Zahid Bela Diri 47 Tuduhan Berkait Dana Yayasan Akalbudi Esok


freemalaysiatoday.com
Bernama
-April 12, 2022 4:58 PM
Ahmad Zahid Hamidi diarahkan membela diri atas 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
KUALA LUMPUR: Bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi akan menjawab 47 pertuduhan yang dihadapinya membabitkan pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi (YAB), esok.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid, 69, semasa dihubungi berkata, anak guamnya akan menjadi saksi pembelaan pertama memberi keterangan esok.

Kes itu telah ditetapkan pada 9 pagi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 39 hari untuk mendengar kes pembelaan, bermula pada 13 dan 15 April, 23-26 Mei, 27-30 Jun, 1, 4-7 Julai, 22, 23, 29 dan 30 Ogos, 19-22 Sept serta 26-29 Sept, 17-20 dan 31 Okt dan 1-3 dan 7-10 Nov.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi yang membolehkan pihak pendakwaan menyoal tertuduh semasa pemeriksaan balas.

Pada 24 Jan, Sequerah memerintahkan Zahid Hamidi membela diri atas 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 untuk pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Dalam penghakimannya, Sequerah berkata, pihak pendakwaan telah membuktikan semua unsur dalam kesemua pertuduhan dan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.

Pada 19 Mac 2021, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 99 saksi termasuk bekas pegawai khas Ahmad Zahid, Wan Ahmad Wan Omar, rakan kongsi firma guaman Lewis & Co B. Muralidharan, pengurup wang Omar Ali Abdullah dan bekas setiausaha eksekutif Zahid, Mazlina Mazlan @ Ramly.

Perbicaraan bermula pada 18 Nov 2019.

Bagi pertuduhan CBT, Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, pemindahan wang ke firma guaman dan sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Jan 2014 dan 23 Dis 2016. Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Zahid juga didakwa dengan lapan pertuduhan menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai menteri dalam negeri ketika itu bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport, dan dilantik sebagai pengendali pusat sehenti visa migran, masing-masing di Pakistan dan Nepal.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016, dan 15 Mac 2018. Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Zahid juga berdepan dengan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di bank yang sama di Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini, antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/04/zahid-bela-diri-47-tuduhan-berkait-dana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Pernah Arah Sesiapa Guna Dana Yayasan Akalbudi Untuk Tujuan Peribadi Zahid Beritahu Mahkamah

Tak Pernah Arah Sesiapa Guna Dana Yayasan Akalbudi Untuk Tujuan Peribadi Zahid Beritahu Mahkamah

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 200 hits
freemalaysiatoday com April 13 2022 2 15 PMAhmad Zahid Hamidi hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi hari pertama prosiding membela diri untuk 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram KUALA LUMPUR Bekas timbal...
Yayasan Akalbudi Set Up As Most Of Rm120k Salary Spent On Charity Zahid

Yayasan Akalbudi Set Up As Most Of Rm120k Salary Spent On Charity Zahid

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 205 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi said he founded Yayasan Akalbudi in 1997 for the sake of charity and religion as at the time he was using about three quarters of his monthly corporate salary of RM120 000 for such purposes anyway He said t...
Ahmad Zahid Tenang Duduk Dalam Kandang Saksi Mula Bela Diri

Ahmad Zahid Tenang Duduk Dalam Kandang Saksi Mula Bela Diri

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 206 hits
malaysiagazette comBy 13 April 2022Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir untuk pembelaan rasuah Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Foto MUHD NA IM 13 APRIL 2022 KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Perdana Menteri Datu...
Anggap Allah Sedang Uji Zul Ariffin Nabil Minta Netizen Buang Sifat Iblis Dalam Diri

Anggap Allah Sedang Uji Zul Ariffin Nabil Minta Netizen Buang Sifat Iblis Dalam Diri

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 176 hits
SEDIH melihat rakan artis dikecam pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menganggap apa yang berlaku terhadap Zul Ariffin berkaitan kontroversi klip video ghairah adalah ujian buat aktor itu
Ratusan Etnik Rohingya Larikan Diri Dari Kem Di Lhokseumawe

Ratusan Etnik Rohingya Larikan Diri Dari Kem Di Lhokseumawe

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 128 hits
Puluhan warga Rohingya yang menghuni kem pelarian Lhokseumawe Aceh melarikan diri dan kini hanya tinggal 41 orang di kem yang dibina khas untuk warga asing tanpa negara itu
Lelaki Bunuh 2 Perompak Yang Menyerangnya Didakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Membunuh

Lelaki Bunuh 2 Perompak Yang Menyerangnya Didakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Membunuh

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 241 hits
The ReporterSeorang pemuda nekad berlawan bermati matian dengan empat lelaki yang mahu merompaknya sehingga dia terpaksa membunuh dua lelaki terbabit Peliknya polis menetapkan pemuda itu sebagai suspek dan didakwa atas tuduhan membunuh pero...
Hybe Jawab Tuduhan Kim Garam Le Sserafim Kaki Buli

Hybe Jawab Tuduhan Kim Garam Le Sserafim Kaki Buli

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 126 hits
Pastinya peminat K Pop sudah mendengar ura ura bahawa kumpulan penyanyi wanita baharu LE SSERAFIM akan ditubuhkan tidak lama lagi LE SSERAFIM ialah kumpulan penyanyi wanita terdiri daripada 6 ahli yang ditubuhkan oleh HYBE dan Source Music ...
Jangan Merajuk Andai Kalah Pemilihan Kata Penganalisis Berkait Pertembungan Rafizi Saifuddin

Jangan Merajuk Andai Kalah Pemilihan Kata Penganalisis Berkait Pertembungan Rafizi Saifuddin

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 184 hits
April 2 2022 Pertembungan antara Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution akan memakmurkan demokrasi serta dapat dijalankan dengan subur menurut penganalisis PETALING JAYA Calon jawatan Timbalan Presiden PKR sama ada Rafizi Ramli atau Saifuddin ...
Kementerian Investasi Gandeng Dana Dorong Pelaku Umkm Naik Kelas

Kementerian Investasi Gandeng Dana Dorong Pelaku Umkm Naik Kelas

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 130 hits
Kementerian Investasi Badan Koordinasi Penanaman Modal melakukan kolaborasi dengan DANA terkait Sinergi Pengembangan Usaha Mikro Kecil dan Menengah Berbasis Digital di Indonesia
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki