Zahid Bawa Agenda Peribadi Bukan Parti Semasa Bertemu Agong Kata Nazri



(Agenda Daily) – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibidas rakan pemimpin senior dalam parti, Datuk Seri Nazri Aziz kerana membawa agenda peribadinya semasa pertemuan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.
Ahli Parlimen Padang Rengas tersebut mendedahkan Zahid tidak pernah memanggilnya atau mana-mana Ahli Parlimen (MP) UMNO lain untuk dirunding terlebih dahulu dan duduk semeja bagi membincangkan berhubung hala tuju yang ingin dipersembahkan kepada Tuanku.
“Saya sebagai Ahli Parlimen UMNO saya tidak pernah dirunding macam sekarang, kata nak jumpa Agong atau apa sahaja sepatutnya kita duduklah berbincang nak hala tuju… ini tidak,” katanya kepada Agenda Daily.
Nazri yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata mengetahui berhubung jemputan Agong kepada ketua-ketua parti itu tetapi Zahid tidak pula memanggil MP UMNO yang lain untuk berbincang, sebaliknya membuat keputusan secara bersendirian.
“Kena panggil kita mana boleh buat keputusan sorang-sorang, dia sekarang ini kena panggil Ahli Parlimen… kenapa takut nak panggil.
“Panggil bincang ini waktunya Zahid tak pernah panggil kita dengar Tuanku hendak jumpa ketua parti tapi dia tak pernah panggil kita nak tanya apa yang patut dibuat,” ujarnya lagi.
Zahid selepas pertemuan menghadap Agong pada Jumaat lalu berkata UMNO mengambil pendirian agar darurat yang sedang berkuat kuasa sekarang ditamatkan selepas 1 Ogos dan sidang Parlimen dapat diteruskan seperti biasa.
Bagaimanapun, Nazri menyifatkan keputusan tersebut dibuat Zahid secara bersendirian dan menegaskan pandangan peribadi tidak semestinya mewakili pendirian sesebuah parti, malahan sebarang ketetapan perlu melibatkan semua MP UMNO.
“Jadi sekarang ini Presiden bertindak sendirian… saya tak dipanggil, dia tak boleh buat pendirian sendiri… pandangan dia tak mewakili parti… tak boleh dia kena panggil kita,” katanya.
UMNO dilihat senada dengan pendirian blok pembangkang, Pakatan Harapan selepas menghadap Agong yang juga membuat gesaan sama untuk tidak menyambung Darurat pada 1 Ogos dan mendesak supaya sidang Parlimen dibuat.
“UMNO berpendapat Parlimen amat penting sebagai platform rasmi menyuarakan suara hati rakyat berkenaan dengan kepentingan mereka,” kata Zahid dipetik sebaik selepas menghadap Agong di Istana Negara.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/06/14/zahid-bawa-agenda-peribadi-bukan-parti-semasa-bertemu-agong-kata-nazri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Bawa Suara Akar Umbi Umno Menghadap Agong Esok Kata Puad

Zahid Bawa Suara Akar Umbi Umno Menghadap Agong Esok Kata Puad

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 255 hits
June 10 2021 10 06 PMMohd Puad Zarkashi berkata esok Ahmad Zahid Hamidi akan membawa suara akar umbi Umno dan rakyat dalam menghadap Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi akan...
Hormat Agong Ketua 1 Parlimen Usaha Segera Buka Persidangan Kata Rais

Hormat Agong Ketua 1 Parlimen Usaha Segera Buka Persidangan Kata Rais

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 236 hits
June 17 2021 Speaker Dewan Negara Rais Yatim berkata pandangan Sultan Abdullah menepati Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan dan harus dihormati kerana Agong yang berperanan sebagai Ketua 1 Parlimen PETALING JAYA Speaker Dewan Negara Rais Ya...
Ikut Syor Agong Atau Undur Diri Kata Ph

Ikut Syor Agong Atau Undur Diri Kata Ph

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 174 hits
MALAYSIA NOW Pemimpin PH berkata jika perdana menteri terus berlengah atau memberi alasan untuk melewatkan sidang Parlimen menunjukkan beliau sudah hilang keyakinan untuk mentadbir Pemimpin Pakatan Harapan Presiden PKR Anwar Ibrahim Setiaus...
Terkini Lkim Akan Bawa Masuk Nelayan Warga Asing Dari Vietnam Dan Thailand Kata Syed Abu Hussin

Terkini Lkim Akan Bawa Masuk Nelayan Warga Asing Dari Vietnam Dan Thailand Kata Syed Abu Hussin

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 280 hits
June 8 2021 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia mengesahkan pendaratan hasil laut di seluruh negara merosot lebih 10 peratus dalam menampung permintaan harian sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 Pengerusinya Datuk Syed Abu Huss...
Agong Boleh Tetap Tarikh Parlimen Bersidang Tanpa Nasihat Pm Kata Khalid

Agong Boleh Tetap Tarikh Parlimen Bersidang Tanpa Nasihat Pm Kata Khalid

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 218 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Yang di Pertuan Agong mempunyai kuasa menetapkan tarikh sesuai untuk Parlimen bersidang semula tanpa perlu mendapatkan nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kata Khalid Samad Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Penam...
Tak Bincang Isu Kerajaan Baru Dengan Agong Kata Anwar

Tak Bincang Isu Kerajaan Baru Dengan Agong Kata Anwar

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 253 hits
Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata isu pembentukan kerajaan baru tidak dibincangkan ketika beliau menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana Negara hari ini Presiden PKR itu berkata beliau merayu Sultan Abdulla...
Agenda Awani Analisis Perkembangan Politik Semasa

Agenda Awani Analisis Perkembangan Politik Semasa

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 222 hits
Pertemuan YDP Agong bersama semua pemimpin parti politik negara sejak Rabu menarik perhatian umum Sudah tentu pentingnya untuk memahami peranan penting Seri Paduka dalam membuat pertimbangan terbaik berkaitan dengan usaha usaha memerangi pe...
Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 172 hits
Gopal Sri Ram berkata sama ada darurat ditamatkan atau Parlimen bersidang semula Perlembagaan jelas menetapkan kerajaan boleh buat keputusan Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berkata peruntukan kuasa Agong jelas termaktub dalam...
Rentasan 904 Panas Agenda Perjumpaan Ketua Ketua Parti Politik Bers

Rentasan 904 Panas Agenda Perjumpaan Ketua Ketua Parti Politik Bers

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 175 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9041 MENGHADAP AGONG ANWAR TIDAK MENANGGUK DI AIR KERUH 2 MENTERI PASOLA CAP AYAM MENGECEWAKAN RAKYAT 3 PAS HANYA TAHU MENUMPANG KASIH
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash