Yoodo Community Meet Up Day
Yoodo Community Meet-Up Day! | Assalamualaikum & Salam sejahtera guys! Baru-baru ini telah berlangsungnya Yoodo Community Meet-Up Day untuk pengguna Yoodo atau dipanggil "Yoodoers " di MBO Starling Mall. Pada hari komuniti ini, Yoodo ingin meraikan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia Yoodo. Untuk pengetahuan anda, Yoodo adalah perkhidmatan mudah alih digital bebas yang menawarkan perkhidmatan pertama yang benar-benar disesuaikan dengan fleksibiliti, ketelusan dan kemudahan pelanggan.
Sebagai perbandingan dengan telekomunikasi lain, Yoodo percaya mereka mempunyai komuniti dalam talian yang paling maju yang mencapai hampir 200,000 pengguna dalam masa hampir 1 tahun dan menerima 2 juta pandangan daripada masyarakat Malaysia. Matlamat utama penubuhan komuniti ini adalah untuk menggalakkan dan membolehkan para pelanggan berkongsi pengalaman mereka tentang Yoodo dan menyediakan sokongan kepada pelanggan
Pada 8 Disember lalu, Yoodoers telah dijemput untuk hadir dimana mereka semua diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti permainan, cabutan bertuah dan tayangan filem "Robin Hood". Pada hari itu juga beberapa orang yang menjadi pelanggan setia dan aktif Yoodoers telah dianugerahkan hadiah Longest Active SuperUser, Most Active SuperUser dan Most Promising New SuperUser. Pemenang untuk Longest Active SuperActive jatuh kepada En. Bruce Lim (yang merupalam pengguna aktif dari Mac 2018) menerima Huawei P20 sementara tiga lagi pemenang : Most Active SuperUser menerima Huawei Y7 Prime. Most Promising New SuperUser, Wong Meng Jian menerima Samsung Galaxy J1.
Semasa Yoodo Community Meet-Up Day, Yoodo telah mengumumkan empat ciri baru iaitu :
Yoodo melancarkan Roam Like Home Plus. Pelan ini membolehkan pengguna menggunakan pelan tempatan mereka apabila mereka keluar dari Malaysia dengan kredit RM10 atau RM20 selama 24 jam, bergantung kepada negara yang mereka layari. Roam Like Home dan Roam Like Home Plus kini telah merangkumi 53 buah negara. Menariknya!Perbankan Dalam Talian (Online Banking) akan tersedia untuk Yoodo menjelang akhir Disember 2018 Ini adalah tambahan kepada saluran pembayaran semasa kredit atau kad debit dan PayPal.Berdasarkan maklum balas daripada komuniti dalam talian, Yoodo merancang untuk melaksanakan perkongsian data pada 2019. Pengguna akan dapat menentukan jumlah data yang akan dikongsi dengan orang lain.Merancang untuk malaksanakan Flexi Booster menjelang tahun depan. Mengenai ciri ini, sekiranya pengguna membeli booster lebih dekat pada tarikh luputnya, penggalak menjadi lebih murah.
Tahniah kepada Yoodo diatas penganjuran Yoodo Community Meet-Up Day ini. Memang meriah dan havoc tau. Pastinya para pengguna Yoodo sangat gembira dengan meet up sebegini. Sebenarnya banyak juga kelebihan menggunakan Yoodo ini tau. Jadi, untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, sila kunjungi laman sesawang yoodo.com.my atau cari yoodoMY di Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.rafzantomomi.com/2018/12/yoodo-community-meet-up-day.html