Yoodo Menawarkan Pelan Internet Unlimited Terbaik Dan Kempen Menarik Di Bulan Disember
Yoodo Menawarkan Pelan Internet Unlimited Terbaik Dan Kempen Menarik Di Bulan Disember | hi there. Aku ni kan entah berapa banyak kali tukar-tukar telco. Antara faktor aku tukar telco ialah coverage kurang memuaskan dan paling hampeh bila aku bayar mahal setiap bulan tapi data yang aku beli tu memang tak habis pakai pun!
Lepas tu data tak boleh nak carry forward untuk bulan seterusnya. Burn macam tu sahaja. Rugi betul aku rasa. Maka, aku selalu terfikir kan bagus kalau aku boleh bayar prepaid plans bulanan aku tu berkadaran dengan penggunaan data yang aku pakai. Jadi taklah aku rasa rugi dengan pelan internet unlimited aku yang sedia ada
Dahlah aku ni tak boleh berenggang dengan phone. Hari-hari memang melayan phone. Well, internet kan dah jadi seperti satu keperluan kita semua. Ramai yang memang bergantung dengan internet untuk siapkan kerja kan ..
Macam aku ni, walaupun sekadar surirumah sahaja, tapi aku pun perlukan internet juga. Nak tengok schoolwork online anak-anak, nak update blog, kena check email kot-kot ada job baru datang meminang ekeke
Dan aku mengakulah aku ni memang kaki K-Drama, so aku streaming VIU untuk layan drama-drama Korea kegemaran aku
Jadi, ada tak telco yang sediakan pelan unlimited internet terbaik ? Yang aku tak perlu nak bayar lebih-lebih, just bayar ikut data yang aku perlukan sahaja
Perkenalkan: Yoodo Menawarkan Pelan Internet Unlimited Terbaik Korang pernah tak dengar tentang Yoodo? Aku pun baru tahu tentang Yoodo ni. Menyesal pula selama ini tidak ambil kisah pun mengenai kewujudan Yoodo plan untuk kegunaan internet.
Untuk pengetahuan semua, Yoodo dilancarkan pada tahun 2018 dan merupakan perkhidmatan mudah alih digital bebas yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad.
Yoodo adalah penyedia perkhidmatan mudah alih digital pertama Malaysia yang 100% memberi pengguna kawalan penuh untuk menyesuaikan rancangan mudah alih mereka dari segi data, minit suara dan SMS untuk memenuhi keperluan mereka, tanpa caj tersembunyi atau komitmen.
Yoodo juga menawarkan penawaran produk, ciri, dan tambahan yang menarik yang memberi peluang kepada pengguna menjalani gaya hidup yang diinginkan dalam permainan, perjalanan, hiburan dan banyak lagi
Kan senang kalau aku boleh #BuatUnlimitedSendiri. Yoodo memahami kehendak pengguna dan ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebab itu Yoodo memberi peluang kepada penggunanya untuk mencipta sendiri pelan tanpa had ini
Pengguna boleh memilih pelan secara fleksibel kelajuan data, hotspot, panggilan suara dan juga SMS mengikut gaya hidup dan keperluan hidup masing-masing
ada 2 pilihan yang disediakan, dan korang boleh pilih nak unlimited RM35/sebulan ataupun RM43/sebulan. Bestnya!
Untuk RM35 sebulan, kelajuan yang diberikan ialah 3Mbps, manakala untuk RM43 sebulan, kelajuan yang diberikan ialah 6Mbps
Selain itu, pengguna boleh add-ons item mengikut kesesuaian mereka. Tidak tahu bagaimana untuk pilih pakej yang sesuai untuk anda? Jangan risau kerana Yoodo menyediakan pakej laku keras seperti pisang panas untuk korang jadikan panduan / contoh
Tak tahu nak buat pelan sendiri? Jangan risau, Yoodo ada menyediakan hot-selling package untuk korang jadikan panduan.
Pilih saja pelan yang sesuai untuk korang
7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Yoodo Selain Memberikan Pelan Internet Unlimited Terbaik
1. Tukar Pelan Mudah Alih Anda Pada Bila-Bila MasaChange Your Plan Anytime. Sekarang ini pengguna Yoodo boleh menukar pelan mudah alih mereka pada bila-bila masa yang mereka mahukan
Menariknya, tak perlu tunggu next billing cycle kalau nak tukar pelan.Semuanya bergantung kepada peggunaan data yang korang perlukan
2. Dapatkan Power Pass - Beli Data Sehingga 100GB Hanya Serendah RM2 Sahaja Korang perlukan data yang banyak dalam satu masa yang singkat
Jangan risau, setiap pengguna Yoodo boleh mendapatkan Power Pass, iaitu paket data tambahan yang memberi anda data berkelajuan tinggi dalam ledakan pendek
Sangat wowzer kan bilamana pengguna boleh mendapatkan 100GB data dengan harga hanya RM2, memberikan sambungan maksimum untuk harga yang sangat berpatutan
3. Ganjaran Hebat Yoodo Demi pengguna yang setia, maka Yoodo memberikan ganjaran kepada pengguna atas sokongan mereka. Setiap pengguna diberia satu Add-On percuma untuk setiap 10-Add-On yang mereka beli
4. 18 Pilihan Yoodo Add-On Disesuaikan Dengan Gaya Hidup AndaYoodo juga memperkenalkan 8 Add-On Data baru tahun ini di seluruh permainan, hiburan dan e-commerce, menjadikan jumlah keseluruhan Add-On menjadi 18.
Add-On adalah paket data tambahan yang tidak dikurangkan dari pelan data pengguna.
Jadi, korang boleh pilih mana-mana add-on yang paling sesuai dengan citarasa dan gaya hidup sendiri., Macam aku lah kan, yakin sangat VIU akan dilayan sehabis baik memandangkan aku seorang yang kaki K-Drama
5. Yoodo Gaming - Anda Gila Gaming? 20GB Data Dengan Bayaran RM5 Sahaja Kaki gamers dah boleh tersenyum dengan Yoodo apabila memperkenalkan Add-On untuk Call of Duty Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang dengan pembelian data 20GB data pada harga RM5.00 sahaja.
Add-On baru bergabung dengan Add-On permainan mudah alih lain yang popular, seperti PUBG MOBILE dan Arena of Valor.
Hah, lepas ni boleh layan main game hingga lebam anak mata tak nak tidur !
Kalau korang nak tahu, Yoodo merupakan telco yang memberi support penuh terhadap dunia e-sports dan pada tahun 2018, Yoodo menjadi Telco Digital Rasmi untuk permainan PUBG
Dan pada tahun 2020, sekali lagi Yoodo menjadi Penaja Bersama untuk PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) dan berjaya menarik perhatian seramai 1.5 juta orang untuk menyaksikan perlawanan tersebut.Pemenang membawa pulang wang tunai RM30,000. Tahniah yang menang.
6. Yoodo Entertainment - Khas Untuk Mereka Yang Kaki Layan Drama & LaguYoodo memperkenalkan Add-On untuk Tik Tok, Viu, Dim Sum, Astro Go, dan Joox untuk korang layan drama / lagu kesukaan
Kalau aku, memang aku yakin sangat untuk add-ons VIU. Nak buat macam mana dah suka gila sama K-Drama kan
Baguslah Yoodo ni, tak perlu bayar sekali harung bil mahal-mahal, bilamana yang lain-lain tu tidak digunapakai pun
So bayar sajalah ikut apa yang kita perlukan, betul tak
7. Yoodo E-CommerceYoodo membawa Add-On untuk Boost untuk memberi pengguna kemudahan maksimum untuk semua keperluan membeli-belah dalam talian mereka
Jadi, sekiranya anda merupakan pengguna Boost, maka tidak perlu risau untuk mendapatkan Add-Ons tersebut.
Cara Untuk Mendaftar Yoodo Secara Online
Kalau korang yang nak dapatkan Yoodo, tapi tak tahu caranya, maka di sini aku kongsikan cara untuk mendapatkkan simkad Yoodo
Pesan SIM anda melalui laman web atau aplikasi Yoodo. Ubah suai pelan anda sekarang mengikut kesesuaian anda dan kemudian pilih kaedah penghantaran, dan SIM anda akan dihantar kepada anda.Setelah SIM anda tiba. sila ambil dan ikuti arahan yang tersedia di dalam!Aktifkan SIM anda pada aplikasi Yoodo, kemudian masukkan SIM.
Anda boleh bermula!
Yoodo Menawarkan Pelbagai Hadiah Dan Promosi Sepanjang Bulan Disember
Dengan dua kempen berasingan sepanjang bulan Disember ini, pengguna baharu serta pengguna Yoodo sedia ada berpeluang mendapat ganjaran dan hadiah yang menarik.
“2020 merupakan tahun yang sukar bagi kebanyakan masyarakat, tetapi Yoodo ingin menawarkan sebanyak mungkin hadiah kepada pengguna kami,” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo. “Untuk mengakhiri tahun ini, kami ingin menyebarkan keceriaan dan menzahirkan rasa syukur - kepada petugas-petugas barisan hadapan dan pengguna setia kami.”
Ho! Ho! Holiday Giveaway
Yoodo memulakan musim perayaan dengan kempen Ho! Ho! Holiday Giveaway yang akan memberikan ganjaran kepada pengguna Yoodo sedia ada dengan pelbagai hadiah sepanjang bulan ini. Hadiah-hadiah tersebut terdiri daripada Apple iPhone 12 Pro, Samsung Galaxy S20 Plus, Apple AirPods Pro, dan in-game Diamonds permainan Mobile Legends: Bang Bang
Bagi mereka yang ingin mendapatkan hadiah-hadiah ini, mereka hanya yang perlu menepati syarat yang telah ditetapkan mengikut kategori - seperti berbelanja sebanyak RM50 dan ke atas dalam satu transaksi atau membeli 7GB data Booster. Pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah-hadiah istimewa ini. Kempen ini berakhir pada 31 Disember 2020.Nota: Untuk maklumat lanjut mengenai hadiah dan cara untuk memenanginya, sila rujuk kepada jadual di bahagian lampiran
Raikan Wira-wira KitaSelain daripada itu, antara 7 hingga 31 Disember, Yoodo juga ingin memberi penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan melalui inisiatif Raikan Wira-wira Kita.
Inisiatif ini khas untuk 500 petugas barisan hadapan pertama yang melanggan Yoodo, dan merekaakan menikmati kredit Boost sebanyak RM30 dengan percuma yang boleh digunakan untuk membayar pelan Yoodo mereka.
Melalui kempen Raikan Wira-wira Kita, Yoodo akan memastikan petugas-petugas barisan hadapan kita sentiasa dapat berhubung dengan orang tersayang – terutamanya mereka yang masih bertugas dan jauh daripada rumah.
Jelas Tuck Mun, Yoodo benar-benar berterima kasih atas usaha gigih petugas-petugas barisan hadapan sama ada mereka pakar perubatan, polis atau penghantar makanan, yang berani menanggung risiko virus tersebut untuk melindungi masyarakat dan memastikan kehidupan harian tidak terganggu.
“Inisiatif Raikan Wira-Wira Kita adalah penghargaan ikhlas kami kepada mereka ke atas segala yang telah mereka lakukan sejak bermulanya pandemik ini.”
Ganjaran-ganjaran istimewa ini menambahkan lagi kemeriahan bulan Disember selepas pengumuman promosi terbaharu Yoodo - Double Special. Untuk masa yang terhad, pengguna-pengguna boleh menikmati kuota data berkelajuan tinggi dua kali ganda tanpa kos tambahan.
Dengan promosi baharu ini, pengguna boleh mendapat gabungan (termasuk tambahan data aplikasi) 50GB data pada harga RM35, 70GB pada harga RM55, di bawah pelan yang disyorkan. Seperti biasa, mereka juga boleh mengubahsuai dan memilih kombinasi pelan mereka tersendiri untuk memenuhi keperluan peribadi masing-masing.
Pengguna Yoodo hanya perlu memilih dari senarai pelan data yang sudah digandakan di aplikasi apabila mereka mendaftar dan menyesuaikan pelan mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ho! Ho! Holiday Giveaway, Inisiatif Raikan Wira-Wira Kita dan promosi Double Special, anda boleh layari www.yoodo.com.my
Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, layari yoodo.com.my atau yoodoMY di laman sosial Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter atau dapatkan maklumat terkini esukan dengan mengikuti @yoodoesports di Facebook.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dave Prem
[email protected]+6010-366 1216
Charu
[email protected]+6017-299 8615
Anita Hadi
[email protected]+6019-249 4254
Senarai hadiah Ho! Ho! Holiday Giveaway:
Hadiah
Kuantiti
Bagaimana untuk menang
Apple iPhone 12 Pro
2
Belanja RM80 dan ke atas dalam satu transaksi
Samsung Galaxy S20 Pro
2
Belanja RM50 dan ke atas dalam satu transaksi
Apple AirPods Pro
3
Langgan mana-mana pelan tanpa had
1,500 MLBB Diamonds
3
Langgan data asas 5GB + MLBB tambahan
Kredit Boost RM100
3
Pembelian data booster 7GB
Power Bank Pineng
3
Langgan 2 kali Power Pass 3 jam
Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mrspip.com/2020/12/yoodo-pelan-internet-unlimited-terbaik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)