Zahid Dakwa Gelombang Hijau Pn Pas Kerana Pengundi Disogok Wang


agendaily.com10/01/2023
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menuduh ganjaran wang menyebabkan berlakunya 'gelombang hijau' pada PRU-15 lalu.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaitkan wang sebagai punca berlakunya ‘gelombang hijau’ – lonjakan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN), khususnya PAS, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu hingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) kalah teruk.

Tanpa mengemukakan sebarang bukti terhadap tuduhannya itu, Pengerusi BN yang hanya menang dengan majoriti 348 undi dalam saingan di Parlimen Bagan Datuk pada PRU-15 lalu, kini dilihat sudah belajar daripada Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang banyak bermain dengan ‘politik persepsi’.

Tuduhan Zahid yang kini Timbalan Perdana Menteri pada program Naratif Khas di RTM malam tadi (9 Januari 2023), mengingatkan kembali dakwaan cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 Disember tahun lalu, bahawa parti ‘Melayu’ dan parti ‘Islam’ membiayai PRU-15 hasil dana syarikat perjudian.

Isu berhubung ‘gelombang hijau’ mula dimainkan rakan ‘sebantal’ baharu UMNO – DAP – apabila bekas pengerusi parti itu Lim Kit Siang melahirkan kebimbangan dengan gelombang kebangkitan orang Melayu beragama Islam ketika PRU-15 pada 19 November 2022, khususnya kemenangan besar PAS.

Kit Siang tidak menyembunyikan kebimbangan apabila melihat jumlah kerusi Parlimen dimenangi PAS, malah dalam satu tulisannya, dia mempersoalkan sama ada kemungkinan Malaysia bakal menjadi negara Islam sepenuhnya sebelum PRU-17 nanti.

“Adakah fenomena “gelombang hijau” yang kuat di Malaysia yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam sepenuhnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-17 sebelum 2032?” kata Kit Siang dalam blognya.

Kit Siang memperkecilkan kemenangan PAS walaupun berjaya menawan 44 kerusi Parlimen selepas PRU-15 lalu dengan mendakwa ia disebabkan strategi kotor parti tersebut semasa berkempen.

“Fenomena gelombang hijau tercipta hasil daripada politik toksik yang menipu, ketakutan, kebencian, kaum dan agama dan keputusan tidak dijangkakan selepas pertambahan pengundi 18 tahun yang menyaksikan seramai 1.4 juta pengundi baharu dalam daftar pemilih,” katanya lagi.

Serangan Kit Siang kini disambut pula oleh Zahid yang menuduh “ganjaran wang” menjadi punca pengundi menolak BN, khususnya UMNO pada PRU-15 lalu, sambil berkata akibatnya pengundi gagal menilai prestasi politik perkhidmatan yang dilaksanakan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN sepanjang tempoh lima tahun lalu.

“Elemen politik telah berubah daripada politik pembangunan kepada politik perkhidmatan. (Namun), walaupun ahli Parlimen atau ADUN berkhidmat dengan gigih di kawasan mereka selama lima tahun, pemikiran (orang yang percaya) politik perkhidmatan mudah berubah apabila mereka dibeli oleh orang luar.

“Penganalisis politik yang menjalankan kajian empirikal dan bukan empirikal mengenai PRU-15 gagal menyedari bahawa ganjaran wang adalah faktor utama yang dipanggil ‘tsunami hijau’,” katanya dalam program itu.

Pada PRU-15 lalu, daripada 30 kerusi dimenangi BN, 26 adalah daripada UMNO – satu kekalahan paling teruk dalam sejarah lebih 60 tahun parti itu memerintah Malaysia sejak merdeka.

PN pula memenangi 74 kerusi, merampas beberapa kerusi kubu kuat BN dan Pakatan Harapan, menjadikan Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu “hijau”. Bagaimanapun, jumlah itu berkurangan setelah empat ahli Parlimen Bersatu Sabah keluar parti.

Kini, UMNO yang bersekongkol bersama DAP dalam kerajaan PH-BN, mula menyerang PN dan PAS dengan menanam satu doktrin bahawa gelombang kebangkitan rakyat Malaysia ketika PRU-15 lalu disebabkan diberi ganjaran wang dan menggunakan taktik kotor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/zahid-dakwa-gelombang-hijau-pn-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Perlu Siasat Dan Dakwa Segera Pm Dan Menteri Kewangan Yang Punggah Berbillion Wang Negara

Anwar Perlu Siasat Dan Dakwa Segera Pm Dan Menteri Kewangan Yang Punggah Berbillion Wang Negara

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 171 hits
Oleh Adam Malik Apatah lagi orang orang yang pernah menjadi menteri kewangan perdana menteri yang tatkala mereka berkuasa itu bukan dipungahnya ratusan juta ringgit bilion ringgit dipunggah Jadi saya nak nasihatkan bahawa kerajaan ini akan ...
Dakwa Sokong Lgbt Mujahid Heret Pas Ke Mahkamah

Dakwa Sokong Lgbt Mujahid Heret Pas Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 124 hits
Hidir Reduan Abdul RashidNaib Presiden Amanah Mujahir Yusof memfailkan saman fitnah terhadap PAS berhubung dakwaan bekas menteri agama itu menyokong golongan LGBT Peguam Mujahid memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 ...
Ku Li Cabar Keputusan Pru15 Dakwa Calon Pas Beli Undi

Ku Li Cabar Keputusan Pru15 Dakwa Calon Pas Beli Undi

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 147 hits
MalaysiakiniBekas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan pilihan raya umum ke 15 bagi kerusi parlimen berkenaan Petisyen itu difailkan oleh Mohd Azmi Mahmood bagi pihak pemimpin veteran ...
Ph Boleh Menang 45 Kerusi Di Selangor Gelombang Hijau Sekadar Kocak Air Dalam Cawan Rafizi

Ph Boleh Menang 45 Kerusi Di Selangor Gelombang Hijau Sekadar Kocak Air Dalam Cawan Rafizi

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 103 hits
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menjangkakan Pakatan Harapan mampu menang sekurang kurangnya 45 kerusi dewan undangan negeri di Selangor sekiranya jentera berkerja keras pada pilihan raya negeri akan datang Melihat ia sebagai sasaran yan...
Pn Yakin Menang Besar Prn Enam Negeri Gelombang Hijau Meningkat

Pn Yakin Menang Besar Prn Enam Negeri Gelombang Hijau Meningkat

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 167 hits
agendaily com10 01 2023Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional yang juga Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pada majlis dialog bersama ahli Gerakan di Ibu Pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang malam tadi Gambar FB Datuk Wan Saiful Wan JanPeri...
Pas Bersatu Return Fire At Tok Mat Over Nonsensical Comparison

Pas Bersatu Return Fire At Tok Mat Over Nonsensical Comparison

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 93 hits
Umno deputy president Mohamad Hasan s claims that cooperation with DAP is better than with PAS did not go down well with Perikatan Nasional leaders PAS and Bersatu respective secretaries general Takiyuddin Hassan and Hamzah Zainudin each to...
Mohamad Sabu Brands Pas And Abdul Hadi Awang As Biggest Liars In The World

Mohamad Sabu Brands Pas And Abdul Hadi Awang As Biggest Liars In The World

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 134 hits
Parti Amanah Negara president Mohamad Sabu has called Pas and its president Tan Sri Abdul Hadi Awang as the biggest liars in the world BERNAMA PicALOR STAR Parti Amanah Negara president Mohamad Sabu has called Pas and its president Tan Sri ...
Yoursay Pas Should Respect Sensitivities Of Non Muslims Too

Yoursay Pas Should Respect Sensitivities Of Non Muslims Too

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 174 hits
YOURSAY A superior race will always be respectful to minorities too Newday Each to their own is a simple enough respectful concept that is an easy message for our leaders to promote Will Prime Minister Anwar Ibrahim step up to the plate and...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms