Cerita pasal Jaeshik, seorang lelaki yang banyak hutang. Satu hari pekerja dia meninggal lepas jatuh tergelincir, meninggalkan seorang anak perempuan OKU bernama Eunhae. Jaeshik pun pergi rumah pekerja dia konon untuk rembat kalau-kalau ada barang yang boleh jual. Tapi dia nampak Eunhae duduk seorang diri dalam rumah, dan ayah kandung pun malas nak ambil peduli. Jaeshik ambil keputusan tinggal di rumah tersebut menyamar jadi ayah Eunhae supaya boleh claim duit deposit rumah nanti.
Awal filem agak longgar untuk faham kerjaya Jaeshik, dan hubungan antara karakter-karakter gangster serta mak Eunhae sendiri. Kalau pening abaikan sahajalah. Cukup kalau tahu Jaeshik ni manager kepada perempuan-perempuan yang buat persembahan jalanan, dan ada banyak hutang kena bayar. Bila masuk suku kedua baru sedap tengok interaksi Jaeshik dengan Eunhae.
Filem ini juga pada musim COVID (yang tak boleh salam ni) menekankan kepentingan sentuhan tactile sebagai cara komunikasi bukan lisan paling penting dalam hubungan antara manusia. Bila Jaeshik ajar perkataan dengan cara tulis pada tangan Eunhae bukan bermaksud ajar Eunhae pandai membaca, tapi mengajar Eunhae kaitan antara simbol-simbol pada tulisan dengan makna kehidupan.
Ending filem ini open, mungkin sedih mungkin gembira. Tonton dan sila kagum dengan shot 1 minit 45 saat tanpa cut Eunhae, sambung lagi dengan permainan tactile pada tangan. Puas hati, filem sedih kalau tak ada babak tearjerker macam ni tak sah.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |