Saranan Agar Zahid Berehat Dari Suara Akar Umbi Umno


malaysiakini.com
Diterbitkan 15 Jan 2021, 10:20 pm

Selepas Ketua Pemuda Umno Pontian, Mohd Helmi Buang meminta Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi 'berehat' daripada memimpin parti itu, giliran Ketua Pemuda Umno Seremban, Zool Amali Hussin pula menggesa perkara yang sama

Menurut Zool Amali, perkara itu telah lama disuarakan oleh ahli Umno di peringkat akar umbi terutama golongan muda.

“Saya senada dengan Ketua Pemuda Umno Pontian malah perkara ini sudah lama disuarakan dalam mesyuarat Umno cawangan, bahagian dan Pemuda bahagian di Seremban.

“Saranan ini bukan kerana kami tidak hormat presiden Umno ataupun menidakkan keputusan pemilihan parti, tapi inilah suara pemuda, suara akar umbi.

"Kami tidak membenci presiden, cuma kami sayangkan Umno,” katanya dipetik Utusan Online hari ini.

Semalam, Mohd Helmi meminta Ahmad Zahid berehat daripada memimpin parti itu kerana menurutnya pendekatan pemimpin perlu ada perubahan yang ketara mengikut arus zaman.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Helmi mempertahankan pendiriannya walaupun terpaksa berdepan tindakan.

"Saya reda, terpulang kepada pucuk pimpinan parti jika nak hukum saya.

"Saya pertahankan pendirian (supaya presiden berehat) saya dan tak akan berpatah balik," katanya kepada Malaysiakini.

Saranan Mohd Helmi itu disanggah beberapa pemimpin sayap parti itu.

Antaranya Exco Pemuda Umno, Mustafa Shah Abdul Hamid yang berkata ahli Umno sepatutnya bersatu padu dan berdiri teguh di belakang presiden ketika Umno berdepan situasi sukar.

'Beri Zahid peluang'

Sementara itu, dalam satu kenyataan malam ini, Ketua Pemuda Umno Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain berkata Zahid perlu diberikan peluang untuk terus memimpin Umno.

"Sebagai ahli parti, kita harus menghormati perlembagaan parti. Beliau telah dipilih sebagai presiden melalui pemilihan yang sah.

"Beri beliau peluang untuk mengubah Umno. Meminta beliau berundur tidak akan menyelesaikan apa-apa kecuali mempromosikan lebih banyak perpecahan dalam parti," kata pemimpin parti Melayu itu dalam kenyataan yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Kata Abdul Aziz, presiden tidak mempunyai kuasa mutlak dan Umno masih mempunyai Majlis Tertinggi untuk melakukan semak dan imbang dalam parti itu.

"Sekiranya kita mempertikaikan presiden, kita harus meminta seluruh anggota majlis tertinggi untuk mengundurkan diri.

"Ingat, kita berada di pusingan terakhir, dan jika kita tidak menyukainya (Zahid), kita masih ada pemilihan parti tahun ini. Sesiapa sahaja boleh mencabarnya jika mereka mahu," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/saranan-agar-zahid-berehat-dari-suara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Lalai Dengan Konon Suara Akar Umbi Annuar Musa

Jangan Lalai Dengan Konon Suara Akar Umbi Annuar Musa

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 258 hits
Pemimpin kanan Umno Annuar Musa menasihatkan anggota parti itu agar tidak lalai dengan apa yang didakwa sebagai suara akar umbi seperti yang diuar uarkan sesetengah pihak apabila mengutarakan pandangan mereka Ahli parlimen Ketereh berkata w...
Zahid Boleh Berehat Serahkan Kepimpinan Parti Kepada Mohamad Hasan Kata Pemuda Umno

Zahid Boleh Berehat Serahkan Kepimpinan Parti Kepada Mohamad Hasan Kata Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 289 hits
Pemimpin akar umbi Pemuda Umno dikatakan terus mendesak presiden parti berundur secara terhormat pada saat Ahmad Zahid masih belum dapat memutuskan secara mutlak hala tuju politik Umno menjelang pilihan raya umum akan datang Ia juga dibuat ...
Pemuda Umno Seremban Sokong Gesaan Zahid Berehat

Pemuda Umno Seremban Sokong Gesaan Zahid Berehat

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 238 hits
Selepas Ketua Pemuda Umno Pontian Mohd Helmi Buang meminta Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berehat daripada memimpin parti itu giliran Ketua Pemuda Umno Seremban Zool Amali Hussin pula menggesa perkara yang sama Menurut Zool Amali perkara ...
Ketua Pemuda Umno Cabang Gesa Zahid Hamidi Berehat Daripada Memimpin Parti Itu Dan Kelompoknya

Ketua Pemuda Umno Cabang Gesa Zahid Hamidi Berehat Daripada Memimpin Parti Itu Dan Kelompoknya

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 326 hits
JOHOR BAHRU Konflik politik yang berlaku hari ini bukan disebabkan pertembungan antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia tetapi berpunca daripada kuasa dan kluster besar iaitu beberapa pemimpin lama dalam UMNO yang enggan berundur
Betul Ke Akar Umbi Umno Mahu Pru

Betul Ke Akar Umbi Umno Mahu Pru

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 292 hits
Apakah akar umbi perlukan PRU untuk lepaskan tengkok Apakah ada akar umbi yang Gila nak jadi Menteri Untuk kewarasan cuba tanya pendapat dua pemimpin umno Satu pemimpin umno yg berjawatan MenteriKEDUA pemimpin kanan umno yang tiada jawatan ...
Beri Peluang Akar Umbi Tentukan Pemimpin Hala Tuju Umno Jangan Beri Pelbagai Alasan

Beri Peluang Akar Umbi Tentukan Pemimpin Hala Tuju Umno Jangan Beri Pelbagai Alasan

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR Perbalahan antara sesama pimpinan UMNO dilihat boleh melemahkan parti itu dan jalan terbaik untuk selesikannya adalah melalui pemilihan UMNO Itu pandangan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mahu a...
Siapa Kamu Wan Fayhsal Perlekeh Akar Umbi Umno Najib

Siapa Kamu Wan Fayhsal Perlekeh Akar Umbi Umno Najib

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 234 hits
Siapa kamu untuk perlekehkan dan menghina suara akar umbi parti UMNO seluruh negara soal Datuk Seri Najib Razak kepada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal Tegas Najib jika tiada akar umbi UMNO mereka yang melompat pun tidak akan berjaya menja...
Cerita Sebalik Berita Kerjasama Umno Pas Ppbm Sentimen Akar Umbi Kedah

Cerita Sebalik Berita Kerjasama Umno Pas Ppbm Sentimen Akar Umbi Kedah

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 277 hits
Kerjasama UMNO Pas PPBM Sentimen akar umbi Kedah SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani
Desakan Akar Umbi Umno Mahu Putus Kerjasama Bukan Masalah Besar Kata Ppbm Terengganu

Desakan Akar Umbi Umno Mahu Putus Kerjasama Bukan Masalah Besar Kata Ppbm Terengganu

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 289 hits
PETALING JAYA PPBM Terengganu tidak melihat keputusan akar umbi Umno termasuk di Terengganu untuk tidak bekerjasama dengan parti itu dalam pilihan raya umum ke 15 sebagai masalah besar Pengerusi PPBM negeri Razali Idris berkata isu lebih be...
Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Building With Purpose Sustainable Approaches To Construction

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

It Is All About Designing Dreams At Colonial Infinite Edumetro

Traffic Reported Smooth On Major Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Aktivis Dedah Pasaraya 96 Tipu Warga Kuantan Bukan Milik Penuh Bumiputera Tapi Premis Warga Asing Bangladesh

Makan Makan Di Hari Raya Aidiladha

Mee Sup Favourite Arwah Mak Pah Sarapan Pagi Ini

Dari Dulu Kena Pulau Isu Dibuli Kembali Disebut Hanya Suzy Ahli Miss A Tiada Di Majlis Kahwin Min

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan