Zahid Hamidi Bebas Kerana Kelemahan Ketara Pihak Pendakwa


 
Jika diteliti dalam penghujahan hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Yazid Mustafa ketika membuat keputusan membebaskan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan rasuah berkaitan visa luar negara semalam, adalah jelas ia disebabkan kegagalan pihak pendakwa menyediakan bukti yang mencukupi dan sewajarnya.
Dalam erti kata lain, ini adalah kelemahan di pihak pendakwaan.
Lantaran itu, beliau memutuskan pihak pendakwa gagal mewujudkan prima facie terhadap Zahid Hamidi, ditambah tiga saksi utama yang dikemukakan iaitu bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) Harry Lee Vui Khiun, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani dan David Tan Siong Sun dianggap sebagai tidak berwibawa dan tidak boleh dipercayai.
Dalam hujah berkaitan wang yang didakwa diberikan kepada Zahid Hamidi, Mohd Yazid berkata, beliau tidak dapat membayangkan bagaimana jutaan wang dimasukkan ke dalam sampul surat dan dihantar kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Membandingkan dengan kes Rosmah Mansor, beliau menegaskan, beg digunakan untuk menghantar berjuta-juta wang tunai kepada isteri bekas Perdana Menteri itu, yang telah disabitkan bersalah dalam kes rasuah projek solar bernilai RM1.25 bilion.
“Ketiga-tiga saksi utama memberi keterangan bahawa semua wang tunai dimasukkan ke dalam sampul coklat pada setiap kali penghantaran.
“Pada mulanya, amaun bulanan ialah SGD200,000 tetapi kemudiannya dinaikkan kepada SGD300,000 dan akhirnya SGD520,000.
“Bagi bulan yang tertinggal, jumlah itu kemudian akan digandakan pada bulan-bulan berikutnya.
“Sebagai contoh, jika mereka tidak membayar pada Januari, amaun itu akan dibayar bersekali pada Februari. Sekali lagi, ia semua dimasukkan ke dalam sampul surat.
“Berbanding kes Rosmah, penghantaran pertama sebanyak RM5 juta dalam bentuk wang tunai pada 20 Dis 2016 dibahagikan kepada dua beg berisi RM2.5 juta setiap satu.
“Untuk penghantaran kali kedua berjumlah RM1.5 juta, wang itu dimasukkan ke dalam dua beg.
“Dalam kes Zahid ini, pihak pendakwaan tidak menunjukkan sebarang sampel sampul surat. Tiada bukti menunjukkan apa saiz sampul surat yang digunakan.
“Saya tidak boleh bayangkan saiz sampul apa yang boleh memuatkan wang tunai SGD600,000 yang bersamaan dengan sekitar RM1.6 juta pada masa itu,” kata Mohd Yazid lagi.
Selain itu, kata beliau, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dikemukakan di mahkamah, pemandu tidak dipanggil, pengawal tidak dipanggil, anggota polis tidak dipanggil, slip transaksi Touch and Go tidak dikemukakan, log panggilan telefon dan mesej dengan Zahid Hamidi juga tidak ditunjukkan kepada mahkamah.
Sekali lagi membandingkan dengan kes Rosmah, beliau berkata, saksi yang dipanggil oleh pihak pendakwaan dalam kes tersebut termasuk individu yang mengambil wang dan kakitangan bank, manakala cek bank turut dikemukakan sebagai bukti.
“Bukti tidak langsung seperti yang diketengahkan dalam kes Rosmah semuanya tiada dalam kes ini.
“Begitu juga, ada gambar diambil dan pelan lakaran dalam kes Rosmah tetapi tidak dalam kes ini,” tambahnya lagi.
Mohd Yazid seterusnya berkata, Nicole Tan, seorang warga China yang bekerja dengan subkontraktor di Hong Kong, didakwa telah memainkan peranan penting dalam menyediakan sebahagian besar dana daripada RM238 juta seperti yang dinyatakan dalam buku lejar.
“Tetapi, saksi yang terlibat atau yang mempunyai pengetahuan mengenai sumber dana iaitu Nicole Tan, dua pengurup wang telah disoal siasat dan keterangan mereka direkodkan, namun tidak dipanggil sebagai saksi untuk menyokong kes pendakwaan.
“Selain Nicole, berdasarkan bahagian deposit dalam lejar, wang telah diterima daripada 15 pihak lain tetapi ia tidak pernah dijelaskan atau diterangkan oleh mana-mana saksi pendakwaan mengenai siapa 15 pihak ini dan bagaimana mereka terlibat dalam perkara itu,” katanya.
“Anehnya, bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), David Tan Siong Sun, yang merupakan pencipta buku lejar itu mengakui semasa pemeriksaan balas bahawa penyerahan kedua wang tunai RM3 juta melalui bagasi adalah satu perkara yang difikirkan semula (afterthought).
“Pengakuan selepas memikirkan semula oleh saksi utama pendakwaan ini adalah lebih daripada mencukupi untuk saya mendapati bahawa dia tidak mempunyai kredibiliti.
“Saksi ini di satu sisi memberi keterangan akan merekodkan pembayaran pada hari yang sama atau keesokan hari pembayaran, namun apa yang ditunjukkan kebanyakan ruangan ‘remark’ dalam buku lejar dibiarkan kosong.
“Seorang lagi saksi, Lee Vui Khuin juga bersetuju bahawa ruangan ‘remark’ kosong tidak menunjukkan wang telah dibayar kepada tertuduh.
“Ruangan ‘remark’ yang kosong itu menimbulkan kemungkinan seperti kesimpulan yang dicadangkan oleh pihak pembelaan bahawa wang itu mungkin diagihkan di kalangan tiga saksi utama itu kerana mereka mempamerkan gaya hidup mewah.
“Setiap mereka mempunyai satu unit hartanah di Pavilion, Wan Quoris juga memiliki sebuah rumah banglo di Putrajaya dan sebuah rumah berkembar di Cyberjaya, dua Range Rover, motosikal mewah serta bayaran cukai berjuta-juta.
“Tanpa sokongan bukti yang kukuh, saya tidak boleh secara sedar menyimpulkan bahawa wang itu sebenarnya telah diterima oleh Zahid Hamidi seperti yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan berdasarkan transaksi yang dicatatkan dalam buku lejar tanpa rekod bahawa wang itu benar-benar diterima oleh tertuduh dalam ruangan ‘remark’.
“Dengan itu, saya dapati keterangan saksi utama pendakwaan – Tan, Lee dan Wan Quoris – tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai kredibiliti.
“Dengan itu, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua pertuduhan apabila gagal membuktikan elemen paling penting terhadap tertuduh iaitu penerimaan wang rasuah yang didakwa itu.
“Berdasarkan alasan dan analisis bukti dan undang-undang di atas, saya dengan ini melepas dan membebaskan tertuduh daripada semua pertuduhan tanpa memanggil membela diri kerana pihak pendakwaan telah gagal mewujudkan kes prima facie,” katanya dalam penghujahan setebal 64 muka surat.
Kesimpulannya, berdasarkan hujah hakim Mohd Yazid tersebut, tidak diragui lagi bahawa kelemahan di pihak pendakwaan begitu ketara sekali dan dengan itu – demi keadilan – memang sewajarnya keputusan membebas dan tidak memanggil membela diri itu diputuskan terhadap Zahid Hamidi. – ShahbudinHusin 24/09/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/zahid-hamidi-bebas-kerana-kelemahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Kena Kencing Seakan Akan Kita Telah Nampak Jika Ditakdirkan Zahid Hamidi Tak Bebas Dia Akan Kona Semula

Siapa Kena Kencing Seakan Akan Kita Telah Nampak Jika Ditakdirkan Zahid Hamidi Tak Bebas Dia Akan Kona Semula

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 135 hits
Tapi sayang Kehadiran kekasih lama mu Datang kembali Mengenang cinta dahulu Itu lagi Cinta Tiga Segi Tiada kena mengena tetapi agak sesuai dengan tajuk berita ini Kisah hubungan PAS dan PPBM ni kalau manusia boleh dilabelkan it s complicate...
Siri 101 Kupasan Kes Zahid Hamidi Bebas Azeez Rahim Lepas Bung Mokhtar Ditangguh

Siri 101 Kupasan Kes Zahid Hamidi Bebas Azeez Rahim Lepas Bung Mokhtar Ditangguh

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 181 hits
SUDUT PERUNDANGAN BERSAMA TUAN HANIFF KHATRI TAJUK KUPASAN KES ZAHID HAMIDI BEBAS AZEEZ RAHIM LEPAS BUNG MOKHTAR DITANGGUH TARIKH 27 SEPTEMBER 2022 MASA 9 00 MLM MODERATOR ZAWAZI YUSOF KEPADA SESIAPA INDI
Selepas Bebas 40 Kes Mahkamah Zahid Hamidi Patut Berhenti Menekan Perdana Menteri

Selepas Bebas 40 Kes Mahkamah Zahid Hamidi Patut Berhenti Menekan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 116 hits
Apabila Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam daripada 40 pertuduhan rasuah berkaitan projek visa luar negara Jumaat lalu persoalan yang menjadi penantian pemerhati politik dalam UMNO ialah apakah geraka...
Ingatan Untuk Zahid Hamidi Jika Banjir Besar Mahkamah Pun Mungkin Tutup Juga

Ingatan Untuk Zahid Hamidi Jika Banjir Besar Mahkamah Pun Mungkin Tutup Juga

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 122 hits
Nampaknya Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi begitu tidak sabar dan sangat terdesak mahu PRU15 diadakan pada tahun ini juga Di sebalik Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sekadar mengatakan PRU15 bakal diadakan tidak lama lagi beliau sebalikn...
Zahid Lepas Bebas Tuduhan Rasuah Kita Gembira Untuk Beliau Tajuddin

Zahid Lepas Bebas Tuduhan Rasuah Kita Gembira Untuk Beliau Tajuddin

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 185 hits
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menzahirkan kesyukuran berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebas dan melepaskan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah pada Jumaat Gambar fail BERNAMAIPOH...
Terkini Benarkah Zahid Hamidi Dibebaskan Ini Lah Jawapannya

Terkini Benarkah Zahid Hamidi Dibebaskan Ini Lah Jawapannya

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 156 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Mohd Yazid Mustafa berkata pihak pendakwaan gagal mewujudkan prima facie ke atas bekas tim...
Kes Zahid Hamidi Uksb

Kes Zahid Hamidi Uksb

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 145 hits
KES ZAHID HAMIDI UKSBiHari ni Mahkamah buat keputusan kes Zahid Hamidi Ramai tak puas hati Jangan la begitu Kita kena paham penghakiman kes dulu Saya dah baca penghakiman kes tadi Ini rumusan yang saya boleh bagi Tuduhan 40 tuduhan rasuah o...
Kes Rasuah Zahid Hamidi Bela Diri Atau Tidak Jumaat Diketahui

Kes Rasuah Zahid Hamidi Bela Diri Atau Tidak Jumaat Diketahui

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 158 hits
SHAH ALAM Ahmad Zahid Hamidi akan mengetahui sama ada beliau dipanggil membela diri terhadap 40 dakwaan menerima rasuah daripada sebuah syarikat untuk melanjutkan kontrak sistem visa luar negara Jumaat ini Hakim Mahkamah Tinggi Yazid Mustaf...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Saat Jenazah Berada Di Liang Lahad

The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb