Zahid Cuba Lacur Umno Untuk Dirinya


ULASAN

Saya dan Zahid, foto tahun 1990-an.BAGI saya rakaman audio suara Zahid Hamidi yang didedahkan Lokman Noor Adam mengenai ada cadangan dan keinginan laki Hamidah Khamis itu untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan kerajaan baru; Bersatu, Pas dan Umno, bukan sesuatu yang membimbangkan. Dengan memahami kedudukan Zahid sekarang ini, beliau boleh melakukan lebih daripada itu. Zahid kini sedang digamit dan dipanggil oleh pintu penjara.


Walaupun cadangan itu boleh memberi berbagai implikasi lain, serta sedikit memeranjatkan  orang ramai, tetapi bagi saya ia bukan sesuatu pelik. Begitu juga bagi pemerhati politik peringkat tertinggi apa lagi yang mengamalkan ajaran Machiavelli.

Bagi saya apa dilakukan Zahid itu adalah tindakan dan aksi orang terdesak yang sudah kering dan tidak ada nilai-nilai pejuang tulen lagi. 

Saya mengira Umno tidak jadi semudah itu untuk bergabung dengan Dr Mahathir yang natijahnya nanti akan terheret kepada perkara-perkara lain yang boleh bermudarat. Alasan dan hujah diberikan Zahid kenapa Umno perlu bergabung dengan Mahathir, kononnya antara lain untuk menjadikan Umno tidak ketinggalan di belakang.

Beliau mengaitkan dengan tindakan parti agama (Pas) yang sudah sedia untuk bergabung dengan  Mahathir, yang mana sekiranya Umno tidak mengikutinya menyebabkan Umno akan ketinggalan. Nampaknya Zahid tidak mahu Umno ketinggalan dalam kempen untuk "meresahkan' Anwar Ibrahim dalam menanti pertukaran jawatan perdana menteri. 

Alasan lain diberikan Zahid, adalah untuk menyelamatkan Umno. Baginya Umno kini dalam bahaya kerana ia akan diharamkan bila-bila masa sahaja. Jadi untuk menyelamatkan nyawa Umno maka Umno perlu jadi parti yang membentuk kerjaaan bersama Mahathir. Dalam kata mudah Zahid telah menjadikan Mahathir sebagai "malaikat maut".

Alasan-alasan lain diberikan Zahid kenapa Umno perlu bergabung dengan Mahathir adalah untuk menyelamatkan Najib Razak yang kini sedang menghadapi tuduhan di mahkamah dan bakal disumbat ke penjara. Ketika mengatakan ini, Zahid tidak menyebut untuk menyelamatkan sama dirinya, yang kini dirinya juga sedang dikejar bayang hitam seperti bosnya itu.

Zahid disini secara tidak langsung "mengapuhkan" masalahnya dengan Najib itu dan digunakan agendanya untuk menyelamatkan dirinya. Sepatutnya kalau dia ikhlas dan jujur dia kena pakej dirinya sekali dalam usaha menyelamatkan diri itu.

Bagi mereka yang tipis ilmu politik dan tohor telaga siasah akan terpengaruh dengan kata-kata dan alasan diberikan Zahid itu. Sebaliknya bagi mereka yang telaga politiknya agak dalam sedikit serta sudah arif dengan sepak terajang politik Zahid bukan saja akan tersenyum dengan agenda Zahid itu, tetapi geram dan marah dengan cara Zahid itu. Itulah yang berlaku kepada Lokman menyebabkan beliau mendedahkan rahsia dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno itu.

Tanpa payah menggali dalam untuk mengetahui apakah isi perangai politik Zahid, matlamat dan tujuan Zahid itu jelas, untuk menyelamatkan dirinya sama. Zahid bertindak bukan lagi atas nama perjuangan untuk rakyat tetapi kepada dirinya. Zahid cuba perdaya ahli Umno di peringkat MT untuk menyelamatkan dirinya. Dalam kata lain Zahid telah melacurkan Umno untuk kepentingannya.

Jika orang kenal Zahid dia adalah seorang oportunis seperti Jaafar Kamaruddin, akan tersenyum dan tahu hujung jatuh rancangan itu.

Ada perkara lucu di sebalik alasan Zahid itu dan menyebabkan bukan sahaja maruahnya sahaja tercemar tetapi kedudukan Umno sendiri tercalar balar. Misalnya, katanya Umno kena bersama Mahathir agar tidak ketinggalan daripada Pas yang sudah pun menghulur salam kepada Mahathir., dan Mahathir pun sudah sedia bertemu di jerung dapur dengan Abdul Hadi Awang. 

Alasan diberikan ini menunjukkan Zahid tunduk kepada Pas, dan dalam masa sama memberi gambaran siasah Pas jauh kedepan berbanding dengan Umno. Kenyataan Zahid ini merendahkan wibawa Umno, kerana Umno perlu mengekori Pas. Kalau begitu, kenapa Zahid tidak umum sahaja yang pemimpin Pas akan jadi PM sekiranya Muafakat Nasional menang kelak?

Kita tahu Zahid seorang berkeinginan untuk berumah di tepi laut sejak zaman muda lagi tetapi dia takut untuk dilambung ombak. Inilah penyakit dan susahnya orang seperti Zahid. Dia pernah melarikan diri dari gerakan Reformasi 1998 sewaktu membela Anwar dan melestarikan idealisme Bapak Reformis itu dahulu.

Ketika itu dia menyuruh orang menghimpun kayu menyalakan api untuk memasak nasi, tetapi selepas api menyala, nasi dalam periuk mendidih dia melarikan diri meninggalkan sahabat dan pengikut terkulat-kulat sendiri berhadapan dengan rejim Mahathir yang mengganas.

Dalam melayari bahtera politiknya, Zahid juga sanggup memperdagangkan agama. Menggunakan nama agama dan dengan perwatakan Islaminya ia menipu penyokong hidup-hidup. Saya ada pengalaman dengan beliau dalam hal ini. Bagaimana Zahid meminta pendukung Reformasi bersumpah menggunakan nama Allah bahwa perjuangan Reformasi adalah perjuangan fisabilillah, tetapi beliau sendiri lari lintang pukang. Cis.

Itulah Zahid bin Hamidi.

Mungkin Zahid mengira perancangan untuk berkolaborasi dengan Mahathir itu terbaik atau satu-satu cara hendak melepaskan dirinya dari jerat penjara. Tetapi apakah dia mengira Mahathir akan terima begitu sahaja? Apakah Mahathir boleh dan sanggup lupa setiap apa (jenayah) yang dia dan Najib Razak lakukan? Iya, Mahathir boleh menerima Umno, tetapi tidak sedia melaksanakan apa yang dihajati Zahid itu. Umpama susu sapi, Mahathir suka susu tetapi tidak suka kepada sapi.

Mahathir seorang manusia yang berfikir secara praktikal.

Kandatipun Zahid mahu menjual Umno yang boleh dianggap persis seperti anak dan isterinya, Mahathir sedia untuk membelinya yang dijual tanpa tanda harga, tetapi Mahathir sesekali tidak akan tergamak untuk menjadikan anak dan bini Zahid itu sebagai "hamba sahaya." Kalau pun Mahathir membelinya adalah untuk membebaskan anak bini yang dijual kerana terdesak itu.

Saya yakin dalam diri Mahathir masih ada sisa-sisa ehsan. Masih ada perasaan perikemanusiaan. Mahathir telah berjanji untuk melakukan transisi kepada Anwar seperti mana dikonsensuskan. Sekejam mana seorang diktator itu tetapi selagi ia bernama al insan, maka perasaan kemanusiaan tetap ada di hatinya.

Walaupun ada pihak yang mencurigai kebenaran dan kejujuran Mahathir, tetapi saya masih ada menaruh harapan. Mahathir perlu diberi peluang untuk mempercayai apa yang diungkapkan. Salah untuk kita melewati penentuan Allah yang lebih tepat dan benar penentuannya. Soal bila dan bagaimana akan berlaku transisi kuasa ini selain Tuhan hanya Mahathir dan Anwar sahaja yang mengetahuinya.

Tempoh peralihan kuasa belum tamat lagi. Ia belum rapat ke mentara. Sekiranya selepas tempoh itu sudah melewati, baharulah Mahathir dengan rasmi boleh dianggap mengkhianati konsensus peralihan kuasa itu. Hari ini ia boleh diragui, tetapi tidak boleh diyakini seratus peratus ia tidak akan ditunaikan. Genap tempoh dua tahun yang dijanji ialah pada 10 Mei. Dr Mahathir sama sekali tidak akan melepasi selepas Apec, November seperti disebut itu.

Saya tidak mengira Mahathir sanggup menerima musibah dan bencana daripada apa yang beliau lakukan nanti. Mahathir tentu tahu apakah natijah kalau beliau sekali lagi menganiaya dan mengecewakan Anwar. Sebagai manusia beriman beliau tentu tahu akibatnya nanti. Pasti beliau tidak mahu kuburnya akan dikencing oleh reformis dan rakyat yang kesekian lama menanti Anwar.

Pasti beliau tidak mahu riwayat hidupnya ditulis; batu nisannya akan cabut atau ditanam songsang oleh rakyat. Beliau juga tentu tidak mahu rakyat membaca talkin menghinanya sepanjang zaman. Keranayakini itu, maka saya optimis dan percaya berdasarkan makrifat, Mahathir akan menunaikan apa dijanjikan itu, Anwar tetap PM. Dan apa yang dibisikkan Anwar ia tetap relevan.

Justeru keadaan itu keyakinan itu usaha Zahid untuk me
nyelamatkan diri dengan melacurkan anak bini (Umno) itu tidak akan sukses. Zahid akan kecewa juga. Kalaupun Mahathir termakan dan sanggup untuk membayar harga persundalan itu tetapi dia sesekali tidak menerima seperti sepatutnya melainkan untuk membebaskannya.

Dari kornea mata Mahathir wajah Zahid dan Najib lebih hitam dan kusam daripada wajah Anwar yang kian berseri-seri selama ini sesuai dengan maksud namanya sebagai Anwar bermaksud berseri-seri dan bercahaya itu. Kerana itu juga kini saya melihat Anwar lebih rileks, lebih tawaqquf dan pasrah dengan takdir bakal mendatang.

Kesimpulannya, pendedahan oleh Lokman Adam itu sekiranya Zahid masih ada sisa maruah eloklah beliau meletak jawatan dan cari mana-mana lorong tikus untuk melarikan diri demi mengelakkan di penjara. Mungkin destinasi paling sesuai adalah di Kulon Ponorogo, Jawa Timur.  [wm.kl.10:27 am 04/02/2020]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/02/zahid-cuba-lacur-umno-untuk-dirinya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Zahid Nak Bawa Umno Sokong Mahathir L9kman Keseorangan Bungkus

Isu Zahid Nak Bawa Umno Sokong Mahathir L9kman Keseorangan Bungkus

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 402 hits
Penyokong Lokman tak lebih 50 orang yang sama dalam mana event Anyway siapa yg funding umno sekarang Najib
Nasib Palestin Dan Rakyatnya Sentiasa Menjadi Keutamaan Umno Zahid

Nasib Palestin Dan Rakyatnya Sentiasa Menjadi Keutamaan Umno Zahid

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 338 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan delegasi Hamas yang diketuai Ismael Haniyya Dalam pertemuan 40 minit itu kedua dia pihak berbincang serta bertukar tukar pandangan mengenai nasib masa depan rakyat P...
Zahid Hamidi S Proposal To Work With Bersatu Has Split Umno

Zahid Hamidi S Proposal To Work With Bersatu Has Split Umno

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 353 hits
Zainal Epi MMO Umno is back to square one as the party leaders are now split following its president Datuk Seri Zahid Hamidi s proposal to work with ruling Parti Pribumi Bersatu Malaysia and PAS to form the next government Zahid s decision ...
Zahid Berucap Pengaruhi Mempengaruhi Ketua Ketua Bahagian Umno

Zahid Berucap Pengaruhi Mempengaruhi Ketua Ketua Bahagian Umno

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 243 hits
https www facebook com ibrahim matisa videos 2676270639108158 IN THE VIDEO Rakaman suara Zahid Hamidi berucap untuk mempengaruhi ketua ketua Umno bahagian bagi mencapai cita cita muafakat Umno dan Pas Bersatu untuk mengenepikan Pakatan Hara...
Zahid Hamidi Cadang Umno Berkerjasama Dengan Ppbm

Zahid Hamidi Cadang Umno Berkerjasama Dengan Ppbm

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 432 hits
Hari ini Lokman Adam mendedahkan hasil mesyuarat jawatankuasa perhimpunan muafakat nasional yang dipengerusikan oleh Tajuddin Abdul Rahman dan dihadiri oleh presiden UMNO Zahid Hamidi Bahawa dalam mesyuarat itu Presiden UMNO Zahid Hamidi te...
Umno Refutes Lokman Says Zahid Simply Wanted Views On Dr M Collab

Umno Refutes Lokman Says Zahid Simply Wanted Views On Dr M Collab

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 301 hits
Umno has refuted a by its supreme council member Lokman Adam that party president Zahid Hamidi is attempting to initiate cooperation with Prime Minister Dr Mahathir Mohamad In a statement tonight Umno Information Chief Shamsul Anuar Nasarah...
Zahid Hamidi Sahkan Umno Terpaksa Berkerjasama Dengan Mahathir Kerana Ikut Pas Dan Tidak Mahu Ketinggalan

Zahid Hamidi Sahkan Umno Terpaksa Berkerjasama Dengan Mahathir Kerana Ikut Pas Dan Tidak Mahu Ketinggalan

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 440 hits
Oleh Lokman AdamSaya amat malu hari ini kerana mempunyai seorang Presiden yang lemah dan tiada jati diri Dato Sri Ahmad Zahid Hamidi hari ini tiba tiba muncul dalam mesyuarat JK Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO yang dipengerusikan oleh Da...
Mkt Umno Puas Hati Penjelasan Zahid

Mkt Umno Puas Hati Penjelasan Zahid

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 323 hits
Majlis Kerja Tertinggi UMNO berpuas hati dengan penjelasan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung situasi politik semasa ketika ini yang turut dipercayai bakal merintis kerjasama UMNO dengan parti kerajaan Setiausaha Agung UMNO...
Ahli Majlis Tertimnggi Umno Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid Hamidi

Ahli Majlis Tertimnggi Umno Hilang Kepercayaan Terhadap Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 452 hits
AHLI Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam mengesahkan tidak akan menghadiri mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO kerana hilang kepercayaan terhadap Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Katanya isu untuk membentuk gabungan bers...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes