Yoodo Memberikan Ganjaran Dan Hadiah Istimewa Disember Ini
Bismillah,Assalamualaikum
Yoodo Memberikan Ganjaran Dan Hadiah Istimewa Disember Ini | Sekejapnya masa berlalu, kalau dikira-kira, ada beberapa hari lagi nak masuk tahun baru 2021, boleh dikatakan tahun 2020 ini adalah tahun yang begitu terkesan kepada segelintir masyarakat disebabkan oleh pandemic yang kian merebak sehingga ke hari ini. Namun pihak yoodo berbesar hati untuk memberi ganjaran serta hadiah istimewa disember ini, mesti korang excited nak mengetahuinya..jom kita mula
(thanks Yoodo for the wonderful goodies)
Pada minggu lalu, sha berkesempatan untuk mengikuti meeting secara online bersama Yoodo dan ahli Sabahan Bloggers yang lain, dan meeting tersebut diterangkan sendiri oleh ketua Yoodo iaitu En Chow Tuck Mun. Selain itu juga Yoodo telah mengantar goodies untuk ahli Sabahan Bloggers, Baju, Stickers dan Bag, We Love it, thanks Yoodo :)
Apa Itu Yoodo?
For those yang belum lagi mengenali apa itu Yoodo, Yoodo dilancarkan pada Januari 2018, dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Yoodo adalah perkhidmatan mudah alih dan 100% digital pertama di Malaysia yang memberi kebebasan kepada penggunanya untuk menyuai-padan pelan mengikut cita rasa dan kehendak langganan bulanan pengguna, bila-bila masa sahaja.
“2020 merupakan tahun yang sukar bagi kebanyakan masyarakat, tetapi Yoodo ingin menawarkan sebanyak mungkin hadiah kepada pengguna kami,” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo. “Untuk mengakhiri tahun ini, kami ingin menyebarkan keceriaan dan menzahirkan rasa syukur - kepada petugas-petugas barisan hadapan dan pengguna setia kami.”
Ho! Ho! Holiday Giveaway
Sepanjang Disember ini, Yoodo memberikan ganjaran kepada pengguna Yoodo sedia ada dengan pelbagai hadiah gadget terbaru dan sangat menarik untuk korang ianya adalah Apple Iphone 12 Pro, Samsung Galaxy S20 plus, Apple Airpods Pro, tidak dengan itu sahaja, berita baik kepada pengemar permainan terkenal anda boleh menangi In-game Diamonds permainan Mobile Legends : Bang Bang
Bagi mereka yang ingin mendapatkan hadiah-hadiah ini, mereka hanya yang perlu menepati syarat yang telah ditetapkan mengikut kategori - seperti berbelanja sebanyak RM50 dan ke atas dalam satu transaksi atau membeli 7GB data Booster. Pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah-hadiah istimewa ini. Kempen ini berakhir pada 31 Disember 2020
Nota: Untuk maklumat lanjut mengenai hadiah dan cara untuk memenanginya, sila rujuk kepada jadual di bahagian lampiran
Raikan Wira-Wira Kita
Tidak dilupa pada petugas Barisan Hadapan yang sentiasa kekal dihadapan membantu melawan pandemic juga diberi penghargaan melalui inisiatif Raikan Wira-Wira Kita
Inisiatif ini khas untuk 500 petugas barisan hadapan pertama yang melanggan Yoodo, dan merekaakan menikmati kredit Boost sebanyak RM30 dengan percuma yang boleh digunakan untuk membayar pelan Yoodo mereka
Melalui kempen Raikan Wira-wira Kita, Yoodo akan memastikan petugas-petugas barisan hadapan kita sentiasa dapat berhubung dengan orang tersayang – terutamanya mereka yang masih bertugas dan jauh daripada rumah
Jelas Tuck Mun, Yoodo benar-benar berterima kasih atas usaha gigih petugas-petugas barisan hadapan sama ada mereka pakar perubatan, polis atau penghantar makanan, yang berani menanggung risiko virus tersebut untuk melindungi masyarakat dan memastikan kehidupan harian tidak terganggu. “Inisiatif Raikan Wira-Wira Kita adalah penghargaan ikhlas kami kepada mereka ke atas segala yang telah mereka lakukan sejak bermulanya pandemik ini,” katanya
Yoodo - Double Special
Ganjaran-ganjaran istimewa ini menambahkan lagi kemeriahan bulan Disember selepas pengumuman promosi terbaharu Yoodo - Double Special. Untuk masa yang terhad, pengguna-pengguna boleh menikmati kuota data berkelajuan tinggi dua kali ganda tanpa kos tambahan. Dengan promosi baharu ini, pengguna boleh mendapat gabungan (termasuk tambahan data aplikasi) 50GB data pada harga RM35, 70GB pada harga RM55, di bawah pelan yang disyorkan. Seperti biasa, mereka juga boleh mengubahsuai dan memilih kombinasi pelan mereka tersendiri untuk memenuhi keperluan peribadi masing-masing
Pengguna Yoodo hanya perlu memilih dari senarai pelan data yang sudah digandakan di aplikasi apabila mereka mendaftar dan menyesuaikan pelan mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ho! Ho! Holiday Giveaway, Inisiatif Raikan Wira-Wira Kita dan promosi Double Special, anda boleh layari www.yoodo.com.my
Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, layari yoodo.com.my atau yoodoMY di laman sosial Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter atau dapatkan maklumat terkini esukan dengan mengikuti @yoodoesports di Facebook
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dave Prem
[email protected]+6010-366 1216
Charu
[email protected]+6017-299 8615
Anita Hadi
[email protected]+6019-249 4254
Lampiran
Senarai hadiah Ho! Ho! Holiday Giveaway:
Hadiah
Kuantiti
Bagaimana untuk menang
Apple iPhone 12 Pro
2
Belanja RM80 dan ke atas dalam satu transaksi
Samsung Galaxy S20 Pro
2
Belanja RM50 dan ke atas dalam satu transaksi
Apple AirPods Pro
3
Langgan mana-mana pelan tanpa had
1,500 MLBB Diamonds
3
Langgan data asas 5GB + MLBB tambahan
Kredit Boost RM100
3
Pembelian data booster 7GB
Power Bank Pineng
3
Langgan 2 kali Power Pass 3 jam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.opzzpinky.my/2020/12/yoodo-memberikan-ganjaran-dan-hadiah.html