster Broker Bimbang Umno Sedang Bangkit Dengan Kekuatan Sendiri Zahid Hamidi

Kluster Kuasa Kluster Broker Bimbang Umno Sedang Bangkit Dengan Kekuatan Sendiri Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 278 hits
Hakikatnya tiada sebarang kluster dalam kepimpinan Umno Apatah lagi akar umbi Umno mahu supaya Umno terus berpadu tanpa sebarang perpecahan biarpun perbezaan pendapat tetap diraikan Namun tafsiran terdapat wujudnya pelbagai kluster mengikut...
Asyraf Kata Jangan Salahkan Umno Jika Ada Pemimpin Buat Hal

Asyraf Kata Jangan Salahkan Umno Jika Ada Pemimpin Buat Hal

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 234 hits
March 8 2021 Bukan salah parti apabila segelintir pemimpin dan ahli membuat angkara kerana lupa diri lupa daratan dan lupa akar perjuangan kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki Beliau berkata semua ahli Umno kini tidak lagi boleh mengu...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi