Yusoff Rawther Saman Anwar Ibrahim Atas Insiden Salah Laku Seksual


Bekas pembantu Anwar fail saman sivil


Kuala Lumpur: Bekas pembantu penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther memfailkan saman terhadap Presiden PKR itu atas dakwaan melakukan serangan seksual terhadapnya pada 2018.

Muhammed Yusoff memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini, menerusi Tetuan Abd Halim Ushah & Associates dengan menamakan Anwar sebagai defendan tunggal.

Peguam Mahajoth Singh yang mewakili Muhammed Yusoff ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.

"Bagaimanapun, pihaknya masih belum menyerahkan salinan tuntutan saman kepada Anwar," katanya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Muhammed Yusoff mendakwa serangan seksual itu berlaku pada 2 Oktober 2018 di kediaman Anwar di Segambut apabila beliau diminta oleh setiausaha sulit Anwar iaitu Shukri Saad untuk menyerahkan sendiri teks ucapan sempena sambutan ulang tahun tokoh Mahatma Gandhi yang ke-150, anjuran kedutaan India kepada defendan.

Plaintif mendakwa, sebaik tiba di kediaman itu, defendan mengarahkannya untuk masuk ke dalam rumah untuk berbincang secara lanjut mengenai teks ucapan berkenaan.

"Ketika berada di dalam bilik perpustakaan, Muhammed Yusoff cuba menyerahkan teks ucapan namun beliau tidak mengambilnya, sebaliknya, defendan menghampiri plaintif dan melakukan tindakan serangan seksual dan pencerobohan ke atas dirinya.

"Plaintif kemudian menolak perbuatan defendan serta memintanya berhenti melakukan perbuatan berkenaan," katanya.

Plaintif mendakwa sejak serangan seksual itu, tiada sebarang komunikasi antara dirinya dan defendan serta masih bekerja dengan Anwar sebelum dipindahkan ke Yayasan Aman.

Beliau turut mendakwa diserang oleh Setiausaha Politik Defendan, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak pada 16 Mei 2019, jam 10 pagi dan mengalami serius dan terpaksa menerima rawatan perubatan.

"Selepas kejadian itu, plaintif meletakkan jawatan di Yayasan Aman pada 24 Jun 2019. Plaintif kemudian membuat satu laporan polis terhadap defendan pada 7 Disember 2019," katanya.

Akibat tindakan itu, plaintif mendakwa beliau mengalami penderitaan antaranya gangguan fizikal, trauma serius, pencabulan kehormatan dan kehilangan reputasi.

Sehubungan itu, plaintif menuntut deklarasi bahawa defendan melakukan perlakuan serangan seksual dan plaintif berhak mendatangkan perlindungan.

Plaintif turut menuntut ganti rugi khas RM180 bagi setiap sesi terapi, teladan dan teruk serta sebarang relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/07/yusoff-rawther-saman-anwar-ibrahim-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim Disaman Yusoff Rawther Sebab Salah Laku Seksual

Anwar Ibrahim Disaman Yusoff Rawther Sebab Salah Laku Seksual

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 341 hits
Bekas kakitangan Anwar Ibrahim berusia 28 tahun yang dua tahun lalu menuduh presiden PKR itu menyerangnya secara seksual memfailkan saman mengandungi butiran yang mengejutkan mengenai insiden yang didakwa berlaku 10 hari sebelum ahli politi...
Pro Israel 6 Fakta Mengejutkan Yusoff Rawther Yang Failkan Saman Atas Dakwan Salah Laku Seksual

Pro Israel 6 Fakta Mengejutkan Yusoff Rawther Yang Failkan Saman Atas Dakwan Salah Laku Seksual

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 351 hits
Nama Yusoff Rawther menjadi sebutan hari ini dada akhbar seluruh Malaysia Ini kerana lelaki berusia 28 tahun ini telah tampil memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahi...
Dakwa Diserang Seksual Bekas Pembantu Fail Saman Terhadap Anwar Ibrahim

Dakwa Diserang Seksual Bekas Pembantu Fail Saman Terhadap Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 252 hits
Bekas pembantu penyelidikan Muhammad Yusoff Rawther memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dakwaan salah laku seksual pada Oktober 2018 Memetik laporan Astro Awani pernyataan saman...
Yusoff Rawther Files Civil Suit Against Anwar After Agc Won T File Charges

Yusoff Rawther Files Civil Suit Against Anwar After Agc Won T File Charges

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 453 hits
Former research student Muhammed Yusoff Rawther has filed a civil suit in the Kuala Lumpur High Court against PKR president Anwar Ibrahim over alleged sexual misconduct in an incident dating back to October 2018 This comes after the Attorne...
Bekas Staf Anwar Failkan Saman Butirkan Insiden Mengejutkan Di Bukit Segambut

Bekas Staf Anwar Failkan Saman Butirkan Insiden Mengejutkan Di Bukit Segambut

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 365 hits
Bekas kakitangan Anwar Ibrahim berusia 28 tahun yang dua tahun lalu menuduh presiden PKR itu menyerangnya secara seksual memfailkan saman mengandungi butiran yang mengejutkan mengenai insiden yang didakwa berlaku 10 hari sebelum ahli politi...
Panas Farhash Khuatir Kesihatan Mental Yusoff Rawther Terjejas Akibat Pkp

Panas Farhash Khuatir Kesihatan Mental Yusoff Rawther Terjejas Akibat Pkp

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 209 hits
July 16 2021 Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak meminta bekas pembantu penyelidikan Yusoff Rawther untuk bermuhasabah diri dan berusaha mencari rezeki secara halal selagi masih ada keupaya...
Anwar Ibrahim Crony Vinod Sekhar In Questionable Multi Billion Deal

Anwar Ibrahim Crony Vinod Sekhar In Questionable Multi Billion Deal

papar berkaitan - pada 22/7/2021 - jumlah : 318 hits
Nick Kochan The details of an extraordinary deal for the sale of ventilators to Hungary have been revealed to journalists in Malaysia and Hungary Under pressure of pandemic the Malaysian businessman Vinod Sekhar sold at least 800 ventilator...
Kenyataan Media Anwar Ibrahim

Kenyataan Media Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 301 hits
Kenyataan Media22 Julai 2021Saya terpanggil untuk menyatakan pendirian berhubung pendakwaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas YB Syed Saddiq yang berbentuk ancaman politik di mana saya dan rakan rakan lain turut bangkitkan...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Mak Ajar Resipi Mi Udang Penang Mudah Sedap Tak Terkata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa

Not Giving Extension To Chief Justice Coa President Sets Dangerous Precedent That Threatens Public Trust