Zahid Kata Pm Tak Dihormati Tapi Terlupa Insiden Boo Dalam Dewan


agendaily.com06/10/2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dihormati walaupun menjadi ketua kerajaan dan mengkritik Menteri daripada parti lain yang memegang jawatan dalam Kabinet.

Presiden UMNO itu berkata kononnya Naib Presidennya itu diserang oleh ahli jemaah menteri lain, tetapi terlupa insiden ‘boo’ dan sorakan ‘bubar’ yang dilakukan ahli parti itu sendiri terhadap Ismail Sabri dalam perhimpunan raksasa yang diadakan sebelum ini.

Malah, Ismail Sabri juga sebelum ini dikecam oleh Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang melabelnya sebagai Perdana Menteri daripada UMNO yang paling lemah dalam sejarah negara kerana didakwa tidak boleh membuat keputusan atau menegaskan kuasanya.

“Tidak pernah seorang Perdana Menteri UMNO selemah ini dalam sejarah negara. Senario yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan ketika ini dilihat bercelaru dan mencerminkan kedudukannya yang lemah,” kata Nur Jazlan sebelum ini.

Malah, semasa taklimat khas yang diadakan Zahid pada 27 Ogos lalu selepas Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun, beberapa kali Ismail Sabri dihina dan diejek oleh ahli UMNO sendiri semasa program tersebut.

Sepanjang ucapannya semasa taklimat tersebut, setiap kali nama Ismail Sabri atau menerusi jawatannya – naib presiden UMNO – disebut, para perwakilan yang hadir dapat didengar memberikan sorakan ‘boo’.

Ketika itu, Ismail Sabri tidak hadir ke taklimat itu kerana menghadiri program lain di kawasan Parlimennya, Bera.

Dalam satu hantaran terbaharu Facebooknya hari ini, Zahid sekali lagi mengulangi Ismail Sabri perlu mengambil langkah membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Pentadbiran negara jadi bersimpang-siur dengan setiap parti politik dalam kerajaan mentadbir portfolio Kabinet masing-masing mengikut agenda dan fahaman sendiri.

“Negara dibawah pentadbiran kerajaan PN (Perikatan Nasional) disertai sebilangan wakil rakyat Barisan Nasional (BN), namun diketuai pemimpin politik bermuslihat menamatkan lawan politik bagi mengukuhkan kedudukan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Khamis.

Spekulasi bertiup kencang Ismail Sabri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini bagi memohon pembubaran Parlimen selepas mendapat mandat daripada UMNO untuk mempersembahkan cadangan PRU-15 diadakan segera.

UMNO juga dilihat membuat pelbagai persediaan sebagai isyarat PRU-15 akan diadakan pada masa terdekat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/zahid-kata-pm-tak-dihormati-tapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Zahid Boleh Jadi Poster Boy Bn Kata Penganalisis

Pru15 Zahid Boleh Jadi Poster Boy Bn Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 197 hits
puteradaily comAhmad Zahid Hamidi berpeluang muncul sebagai poster boy Barisan Nasional untuk pilihan raya umum akan datang susulan pembebasannya daripada 40 pertuduhan rasuah semalam kata seorang penganalisis Menurut Felo Majlis Profesor J...
Pru15 Tak Sesuai Diadakan Pada November Kata Metmalaysia Tetapi Zahid Hamidi Bertegas Mahu Pru15 Diadakan Segera

Pru15 Tak Sesuai Diadakan Pada November Kata Metmalaysia Tetapi Zahid Hamidi Bertegas Mahu Pru15 Diadakan Segera

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 126 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan Pilihan Raya Umum ke 15 tidak sesuai diadakan semasa Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada November ini nbsp Jika mengambil kira pandangan kami daripada komuniti pengurusan ben
Inilah Amaran Zahid Kepada Ismail Sabri Kata Ketua Umno Digantung

Inilah Amaran Zahid Kepada Ismail Sabri Kata Ketua Umno Digantung

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 197 hits
agendaily com1 10 2022Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Mohd Yusof Ismail mendakwa penggantungan keahliannya dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukan keputusan Majlis Tertinggi Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Mohd Yusof Ismai...
Kenyataan Zahid Calon Pm Tidak Benar Kata Setiausaha Agung Umno

Kenyataan Zahid Calon Pm Tidak Benar Kata Setiausaha Agung Umno

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 202 hits
freemalaysiatoday com September 24 2022 11 30 PMAhmad Maslan meminta orang ramai merujuk kepada media sosial rasminya untuk memastikan kesahihan kenyataan dikeluarkan PETALING JAYA Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menafikan mengeluarkan k...
Bukan Salah Zahid Tapi Orang Umno Sudah Termakan Dedak

Bukan Salah Zahid Tapi Orang Umno Sudah Termakan Dedak

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 187 hits
Tamrin Tun Ghafar Isnin 03 10 22 1 SESAL DULU PENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA NASI SUDAH JADI BUBUR 2 Walah pun telah dikalahkan namun UMNO maseh di takuk lama tidak mahu menerima teguran dan kritikan seolah olah UMNO sebuah Parti y...
Peguam Najib Kata Rm60 6j Hadiah Saudi Tapi Saksi Tak Dapat Sahkan

Peguam Najib Kata Rm60 6j Hadiah Saudi Tapi Saksi Tak Dapat Sahkan

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 164 hits
Pemindahan kira kira RM60 6 juta ke dalam akaun peribadi Bank AmIslamic Datuk Seri Najib Razak pada 2011 sebenarnya adalah sebahagian daripada hadiah yang dijanjikan sebanyak AS 100 juta yang dibuat oleh keluarga diraja Arab Saudi dakwa peg...
Pm Akan Buat Pengumuman Penting Hari Ini Kata Zahid

Pm Akan Buat Pengumuman Penting Hari Ini Kata Zahid

papar berkaitan - pada 10/10/2022 - jumlah : 126 hits
agendaily com10 10 2022Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat pengumuman penting hari ini kata Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan Naib Presid...
Umno Bercita Cita Mahu Menang Tapi Zahid Hamidi Makin Menambah Musuh

Umno Bercita Cita Mahu Menang Tapi Zahid Hamidi Makin Menambah Musuh

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 161 hits
Mesyuarat MT UMNO dua hari lalu secara umumnya hanyalah bertujuan untuk memuktamadkan desakan kepada Perdana Menteri bahawa PRU15 mesti diadakan pada tahun ini Mesyuarat itu seterusnya disusuli dengan kejayaan menetapkan agar Ismail Sabri Y...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Saka Bapak Kau

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck

Pizza Kuali Simple Mudah Dan Sedap


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Bertolak Ansurlah

Loyalty

Lava789