Top 5 Local Dishes You Must Check In Malaysia


Makanan Sedap di Malaysia
Top 5 Local Dishes You Must Check in Malaysia | Negara Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum yang hidup dengan harmoni. Mempunyai pelbagai tempat pelancongan dan juga tempat bersejarah yang menarik. Yang paling menarik ialah makanannya. Malaysia juga dikenali sebagai syurga makanan.



Pelbagai kaum di negara ini membuatkan Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisi. Pagi petang siang malam, ada saja kedai makan yang menyediakan bermacam jenis masakan panas. Jangan risau tentang makanan jika berada di Malaysia kerana ia mudah didapati.

Makanan tradisi apa yang sedap di Malaysia? Kalau diikutkan, memang banyak makanan yang sedap jika mahu disenaraikan. Bagi Mai, antara makanan top 5 yang para pelancong mesti rasa apabila berada di Malaysia adalah...


1. Rendang

Rendang sangat sinonim dengan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha yang dimakan bersama lemang atau ketupat. Sama ada ayam, daging, ikan, udang atau kerang.. sesuai dibuat rendang. Ia juga menjadi hidangan kaum selain daripada Melayu. Apabila bercakap tentang rendang, teringat pula kata-kata juri rancangan masakan, MasterChef UK, yang mengatakan rendang ayam tidak crispy. Ya, rendang ayam tidak crispy. Isi ayam perlu empuk, barulah sedap dimakan bersama lemang, ketupat dan nasi. Sekali rasa, pasti mahu ulang makan berkali-kali 😁

Rendang Pedas Ayam
Foto: Facebook Zaky Mat Ali
Terdapat pelbagai variasi rendang yang ada. Antaranya, rendang pedas, rendang tok, rendang serai, rendang minangkabau dan lain-lain lagi. Semuanya sedap serta memiliki tarikan dan keunikan tersendiri dari segi bahan-bahan yang digunakan juga cara menyediakannya.


2. Nasi Kerabu

Nasi biru atau kadang kala terdapat dalam warna kuning yang berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang, Kelantan sering menjadi perhatian kerana warnanya yang menarik. Tarikannya bukan hanya terletak pada warnanya tetapi juga pada rasanya yang sedap. Lauk pilihan yang ada seperti ayam goreng, daging bakar atau ikan goreng. Dimakan pula dengan solok lada, keropok ikan goreng dan telur masin serta beberapa ulam-ulaman yang membangkitkan selera. Pasti teringat-ingat rasanya.

Nasi Kerabu
Foto: tasteatlas.com

3. Laksa

Laksa oh laksa. Makanan berkuah isi ikan yang sedap ini sangat patut untuk dicuba. Terdapat beberapa jenis laksa yang boleh didapati di Malaysia. Ada laksa utara, asam laksa (laksa Penang), laksa Sarawak, laksa Johor, laksa Terengganu, laksa Kelantan, kari laksa dan laksam. Setiap jenis laksa memiliki keunikan yang tersendiri, dari segi pembuatan dan juga rasa.

Laksa
Lagi sedap kalau dapat makan laksa yang dibuat secara tradisional seperti Laksa Lubuk di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak. Ia masih mengekalkan cara memasak zaman dahulu dengan menggunakan dapur kayu serta memproses mi laksa menggunakan 'kebuk' (acuan laksa) yang diperbuat daripada tembaga.

Kaedah pembuatan laksa secara tradisional di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Foto: Bernama

4. Cendol

Sedapnya menghirup cendol, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. Makan pula di gerai yang berdekatan sungai seperti di lembah Kuala Kangsar. Dibuai oleh angin sepoi-sepoi bahasa sambil melihat pemandangan yang menenangkan. Fuhhh.. memang mengasyikkan.

Cendol
Bahan-bahan utama dalam pembuatan cendol adalah jeli hijau tepung beras, santan, gula merah dan ais parut. Kesemua bahan dicampur dalam satu mangkuk, membuahkan rasa yang amat menyelerakan!

Kini cendol boleh didapati dalam pelbagai versi. Ada yang menambah bahan lain seperti pulut, jagung manis dan kacang merah. Lebih hebat lagi, ada tambahan durian pula dalam cendol. Nampak meriah cendol dengan pelbagai bahan yang pastinya menggamit selera.


5. Nasi Lemak

Salah satu makanan tradisi Melayu Malaysia yang terkenal, nasi lemak. Nasi yang dimasak dengan santan bagi menambah rasa lemaknya, simpulan daun pandan yang diletakkan bersama dalam nasi memberikan haruman yang mampu menggoda selera. Dimakan bersama sambal ikan bilis, telur rebus, timun dan kacang. Satu gabungan yang mantap! Kemudian dibalut pula dengan daun pisang.

Nasi Lemak
Foto: YouTube Che Nom
Kini, nasi lemak dipelbagaikan lagi lauknya. Sambal ikan bilis digantikan dengan pelbagai lauk pilihan seperti sambal sotong, sambal udang, sambal kerang, sambal ikan masin, rendang ayam dan lain-lain lagi. Wow, sedapnya!

Memang mudah nak cari nasi lemak di Malaysia. Banyak restoran dan gerai kuih-muih tepi jalan yang menjualnya. Nak lagi mudah, order online je dengan mereka yang menyediakan servis nasi lemak delivery. Tak perlu susah-susah buang masa dan petrol. Hanya klik-klik di hujung jari atau menelefon, makanan sampai terus di rumah.


Baru cerita sedikit tentang beberapa makanan top di Malaysia ini, sudah terasa di tekak keenakannya. Begitulah antara makanan tradisi top 5 di Malaysia. Memang syurga makanan sungguh Malaysia ni. Makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan petang, makan malam.. semua ada disediakan di kebanyakan kedai makan.

Sambil jalan-jalan ke mana sahaja tempat di Malaysia, jangan lupa untuk mencuba macam-macam jenis makanan tradisinya dengan keunikan rasa tersendiri. Ia mungkin jadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang masa.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2019/11/top-5-local-dishes-you-must-check-in-Malaysia.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Top Restaurent To Check In Penang Malaysia

Top Restaurent To Check In Penang Malaysia

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 547 hits
Pulau Pinang sangat terkenal dengan pelbagai makanan yang sedap dan pernah mendapat julukan Syurga Makanan Tak hairan lah sesiapa yang datang ke Penang pasti mencari cari tempat makan yang sedap malah penduduk disini juga masing masing memp...
7 Great Malaysian Dishes You Must Try

7 Great Malaysian Dishes You Must Try

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 416 hits
7 Great Malaysian Dishes You Must try Bangga menjadi anak Malaysia sebab bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian budaya namun juga merupakan syurga makanan Sudah tentu korang juga mempunyai cita rasa makanan kegemaran sendiri kan Kali ini...
Wow Mufti Wp Temui Sesuatu Semasa Spot Check Ke Wisma Fam Hanya 24 Jam Sebelum Aksi Malaysia Indonesia

Wow Mufti Wp Temui Sesuatu Semasa Spot Check Ke Wisma Fam Hanya 24 Jam Sebelum Aksi Malaysia Indonesia

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 808 hits
Hanya 24 jam sebelum aksi Malaysia Indonesia Mufti WP temui sesuatu semasa spot check ke Wisma FAM Zulkifli sewaktu mengadakan lawatan mengejutkan ke Wisma FAM Foto twitter drzul albakri BAHANG perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022...
No State Convention Till You Put Your House In Order Sarawak Pkr Tells Top Dogs

No State Convention Till You Put Your House In Order Sarawak Pkr Tells Top Dogs

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 349 hits
Sarawak PKR is cancelling its convention on Nov 23 saying the party s national level leadership must first put its house in order in the wake of infightings over who should officiate the PKR Youth congress next month Top party leaders inclu...
Senarai Top 5 E Wallet Di Malaysia Korang Selalu Guna Yang Mana

Senarai Top 5 E Wallet Di Malaysia Korang Selalu Guna Yang Mana

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 1761 hits
e Wallet atau e Dompet dalam bahasa Malaysia merupakan suatu perkhidmatan pembayaran tanpa tunai yang dibayar hanya menggunakan secara online dengan menggunakan sistem bar code Setiap kali ingin membuat pembayaran anda cari bar code akaun t...
Makanan Paling Popular Sedap Top Dan Digemari Di Malaysia Sepanjang Zaman

Makanan Paling Popular Sedap Top Dan Digemari Di Malaysia Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 706 hits
GALAKSI VIRAL Ingin tahu makanan apakah yang paling popular di Malaysia daripada zaman dahulu sehingga kini Jom kita lihat Carta 10 Makanan Paling Popular di Malaysia dulu kini dan selamanya mungkin 10 MAKANAN PALING POPULAR DI MALAYSIA SEP...
You Can Never Get Enough Of Dominos Pizza In Malaysia

You Can Never Get Enough Of Dominos Pizza In Malaysia

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 1676 hits
Dominos Pizza kegemaran sekeluarga Sejak anak anak dah pandai request nak makan luar ni masing masing ada je benda yang nak dipesannya Nak makan pula bukan yang biasa biasa ok nak Dominos Pizza Nasib baik Dominos Pizza ada buat delivery oka...
Jangan Takut Beli Barangan Malaysia Kualiti Dah Tip Top

Jangan Takut Beli Barangan Malaysia Kualiti Dah Tip Top

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 298 hits
Zaman sekarang ini anda sudah tak perlu ragu ragu lagi nak beli barangan Malaysia Lagi lagi bab kualiti siapa cakap kualiti barangan Malaysia tak The post appeared first on
Tan Sri Muhyiddin Yassin You Must Pay Attention

Tan Sri Muhyiddin Yassin You Must Pay Attention

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 240 hits
Ayob Khan says Malaysia transit point for terrorist groups those from Middle East and certain African countries do not require visahe said most foreign terrorists are of Arab and African nationalitythey enter country without visa Malaysia b...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu