You Were My First Crush Siapa Sangka Tiba Tiba Daler Yusof Komen Begini Pada Gambar Terbaru Emma
Selepas kontroversi foto tidak berhijab bersama Syed Abdullah Syed Abdul Rahman tersebar, pelakon Emma Maembong akhirnya mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, berkata dia mengaku keputusan tersebut datang daripada dirinya dan bersedia untuk menerima sebarang kecaman selepas ini.
Sebaik Emma membuat kenyataan tersebut disusuli dengan imej terbaru beliau yang dikongsi di IG beliau tanpa mengenakan tudung, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan kecewa.
Buka itu sahaja, beberapa rakan selebriti turut meluahkan perasaan sama. Ada juga yang memberi kata-kata semangat dan doa mahu melihat Emma kembali berhijab seperti sebelum ini.
Antara selebriti yang dilihat meluahkan perasaan diruangan komen pada satu gambar Emma itu adalah Aeril Zafrel, Janna Nick, ALiff Syukri dan Zoey Rahman. Namun paling mencuri tumpuan adalah komen pelakon Daler Yusof.
” You were my first crush among Hijabi actresses ( berserta emoticon menangis) but I can’t judge…” tulis Daler Yusof diruangan komen.
” Kita doakan yang baik-baik. Insyaallah, tapi sayang lepas 5 tahun bukak hijab” tambah beliau disusuli emoticon sedih.
Tidak dapat dipastikan sejak bila, bagaimana dan di mana kisah ‘crush’ antara Daler Yusof dengan Emma Maembong kerana jika disingkap kembali, tidak pernah kedengaran kisah antara mereka berdua.
Namun apa yang penting adalah, mesej yang cuba disampaikan oleh Daler iaitu kesedihan melihat rakan artis yang sudah elok bertudung, nampak ayu serta sejuk mata memandang dengan imej tudungnya tiba-tiba mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung.
Komen Daler Yusof turut mendapat reaksi balas dari netizen yang berkata, ” Satu2 nya artis yg meluahkan rasa kecewa dgn keputusan Emma…”
Semalam, Emma menerusi laporan sebuah portal berita, mengejutkan ramai apabila memberitahu bukan mudah untuk istiqamah dan mengekalkan imej bertudung.
“ Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.
“Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Ia (tindakan membuka tudung) bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya.
“ Cuma dalam tempoh bertudung itu, bukan saya tidak mencuba untuk membulatkan hati. Namun, saat saya tewas dan perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang, tetapi saya terima dengan hati terbuka,” katanya menerusi temubual bersama portal Berita Harian.
Sementara itu, peminat juga mula bergambar dan merakam video bersama pelakon drama Awak Suka Saya Tak dengan imej baharunya itu di tempat awam.
Sebelum ini, pada 28 Januari lalu, Emma sudah memohon maaf atas tindakannya tidak memakai tudung dan mengakui kesilapannya itu bukan atas paksaan mana-mana pihak.
Dua foto Emma bersama Syed Abdullah yang iaitu abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq telah tersebar di laman sosial dan menerima kecaman netizen.
Bagaimanapun, Emma menafikan dia adalah individu dalam salah satu foto yang memperlihatkan seorang wanita duduk di celah kangkang Syed Abdullah.
Bapa Emma muat naik status
Dalam pada itu, bapa pelakon Emma Maembong iaitu pelukis terkenal Ismail Embong memuat naik kenyataan mengingatkan wanita agar menjauhi lelaki yang tidak berguna.
Ismail, 70, menerusi Facebooknya pada Khamis berkata, lelaki yang membuka aib seorang wanita hanyalah mempunyai niat jahat.
” Duhai perempuan, wajib jauhi jantan yang buka aib mu, dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat dan keluarga,” tulisnya.
Perkongsian Ismail yang menggunakan akaun Maembong Ayoh itu menerima 50 perkongsian di laman sosial itu.
Rata-rata netizen meminta pelukis itu bersabar dan menasihati anaknya untuk kembali berhijab.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Kredit : mstar & IG emma
The post ”You Were My First Crush”. Siapa Sangka Tiba-Tiba Daler Yusof Komen Begini Pada Gambar Terbaru Emma appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2019/02/07/you-were-my-first-crush-siapa-sangka-tiba-tiba-daler-yusof-komen-begini-pada-gambar-terbaru-emma/