Zahid Hamidi Presiden Umno Bagi Tempoh 2018 2021





KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terus mendapat kepercayaan dan keyakinan ahli UMNO apabila beliau dipilih sebagai Presiden UMNO baharu bagi tempoh 2018-2021.

Keputusan itu sekali gus menjulang Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang sebelum ini menjalankan tugas pemangku Presiden UMNO sebagai Presiden UMNO kelapan.

Setakat jam 9.40 malam tadi, Ahmad Zahid memperoleh 93 undi, menewaskan empat pesaing lain antaranya dua nama besar UMNO iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang.

Dalam pemilihan UMNO kali ini, Khairy memperoleh 51 undi, manakala Tengku Razaleigh ataupun Ku Li mendapat 23 undi.

Dua lagi pencabar kerusi berkenaan yang kurang dikenali iaitu ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa@Jamaluddin, gagal memperoleh sebarang undi.

Mesyuarat perwakilan UMNO yang bermula hari ini membabitkan 191 bahagian dengan agenda utama hanya untuk memilih barisan kepemimpinan peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi bagi sesi 2018-2021.

Kemenangan Ahmad Zahid begitu signifikan pada pemilihan yang dianggap sebagai ibu segala demokrasi, selepas Barisan Nasional (BN) kecundang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pemilihan kali ini juga amat bersejarah kerana sejak 1988 susulan tidak ada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden. Kali ini, ia dibuka untuk dipertandingkan.

Ahmad Zahid, 65, adalah Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti mempunyai pengalaman luas lebih 30 tahun dalam bidang politik selain berpengalaman luas dalam bidang perniagaan perbankan.

Beliau juga pernah menjawat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Beliau kemudian menyandang jawatan Menteri Pertahanan (2009-2013) sebelum bertukar ke portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri sejak 16 Mei 2013.

Berkelulusan Doktor Falsafah dalam jurusan Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), anak kelahiran Bagan Datuk, Perak itu mula menjadi anggota Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2008-2009) semasa pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum menjadi anggota Kabinet, beliau pernah berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada tahun 2004 dan Timbalan Menteri Penerangan (2006-2008).

Permulaan karier politiknya bermula 1984. Ketika itu, beliau bergiat aktif sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datuk sehinggalah terpilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi tempoh 1996 hingga 1999.

Pada 1991, beliau dilantik sebagai anggota Dewan Negara selama satu penggal.

Bagi jawatan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului pencabar lain dengan 16 undi, sehingga jam 9.47 malam tadi.

Beliau disusuli Datuk Seri Mahdzir Khalid (12 undi), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (15 undi), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (13 undi), Datuk Tajuddin Abdul Rahman (12 undi) dan Datuk Seri Ahmad Said (satu undi).

Bagi calon ikan bilis yang bertanding jawatan berkenaan iaitu Sheikh Razali Sheikh Hamad masih gagal meraih sebarang undi buat masa ini.

Setakat jam 9.47 malam, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO baharu dengan 75 undi.

Mohamad Hasan ataupun dikenali sebagai Tok Mat menewaskan bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang memperoleh 55 undi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kakipalu.blogspot.com/2018/06/zahid-hamidi-presiden-umno-bagi-tempoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Tok Mat Takziah Zahid Hamidi Takziah Kj

Tahniah Tok Mat Takziah Zahid Hamidi Takziah Kj

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 341 hits
Kemenangan Mohamad Hasan atau Tok Mat dalam PRK Rantau semalam sebenarnya tidaklah begitu memeranjatkan malah sudah diduga oleh kebanyakan orang Rantau adalah kerusi tradisi dan selesa buat Tok Mat sejak 2004 lagi sehinggalah PRU14 lalu di ...
Bekas Presiden Pfa Diberi Tempoh 14 Hari

Bekas Presiden Pfa Diberi Tempoh 14 Hari

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 357 hits
BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie Foto Asyraf HamzahBekas Presiden PFA diberi tempoh 14 hariBekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie diberi masa 14 har...
Saya Jumpa Hadi Selepas Menang Jawatan Timbalan Presiden Umno Kata Tok Mat

Saya Jumpa Hadi Selepas Menang Jawatan Timbalan Presiden Umno Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 468 hits
Mohamad Hasan berkata wawasannya ialah untuk memperkasakan semula Umno dan menyusun strategi bagi menghadapi PRU ke 15 SEREMBAN Mohamad Hasan berkata beliau menghubungi Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebaik sahaja memenangi jawatan timbalan ...
Tindakkan Mahathir Melampaui Batas Sebagai Rakyat Najibrazak Zahid Hamidi Tunfaisal

Tindakkan Mahathir Melampaui Batas Sebagai Rakyat Najibrazak Zahid Hamidi Tunfaisal

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 513 hits
Perbalahan diantara Mahathir selaku Perdana Menteri dengan pihak Istana Johor nampaknya makin keruh tambahan pula dua hari lepas Menteri Besar Johor meletakkan jawatan atas desakan pihak Istana Johor sendiri Walau apa pun perbalahan ini nam...
Part 3 Mampus Bukit Aman Zahid Hamidi Denies Ordering Abduction Of Amri And Koh

Part 3 Mampus Bukit Aman Zahid Hamidi Denies Ordering Abduction Of Amri And Koh

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 334 hits
There is a video at The Star at this link Zahid Hamidi denied issuing any order to abduct Pastor Koh and Amri Che Mat no such directive given by me or the ministry s chief secretary Koh missing in 2017 abducted in a well coordinated operati...
Mahathir Beri Amaran Pada Tengku Mahkota Johor Hrhjohorii Najibrazak Zahid Hamidi

Mahathir Beri Amaran Pada Tengku Mahkota Johor Hrhjohorii Najibrazak Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 548 hits
Mungkin kenyataan kenyataan sinis tapi makan dalam yang dikeluarkan oleh YAM Tengku Mahkota Johor dalam media sosial membuatkan Mahathir berasa kurang selesa dan tertekan Jika dibaca berkali kali apa yang dikeluarkan oleh YAMTMJ ianya lebih...
Lama Menghilang Rafizi Ramli Muncul Dengan Kebodohan Najibrazak Zahid Hamidi Tunfaisal

Lama Menghilang Rafizi Ramli Muncul Dengan Kebodohan Najibrazak Zahid Hamidi Tunfaisal

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 388 hits
Lama menyepi dari arena politik selepas kalah bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR dengan Azmin Ali Rafizi Ramli baru baru ini buat come back berceramah dalam sesi kempen di PRK Rantau Bagi mereka yang meminati ceramah Rafizi Ramli yang...
Sekretariat Suara Rakyat Umno

Sekretariat Suara Rakyat Umno

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 320 hits
Dan Salam 1 MalaysiaSEKRETARIAT SUARA RAKYAT UMNO 01 04 2019LHDN DIPERGUNAKAN UNTUK SINGKIR NAJIB RAZAK DARI POLITIK LOKMAN ADAMSELEPAS GAMBAR BADUT NAJIB FAHMI REZA HINA NAJIB DENGAN BONEKA BADUT PULA PENYOKONG PH KEBAL UNDANG UNDANG LOKMA...
New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akademik Etiqa

Sardin Pertima Keluaran Bumiputera

Kaedah Penanaman Durian Yang Betul

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Imam Abu Dawud Lunakkan Hadits Seperti Nabi Daud Lunakkan Besi

Kerjaya Virtual Assistant Flexi Dan Menguntungkan Untuk Newbie Yang Nak Mula