Zahid Dedah Keputusan Mkt Adalah Tolak Kerjasama Dengan Bersatu


 


January 10 , 2021 Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menolak kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan keabsahan keputusan itu akan dilakukan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU), hujung bulan ini.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini, pendirian parti itu adalah tertakluk kepada keputusan MKT yang diputuskan dalam mesyuarat pada Rabu.
Menurutnya, perkara itu juga akan dijadikan agenda dalam usul ucapan dasar Presiden UMNO pada PAU nanti.
“Setakat ini, keputusan MKT adalah menolak kerjasama dengan Bersatu, namun keputusan terakhir atau keabsahan mengenai perkara itu dibuat pada 31 Januari ini,” katanya selepas mengadakan perjumpaan bersama Jawatankuasa Biro Politik Bahagian UMNO Kedah di sini pada Sabtu.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya berhubung usul akar umbi yang mahu parti memutuskan hubungan dengan Bersatu sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mengulas lanjut, beliau berkata, usul berkenaan dibawa ke mesyuarat MKT pada Rabu dan pihaknya memutuskan untuk menerima usul tersebut dan akan melakukan keabsahan pada PAU.
Pada Rabu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam satu kenyataan selepas mesyuarat berkenaan mengumumkan, tiga usul utama dibangkitkan UMNO bahagian adalah mempertahankan Muafakat Nasional (MN), memutuskan hubungan dengan Bersatu sehingga PRU15 dan menggesa PRU dibuat sebelum berakhir suku pertama tahun ini.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid senada dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mahu pemimpin UMNO tidak menggunakan platform media untuk mengeluarkan kenyataan secara terbuka terutama menghentam antara satu sama lain.
Ia susulan kebelakangan ini, beberapa pimpinan tertinggi UMNO, menteri daripada UMNO serta bekas pimpinan tertinggi UMNO bertindak demikian dan ia tidak sesuai dilakukan ketika ini.
“Ia seharusnya menjadi pegangan semua kepimpinan UMNO. Tindakan sedemikian boleh jejas hubungan sesama ahli.
“Sebagai organisasi politik, tentunya pemikiran yang senada dan satu suara adalah perkara penting. UMNO harus berpegang pada prinsip itu,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
Terdahulu, Ahmad Zahid mengadakan taklimat bersama Jawatankuasa Biro Politik Bahagian UMNO Kedah menggantikan konvensyen tahunan yang diadakan di setiap negeri sebelum PAU.
“Saya rancang untuk adakan taklimat ini di setiap negeri. Kedah adalah negeri pertama untuk saya bertemu kepimpinan peringkat bahagian dan menyampaikan amanat,” katanya.
Menurutnya, semua ahli parti diminta mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) di mana akar umbi perlu eratkan kerjasama UMNO-Pas.
“Saya mohon mereka beri jaminan, hubungan yang baik antara dua parti itu di semua peringkat agar dapat bergerak sebagai satu wadah menghadapi kemungkinan PRU15,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/zahid-dedah-keputusan-mkt-adalah-tolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mkt Umno Sudah Setuju Putus Kerjasama Dengan Bersatu Zahid Hamidi

Mkt Umno Sudah Setuju Putus Kerjasama Dengan Bersatu Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 302 hits
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sudah bersetuju dengan usul untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menjelaskan keputusan...
Perwakilan Umno Pagoh Sebulat Suara Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

Perwakilan Umno Pagoh Sebulat Suara Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 538 hits
malaysiadateline com Perwakilan Umno Bahagian Pagoh yang bermsyuarat semalam telah sebulat suara menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan Bersatu pimpinan Ahli Parlimen kawasan itu Tan Sri Muhyiddin Yassin Mereka juga menyokong sebu...
Umno Pulau Pinang Tolak Kerjasama Politik Dengan Bersatu Pada Pru15 Datuk Musa Sheikh Fadzir

Umno Pulau Pinang Tolak Kerjasama Politik Dengan Bersatu Pada Pru15 Datuk Musa Sheikh Fadzir

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 625 hits
UMNO Pulau Pinang menolak sebarang kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata keputusan itu diputuskan majoriti semua bahagia...
Kerjasama Dengan Dap Anwar Punca Umno Masuk Bersatu Dakwa Zahid Md Arip

Kerjasama Dengan Dap Anwar Punca Umno Masuk Bersatu Dakwa Zahid Md Arip

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 389 hits
malaysiadateline com Pemimpin Parti Pribumi Bersatu menafikan sekeras kerasnya dakwaan parti itu mencuri ahli Umno dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu penghinaan kepada akar umbi Umno yang memilih untuk menyertai Bersatu Senator M...
Bersatu Tunggu Keputusan Mt Umno Isu Penolakan Kerjasama

Bersatu Tunggu Keputusan Mt Umno Isu Penolakan Kerjasama

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 296 hits
Pimpinan Tertinggi Bersatu mengambil pendekatan tunggu dan lihat keputusan Majlis Tertinggi Umno berhubung gesaan Umno bahagian yang menyuarakan penolakan kerjasama dengan Bersatu untuk Pilihan Raya Umum ke 15 Tidak terkejut dengan perkemba...
145 Ketua Bahagian Umno Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

145 Ketua Bahagian Umno Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 418 hits
MALAYSIA DATELINEAhli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Puad Zarkashi mendakwa bukan rahsia lagi 145 Ketua Bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum ke 15 nanti Katanya ini kerana sikap Bersatu yang menikam Umno da...
Sumber Ph Bincang Kerjasama Anwar Dr M Tapi Tiada Keputusan Dibuat

Sumber Ph Bincang Kerjasama Anwar Dr M Tapi Tiada Keputusan Dibuat

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 198 hits
Isu agar Pakatan Harapan menjalin kerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad memang ada dibincangkan dalam mesyuarat majlis presiden gabungan itu baru baru ini Bagaimanapun menurut sumber dalaman PKR tiada ketetapan atau keputusan diambil mengena...
Bn Paling Rugi Jika Kerjasama Umno Bersatu Pas Kekal

Bn Paling Rugi Jika Kerjasama Umno Bersatu Pas Kekal

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 268 hits
January 9 2021 Seorang penganalisis politik berkata Umno berkemungkinan menjadi tidak relevan dalam kalangan penyokongnya jika ia terus gagal membuat keputusan mengenai hubungannya dengan PPBM Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah b...
Mt Umno Terima Usul Tolak Bersatu Akan Disahkan 31 Jan Ini

Mt Umno Terima Usul Tolak Bersatu Akan Disahkan 31 Jan Ini

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 327 hits
malaysiakini comDiterbitkan 9 Jan 2021 8 36 pmPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan majlis tertinggi parti itu baru baru ini bersetuju pada dasarnya untuk menamatkan kerjasama mereka dengan Bersatu Bercakap di Alor Setar Ked...
Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Govt Takes Easy Way Out With Petrol Subsidy For All M Sians

After Jalur Gemilang It S Kuih Nyonya S Turn To Be Weaponised As Object Of Immigrant Hegemony

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Pelakon Sathiya Selamat Jalani Pembedahan Potong Kaki

Apabila Kena Tipu Con Sultan

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta

Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Telur Bilis Amira Othman Ketika Bulan Madu Jadi Fenomena Media Sosial

Fahami Masalah Tiroid Nampak Sihat Tapi Dalam Diam Mereka Tengah Fight

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki