Tahniah Tok Mat Takziah Zahid Hamidi Takziah Kj



Kemenangan Mohamad Hasan atau Tok Mat dalam PRK Rantau semalam sebenarnya tidaklah begitu memeranjatkan, malah sudah diduga oleh kebanyakan orang.Rantau adalah kerusi tradisi dan selesa buat Tok Mat sejak 2004 lagi sehinggalah PRU14 lalu di mana beliau diisytiharkan menang tanpa bertanding di situ sebelum kemenangannya dibatalkan.Kali terakhir beliau berentap ialah pada PRU 2013, Tok Mat menang di Rantau dengan majoriti 4,613 undi.Maka, kemenangan beliau dalam PRK kali ini dengan majoriti 4,510 undi tidaklah membawa erti luar biasa dan istimewa apa-apa untuk dibanggakan.Patutnya, dengan dibantu Pas, majoriti kemenangan Tok Mat bukan lebih rendah dan berkurangan sebanyak 103 undi, malah lebih tinggi berbanding PRU tahun 2013 itu.Apa pun, sebagaimana yang disebut dalam tulisan semalam, menangnya Tok Mat akan memberi implikasi yang tersendiri kepada UMNO.Tok Mat adalah Timbalan Presiden UMNO yang sedang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO kerana Zahid Hamidi memutuskan untuk bercuti berikutan kepimpinannya banyak dipertikaikan, selain sedang berdepan deretan pertuduhan di mahkamah.Dengan menang di Rantau, sebelum ini mengetuai kemenangan UMNO dan BN di Cameron Highlands dan Semenyih, bermakna kepimpinan Tok Mat diterima dengan baik oleh ahli-ahli UMNO yang sebelumnya agak terkedu kerana kehilangan kuasa.Pas yang memberi sokongan kepada UMNO juga nampaknya lebih selesa dengan kepimpinan Tok Mat berbanding Zahid Hamidi. Sebab itu kerjasama UMNO dan Pas semakin baik sekarang ini daripada sebelumnya.Dalam situasi ini, Zahid Hamidi kini boleh terus menyambung cutinya sehingga pemilihan UMNO tahun 2021 nanti atau jika lebih baik hati, lagi molek jika beliau dapat segera menghantar surat berhenti.Tiada ruang dan peluang lagi untuk beliau kembali menerajui UMNO meskipun dirinya adalah Presiden UMNO yang sah.Realitinya, kedudukan Zahid Hamidi hanya sah pada jawatan, tetapi kepimpinannya seolah-olah tidak sah di hati ahli-ahli UMNO.Lebih baik Zahid Hamidi menumpukan perhatian kepada kes-kes mahkamahnya saja dan bersiap sedia untuk menjalani hukuman penjara jika disabitkan bersalah nanti.Kalau beliau kembali memimpin UMNO, bukan saja parti itu kembali lemah seperti sebelumnya, bahkan Tok Mat sendiri yang mungkin sudah syok dengan kuasa-kuasa Presiden UMNO tidak sedia untuk kembali dengan peranan hakikinya sebagai Timbalan Presiden UMNO.Tok Mat mungkin akan memberi sokongan dan kerjasama ala kadar saja kepada Zahid Hamidi sementara menunggu pemilihan UMNO tahun 2021 di mana beliau ketika itu pasti akan menawarkan diri bertanding sebagai Presiden UMNO.Kesan kedua daripada melonjaknya nama Tok Mat sekarang bererti peluang Khairy Jamaluddin untuk bertanding semula sebagai Presiden UMNO sudah tertutup dengan sendirinya.Dalam UMNO Rembau, Tok Mat adalah Ketua Bahagian manakala KJ merupakan Timbalan Ketua Bahagian. Tok Mat juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.Dalam pemilihan UMNO 2018 lalu, Tok Mat bertanding Timbalan Presiden UMNO, sementara KJ menutuskan di saat-saat akhir bertanding jawatan Presiden UMNO.Tetapi ketika itu, siapa pun bebas bertanding kerana kedua-dua jawatan tertinggi UMNO itu kosong setelah UMNO hilang kuasa Putrajaya dalam PRU14.Pemilihan 2021 nanti sudah jadi berbeza dengan 2018 lalu. Dengan Tok Mat sudah sedia menduduki kerusi Timbalan Presiden dan mungkin sudah pun memangku jawatan Presiden UMNO, jika beliau menawarkan diri sebagai Presiden UMNO, ia memang sesuatu yang wajar dan munasabah.Namun, KJ selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau yang berada di bawah Tok Mat, beliau bukan saja tidak munasabah untuk sekali lagi bertanding jawatan Presiden UMNO, malah tidak masuk akal sama jika menawarkan diri sebagai Timbalan Presiden UMNO.Takkanlah kedua-dua pemimpin dari Rembau mahu bertanding kedua-dua jawatan tertinggi dalam UMNO pula.Dalam hal ini, yang patut mengalah tentulah KJ kerana beliau ketika ini tiada sebarang jawatan dalam UMNO Pusat.Selepas Tok Mat menjadi Presiden UMNO, beliau seterusnya tentulah mahu bertanding di kerusi Parlimen Rembau pula yang sekarang diduduki oleh KJ kerana jika nasib baik UMNO dan BN menang PRU15 pada tahun 2023, idamannya selepas itu tentulah kerusi Perdana Menteri.Bermakna selepas ini, KJ bukan saja akan tersisih dalam hireaki kepimpinan UMNO, bahkan tiada peluang lagi untuknya bertanding di kerusi Parlimen.Mudah kata, selepas kemenangan di Rantau ini, selain ucapan tahniah harus diberikan kepada Tok Mat kerana bintangnya nampak akan terus bersinar tanpa diduga, ucapan takziah juga selayaknya diberikan awal-awal kepada Zahid Hamidi dan juga KJ. (Shahbudindotcom 14/04/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/04/tahniah-tok-mat-takziah-zahid-hamidi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Tok Mat Tahniah Menteri Ph Berjaya Apikan Semangat Melayu Hasilnya Hatrik Kekalahan

Tahniah Tok Mat Tahniah Menteri Ph Berjaya Apikan Semangat Melayu Hasilnya Hatrik Kekalahan

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 352 hits
Calon Pakatan Harapan Dr Streram boleh masuk kelas belajar bahasa kebangsaan Menteri Sumber Manusia Kulasegaran boleh terus mengapi apikan semangat perkauman membenci Melayu menggunakan bahasa Tamil daripada memanggil Melayu bangsa pendatan...
Zahid And Tok Mat Where Loyalty Comes First

Zahid And Tok Mat Where Loyalty Comes First

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 256 hits
I FEEL compelled to jot a few lines over what appeared in Shahbudindotcom about Zahid Hamidi Mohamad Hasan and Khairy Jamaluddin yesterday Although he is free to opine I am too especially with regards to Umno its way forward and top structu...
Tahniah Tok Mat

Tahniah Tok Mat

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 453 hits
Calon BN Datuk Seri Mohamad Hasan 10 397Calon Bebas R Malar 83Calon Bebas Mohd Nor Yassin 79Calon PH Dr S Streram 5 887Majoriti 4 510 Sumber Sinar Harian
Prk Rantau Pas Ucap Tahniah Pada Tok Mat

Prk Rantau Pas Ucap Tahniah Pada Tok Mat

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 332 hits
1 Syukur kepada Allah dengan hidayah Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih YB Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Hj Hasan bagi mewakili rakyat bermasyarakat majmuk di DUN Rantau 2 Kemenangan ni menunjukkan perkembangan posit...
Kemenangan Tok Mat Mesej Pengundi Tolak Ph Ahmad Zahid

Kemenangan Tok Mat Mesej Pengundi Tolak Ph Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 248 hits
KUALA LUMPUR 13 April 8211 Kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau suatu mesej bahawa Pakatan Harapan telah ditolak oleh pengundi pengundi yang merasakan mereka telah tersalah s
Kemenangan Tok Mat Sekat Keangkuhan Ph Kata Khairy

Kemenangan Tok Mat Sekat Keangkuhan Ph Kata Khairy

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 299 hits
Pengundi di Rantau perlu memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional Mohamad Hasan untuk menyekat keangkuhan kerajaan Pakatan Harapan kata Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Rembau itu berkata kemenangan Mohamad membolehkan beliau diangka...
5 Sebab Kenapa Pengundi Rantau Harus Pilih Tok Mat The Milennials

5 Sebab Kenapa Pengundi Rantau Harus Pilih Tok Mat The Milennials

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 361 hits
Masih tak tahu nak undi siapa lagi Kita ada pemimpin yang sanggup meninggalkan kerjayanya demi untuk berkhidmat kepada rakyat WE MUST GIVE BACK TO OUR SOCIETY MUST GIVE BACK TO PEOPLE TO OUR COUNTRY TO OUR STATE itu lah kata kata
Hubungan Kaum Makin Renggang Selepas Ph Menang Kata Tok Mat

Hubungan Kaum Makin Renggang Selepas Ph Menang Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 421 hits
Hubungan antara kaum semakin renggang selepas pilihan raya umum ke 14 yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya kata Mohamad Hasan Calon Barisan Nasional DUN Rantau itu tidak menolak ia berpunca daripada kegagalan p...
Tok Mat Govt Should Have Spent Rm25mil To Take Over Mawar Medical Centre

Tok Mat Govt Should Have Spent Rm25mil To Take Over Mawar Medical Centre

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 357 hits
SEREMBAN The Pakatan Harapan government should not be promising better health services especially when it had ordered the closure of Mawar Medical Centre says Barisan Nasional s Rantau candidate Datuk Seri Mohamad Hasan I have come to know ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda