You Can Never Get Enough Of Dominos Pizza In Malaysia
Dominos Pizza kegemaran sekeluarga
Sejak anak-anak dah pandai request nak makan luar ni, masing-masing ada je benda yang nak dipesannya. Nak makan pula bukan yang biasa-biasa ok, nak Dominos Pizza!!! Nasib baik Dominos Pizza ada buat delivery okay, so takdelah perlu ibu nak kena bersiap pakai tudung cantik-cantik dan start enjin kereta nak ke kedai.
Saya lebih prefer Dominos sebab topping dan sause dia kena dengan tekak saya sekeluarga. Memang kekadang teringin nak makan pizza tu boleh, tapi kalau selalu memang tidaklah jawabnya hahaha. Kalau kat Dominos ni pizza apa yang korang suka makan? Saya dengan anak-anak ni biasanya suka yang kurang pedas.
Biasalah kalau makan dengan anak kecik ni memang kene yang mild je pedasnya. Kalau tengok menu, semua pizza pun sedap. Tapi kalau nak penjimatan berganda, pilihlah ikut pakej promosi yang ada.
Promosi yang berbaloi-baloi
Itu yang saya suka kat Dominos Pizza ni. Diorang selalu ada promosi setiap bulan. So dalam pakej tu ada pilihan ikut bajet poket kita.
Yang bestnya kalau kita pesan pizza dan menunggu lama dari jangkaan masa order tu siap, diorang akan berikan kupon promosi sebagai ganti rugi masa kita tu. Jadi biarlah mereka lambat pun ya hahaha. Kupon tu pulak boleh je redeem kat mana-mana je cawangan Dominos dalam tempoh sah laku. Alah korang pun dah biasa dapat pun kan? Hahaha
Kat area umah saya ni pun dah ada outlet Dominos yang baru, dalam tahun lepas jugakla dia baru beroperasi. So senang jugalah kita nak makan pizza untuk dine in atau via delivery.
Ok bila tengok pilihan pizza ni mana satu pilihan korang? Saya suka pizza dengan crust yang lembut dan tidak keras. Sebab ada sesetengah dough pizza yang liat dan keras bila dah sejuk. Dan yang pasti kita request extra cheese nyummy!!!
Menu Dominos Pizza yang menyelerakan
Jadi yang pastinya, pizza ni memang sedap dimakan panas-panas kan. Nak pulak pizza yang bercheese, bila makan, cheese tu boleh ditarik-tarik. Dan yang pasti pilihan pizza yang boleh korang cuba ialah vegie fiesta pizza, beef pepperoni pizza, tuna temptation pizza, BBQ chicken pizza, aloha chicken pizza dan bermacam lagi.
Juga korang boleh request untuk lebihkan cheese juga dan of course tambahla duitnya juga. Pilihan semestinya di tangan anda. Yang pasti untuk dapatkan rasa yang terbaik mesti berbaloi dengan harganya kan.
Tapi selain dari pizza, Dominos juga ada pilihan menu yang lain yang sangat menarik untuk kita cuba. Contohnya chicken wings, roasted chickens drummets, cheesy stix, garlic bread, emm sedap kan? Baca je pun dah terliur haha.
Pizza Delivery untuk semua
Bagi yang takde masa nak keluar dan nak order saja pun boleh, pizza delivery dengan FoodPanda Malaysia Delivery. Pastinya diorang akan hantar pesanan sampai ke depan pintu dengan pizza yang masih hangat dan enak untuk di makan. Mudah dengan adanya pizza delivery, bukan sahaja memudahkan penghantaran ke rumah tetapi juga penghantaran ke pejabat dan juga destinasi yang seumpamanya.
Biasanya kalau ada majlis keraian contohnya majlis harijadi dan surprise party di pejabat dan di rumah, dan rasa tak mampu nak masak hidangan untuk masa yang singkat. Pilihan menikmati pizza panas adalah pilihan yang tepat dan terbaik. Dengan promosi berbaloi, korang akan dapat pelbagai menu dalam satu harga.
Biasalah pizza ni memang ramai yang suka, kalau dah ada depan mata memang tak cakap banyak dah, terus capai sekeping dan makan je. Bukan je orang dewasa, budak-budak pun suka.
Eh nak tanya korang masak apa hari ini? Malas nak masak eh? Eh tak salah tu sebab ada masa memang kita perlukan masa untuk diri sendiri kan. Jadi apa tunggu lagi? Pesanlah Dominos Pizza hari ini. Semak apa promosi yang ada, buat tempahan, dan pihak delivery sedia menghantar sehingga ke depan pintu anda. Selamat menjamu pizza ya semua :).
(5)
The post You can never get enough of Dominos Pizza in Malaysia appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2019/11/you-can-never-get-enough-of-dominos-pizza-in-malaysia.html