Saya Orang Islam Pasti Akan Tolak Jika Wang Sumber Haram Ahmad Zahid


bharian.com.my
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
[email protected]
Ogos 29, 2022 @ 5:34pm
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hadir untuk perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Foto NSTP/FATHIL ASRI
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan bahawa sebagai orang Islam, beliau tidak akan sesekali menerima sumbangan daripada sumber haram untuk disalurkan kepada Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Ahmad Zahid yang menyentuh mengenai sumbangan RM10 juta kepada yayasan itu daripada seorang ahli perniagaan Sarawak, berkata beliau berpendirian bahawa wang yang diterimanya menerusi 10 keping cek itu adalah daripada sumber yang sah.

Presiden UMNO itu, yang membela diri terhadap 47 tuduhan penyelewengan dana yayasan terbabit, berkata sumbangan yang diberikan itu dibuat menerusi Wong Sang Woo @ Wong Shuh Chain, yang juga Pengarah Chia Bee Enterprise Sdn Bhd, yang dikenali sebagai Paul.

"Penderma itu daripada Sarawak dan Paul adalah rakan kongsinya. Oleh kerana penderma tidak berada di negara ini, jadi beliau menyerahkan sumbangan melalui Paul.

"Maka, saya tentunya mempunyai pendirian bahawa wang itu bukan wang daripada aktiviti haram atau mana-mana sumber haram.

"Saya sebagai orang Islam, kalau saya mengetahui sumbernya haram, maka pasti saya menolak sumbangan sebegitu, itu pegangan saya," katanya ketika diperiksa semula oleh peguamnya, Hamidi Mohd Noh.

Dalam perbicaraan lalu, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Christ Sheldon Anak Merun memberitahu mahkamah, Ahmad Zahid meminta sumbangan RM10 juta itu daripada Paul pada majlis makan malam pada 2015.

Sheldon berkata, ketika pertemuan itu, Ahmad Zahid memberitahu sumbangan terbabit adalah untuk orang miskin dan individu yang memerlukan.

Katanya, Ahmad Zahid memperkenalkan dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri dan Paul memperkenalkan dirinya sebagai usahawan dari Singapura, yang terbabit dalam pelaburan saham, perniagaan kayu balak, pelaburan harta tanah, pakaian fesyen dan ejen penghantaran.

Sementara itu, ditanya mengenai sumbangan RM7.5 juta yang diterima daripada Yayasan Al-Bukhari, Ahmad Zahid berkata, sumbangan itu diterima daripada rakannya, Tan Sri Syed Mokhtar Al­Bukhary, yang juga bagi sumbangan politik dan amal jariah.

Katanya, wang berkenaan tidak dimasukkan dalam akaun peribadinya, sebaliknya ke akaun yayasan menerusi cek.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mengarahkan pengurup wang, Omar Ali Abdullah untuk menukarkan wang berkenaan kepada cek, sebaliknya ia adalah inisiatif Omar Ali sendiri.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, bersambung esok.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/08/saya-orang-islam-pasti-akan-tolak-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tolak Kalau Tahu Sumbangan Yang Diberikan Itu Sumber Dari Kegiatan Haram Zahid Hamidi

Saya Tolak Kalau Tahu Sumbangan Yang Diberikan Itu Sumber Dari Kegiatan Haram Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 76 hits
Saya tolak kalau tahu sumbangan yang diberikan itu sumber dari kegiatan haram Zahid HamidiDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa sebagai seorang yang beragama Islam beliau akan menolak sumb...
Kalau Saya Perasuah Pasti Sumbangan Wang Dibuat Atas Nama Saya Zahid Hamidi

Kalau Saya Perasuah Pasti Sumbangan Wang Dibuat Atas Nama Saya Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 100 hits
Ahmad Zahid berkata wang RM2 juta tidak dimasukkan ke dalam akaun peribadi tetapi Yayasan Akalbudi Gambar failKUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan di Mahkamah Tinggi hari ini sekiranya beliau seorang perasuah pastinya wang...
Hina Mahkamah Sprm Agong Amanah Buat Laporan Polis Terhadap Ahmad Zahid Esok

Hina Mahkamah Sprm Agong Amanah Buat Laporan Polis Terhadap Ahmad Zahid Esok

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 140 hits
satuberita myBy August 28 2022PARTI Amanah Negara akan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi esok Menurut Biro Mobilisasi Amanah laporan itu akan dibuat kerana bekas Timbalan Perdana...
Jahanam Duit Negara Tolak Umno Kalau Zahid Hamidi Tidak Letak Jawatan

Jahanam Duit Negara Tolak Umno Kalau Zahid Hamidi Tidak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 259 hits
Dua audit yang dijalankan secara berasingan berhubung pembelian enam Kapal Tempur Pesisir untuk Tentera Laut Diraja Malaysia mendedahkan bahawa kemungkinan terdapat perjanjian antara kontraktor utamanya dan pembuat kapal kontroversi DCNS se...
Lebih Ramai Ketua Bahagian Dalam Mesyuarat Dipanggil Zahid Sokong Pm Sumber

Lebih Ramai Ketua Bahagian Dalam Mesyuarat Dipanggil Zahid Sokong Pm Sumber

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 117 hits
Satu mesyuarat tergempar melibatkan Ketua Ketua Bahagian UMNO diadakan bermula pagi ini di ibu pejabat parti Menara Dato Onn bagi membincangkan berhubung masa depan dan hala tuju parti itu Hanya 73 Ketua Bahagian menghadiri mesyuarat bermul...
Siapa Yang Mengarah Hakim Untuk Mempercepatkan Perbicaraan Ahmad Zahid Hamidi

Siapa Yang Mengarah Hakim Untuk Mempercepatkan Perbicaraan Ahmad Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 210 hits
Cuma ada 4 orang sahaja yang boleh mengarah hakim iaitu Perdana Menteri Ketua Hakim Negara Peguam Negara dan Pendakwa Raya Kanan
Rm12 35mil Contribution Meant For Yab Welfare Activities Says Ahmad Zahid

Rm12 35mil Contribution Meant For Yab Welfare Activities Says Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 106 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi told the High Court here that a donation of RM13 25 million from a businessman Junaith Asharab Md Shariff was meant for Yayasan Akalbudi welfare activities The 69 year old former deputy prime mi...
Kes Yayasan Akalbudi Selepas 17 Hari Ahmad Zahid Selesai Beri Keterangan Pembelaan

Kes Yayasan Akalbudi Selepas 17 Hari Ahmad Zahid Selesai Beri Keterangan Pembelaan

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 141 hits
Selepas 17 hari Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberi keterangan pembelaan dalam perbicaraan kes melibatkan dirinya Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Selepas 17 hari Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberi keterangan pembelaan d...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus

Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Eda Ezrin Den Manjo

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Puasa Tarwiyah 2024 Maksud Hari Tarwiyah Hukum Berpuasa

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Sentiasalah Mengharapkan Rahmat Redha Allah

Puding Kastad Mangga

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Isteri Bersubahat Dengan Suami Melakukan Amang Seksual Terhadap Remaja 17 Tahun

Mb S Son Five Others Remanded In Rm600 000 False Claim Probe Under Macc