Ini Komen Kamal Adli Tentang Isu Free Hair Emma Maembong
“Alamak dah tak pakai tudung ke, sedihnya..” itulah antara luahan kecewa peminat Emma Maembong setelah melihat foto pelakon berkenaan dengan abang Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah. Rata-rata kecewa melihat sisi lain Emma Maembong dan tidak sangka Emma sedemikian rupa.
Setelah ramai kecewa dan mengkritik tindakan Emma Maembong itu, pelakon cantik itu mengambil inisiatif dengan memohon maaf atas kekhilafan dirinya dan kesilapan yang dibuatnya itu.
Emma Maembong akui kesilapan itu dan permohonan maaf tersebut dilakukan dirinya tanpa paksaan sesiapa.
Emma yang kini berumur 27 tahun, berkata dia mengakui dirinya lalai kerana melakukan perbuatan itu dan meminta netizen tidak menyalahkan mana-mana pihak.
Akan tetapi, antara yang tampil memberi komen tentang isu ini ialah bekas kekasih Emma Maembong iaitu pelakon Kamal Adli.
Komen berkenaan telah menarik perhatian apabila pelakon yang pernah dikaitkan menjadi kekasihnya iaitu Kamal Adli turut memberi kata-kata nasihat.
Ini komen dari Kamal Adli:
“Stay strong ya. Allah kan ada,” tulis Kamal Adli berserta emoji senyum dan menutup muka.
Namun setelah diamati, nasihat itu tidak mendapat balasan Emma Maembong sebaliknya pelakon jelita itu hanya membalas komen kepada peminatnya.
Komen ditinggalkan Kamal Adli itu kemudian telah mendapat respon balas dari para netizen yang lain apabila ada netizen yang berharap semoga Kamal dijodohkan dengan wanita yang lebih baik dan lebih solehah.
Sebelum ini, Emma Mamebong dilihat tampil memohon maaf atas tindakannya membuka tudung dan merangkul leher Syed Abdullah iaitu abang kepad Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan.
Ini antara komen Emma Maembong:
“Saya nak minta maaf sebab lalai. Minta maaf dan (minta) ampun kepada netizen. Tapi saya harap netizen tidak salahkan kawan-kawan, orang sekeliling, keluarga dan ibu atau ayah saya.
“Sebab memang 100 peratus bukan salah mereka tapi salah saya sendiri. Kawan-kawan tak ada kena mengena.
“Bukan salah mereka. Salah saya sendiri,”
Namun begitu, Emma Maembong telah menafikan dia adalah individu dalam sekeping gambar yang memperlihatkan seorang wanita di celah kangkang Syed Abdullah.
“Saya tak tahu kenapa orang nak satukan gambar tu dengan gambar saya sedangkan itu bukan saya.
“Saya nak cakap gambar tu memang gambar saya. Yang tak pakai tudung tu. Cuma gambar di bilik tu bukan saya.
“Saya tak tahu kenapa orang nak satukan gambar tu dengan gambar saya sedangkan itu bukan saya,”
Semoga Emma Maembong ambil ikhtibar atas kejadian ini.
Terdahulu… Emma Maembong Mohon Maaf, Mengaku Buka Tudung
Berikutan penularan gambarnya tidak bertudung, menerusi Instagram Emma Maembong mengaku wanita di dalam foto bersama Syed Abdullah itu adalah dirinya.
Menjawab pertanyaan peminatnya berhubung isu gambar panas yang tersebar, Emma memohon maaf di atas tindakannya yang membuka tudung, namun dia menegaskan bahawa wanita yang duduk di celah kangkang lelaki berkenaan bukan dirinya.
Emma juga mengakui bahawa gambar tersebut diambil baru-baru ini. Jelasnya lagi dia tidak pernah membuka hijab sebelum ini dan apa yang berlaku adalah salahnya sendiri.
Dalam pada itu, Emma turut membuat permohonan maaf secara terbuka mengakui apa yang berlaku adalah kelalaiannya sendiri dan orang lain tiada kena mengena di atas tindakannya itu. Emma turut mengucapkan terima kasih di atas nasihat netizn.
“Salam semua. Saya nak minta maaf atas salah saya lalai. Bukan salah kawan, keluarga atau sesiapa kerana diri saya sendiri yang lalai.
“Memang salah saya. Bukan salah kawan, keluarga atau siapa-siapa. Jangan salahkan mereka sebab saya sendiri yang lalai. Maafkan saya. Thank you kepada yang nasihat saya, dan yang marah yang kecewa atau sedih semua saya mintak maaf ya,” tulisnya.
sumber : layansudah
Carian Ke Post Ini:emma maembong free hairThe post Ini Komen Kamal Adli Tentang Isu Free Hair Emma Maembong appeared first on Suara Viral Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suaraviral.org/ini-komen-kamal-adli-tentang-isu-free-hair-emma-maembong/