Zahid Dan Saya Tak Ada Isu Biar Mahkamah Tentukan Kes Kata Pm



(FMT) – Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan hubungannya dengan Ahmad Zahid Hamidi sebagai amat rapat, namun, tegas menolak sebarang persepsi yang cuba mengaitkan beliau kepada perjalanan perbicaraan rasuah presiden Umno itu.
“Presiden saya dengan saya tiada isu. Saya tiada isu. Saya kenal presiden dah lama, waktu saya sekolah lagi. Presiden macam abang saya dan kawan baik. Kalau saya ponteng sekolah pun tumpang tidur bilik dia. Saya kenal keluarga dia. Isu peribadi tidak timbul. Orang luar sahaja yang bercakap soal pecah dalam Umno ini.
“Jadi kalau orang nak kata saya ‘drag’ (heret) kes dia, sampai dia kena, tak kena; itu kita tak tahu. Itu (hak) mahkamah pun. (Hanya) Mahkamah boleh buat keputusan,” kata Ismail kepada FMT dan beberapa media lain dalam temubual sempena setahun Keluarga Malaysia.
Ismail ditanya mengenai spekulasi bahawa beliau mengambil kira “pergolakan dalam parti” dan isu beliau dengan Zahid dalam perkiraan pilihan raya, kononnya kes-kes mahkamah akan “diheret” untuk peluang beliau sendiri.
Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan rasuah, dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akal Budi.
Beliau juga berdepan 33 tuduhan kes rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan tujuh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berkaitan Sistem Visa Luar Negara.
Beliau mengaku tidak bersalah.
Hubungan Zahid dan Ismail menjadi tumpuan dan sering mencetuskan pelbagai spekulasi kerana ini kali pertama dalam sejarah Umno, seorang naib presiden Umno menjadi perdana menteri, bukannya presiden parti.
Dua pemimpin itu turut menjadi fokus ketika Umno mempersiapkan diri untuk menghadapi PRU15 dan kemudiannya pemilihan parti yang terbuka kepada segala kemungkinan mengenai persaingan yang boleh berlaku di peringkat tertinggi parti.
Pada wawancara itu, Ismail berpegang kepada pendirian Umno-Barisan Nasional untuk bertanding secara bersendirian pada PRU15.
“Parti sudah buat keputusan. Kita akan ‘go solo’. Maknanya, kita akan pergi sendiri. Kita akan bersama dalam kerajaan seperti ini sehingga pilihan raya. Setakat hari ini lah. Tapi ‘direction’ parti saya tak boleh nak cakap lebih. Sebab saya nombor tiga (dalam parti sebagai naib presiden), saya ada bos. Soalan itu perlu (diajukan) kepada presiden parti saya.”
Kerajaan pimpinan Ismail dibentuk Ogos tahun lalu dengan sokongan Barisan Nasional, Perikatan Nasional, dan beberapa parti dari Sabah dan Sarawak serta Ahli Parlimen bebas.
Umno secara rasmi menolak kerjasama dengan Bersatu yang menjadi tonggak PN bawah pimpinan Muhyiddin Yassin. Hubungan Umno dengan PAS, yang juga parti komponen PN, juga disifatkan renggang ketika ini.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/08/21/zahid-dan-saya-tak-ada-isu-biar-mahkamah-tentukan-kes-kata-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Kata Mahkamah Tak Bagi Penangguhan Ini Kronologi Kes Src Najib Selama 4 Tahun

Najib Kata Mahkamah Tak Bagi Penangguhan Ini Kronologi Kes Src Najib Selama 4 Tahun

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 342 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd Panel lima hakim Mahkamah Per...
Isu Warganegara Zahid Tak Boleh Kawal Naib Presidennya Kata Pemimpin Dap

Isu Warganegara Zahid Tak Boleh Kawal Naib Presidennya Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 289 hits
Teo Nie Ching berkata Ahmad Zahid Hamidi dan Umno bukan pembangkang untuk membela ibu di negara ini yang masih berdepan masalah kewarganegaraan membabitkan anak lahir di luar negara PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi seperti tid...
Keh Keh Tak Ada Kluster Mahkamah Kata Zahid Tapi Kluster Mahkamah Tunjuk Kuasa Tekan Pm

Keh Keh Tak Ada Kluster Mahkamah Kata Zahid Tapi Kluster Mahkamah Tunjuk Kuasa Tekan Pm

papar berkaitan - pada 28/8/2022 - jumlah : 231 hits
Kluster mahkamah tunjuk kuasa tekan PM August 28 2022 Kira kira 3 000 pemimpin bahagian Umno menghadiri perhimpunan di ibu pejabat parti semalam untuk diberi taklimat mengenai isu semasa PETALING JAYA Perhimpunan khas yang diadakan Umno sem...
Rakyat Berhak Tahu Isu Lcs Kata Ismail Sabri

Rakyat Berhak Tahu Isu Lcs Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 365 hits
Rakyat berhak tahu isu LCS kata Ismail Sabri nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 21 Aug 2022 12 01AM
Kplb Pandang Serius Serah Pihak Polis Siasat Isu Kes Buli Yang Berlaku Di Mrsm Kuantan

Kplb Pandang Serius Serah Pihak Polis Siasat Isu Kes Buli Yang Berlaku Di Mrsm Kuantan

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 388 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyerahkan sepenuhnya kepada polis menyiasat kes buli di Maktab Rendah Sains Mara Kuantan Pahang Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan tidak ber...
Kes Buli Mrsm Kuantan Pelajar Boleh Dibuang Sekolah Kata Mahdzir

Kes Buli Mrsm Kuantan Pelajar Boleh Dibuang Sekolah Kata Mahdzir

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 321 hits
Mahdzir Khalid menyerahkan kes buli di MRSM Kuantan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut dan akan meneliti laporan lengkap selepas disiapkan nanti SERDANG Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid berkata tindakan tegas akan ...
Kerajaan Pandang Serius Isu Pembangunan Di Pulau Pinang Kata Menteri

Kerajaan Pandang Serius Isu Pembangunan Di Pulau Pinang Kata Menteri

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 294 hits
Kerajaan pandang serius isu pembangunan di Pulau Pinang kata menteri Dikemas kini 40 minit yang lalu Diterbitkan pada 21 Aug
Parti Sabah Dijangka Terus Berpaut Isu Ma63 Pendatang Asing Kata Penganalisis

Parti Sabah Dijangka Terus Berpaut Isu Ma63 Pendatang Asing Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 243 hits
Isu MA63 dan pendatang asing dijangka mewarnai kempen pilihan raya umum di Sabah selain ekonomi serta kos sara hidup KOTA KINABALU Isu lama seperti Perjanjian Malaysia 1963 autonomi dan pendatang asing tanpa izin pasti dikitar semula parti ...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia