Hari Jumaat lepas,26 January 2024, Sekolah tadika Mijan buat Year End Concert & Grand Ihtifal untuk sesi 2023,AlhamdullahSemuanya berjalan dengan lancar,Kali ni, majlis diadakan di Kukup Golf Resort, Pontian.
Sarapan untuk ibu bapa dan anak anak turut disediakan pihak tadikaAda bihun goreng…
Ada sambal telur.Ada nasi lemak juga,ada roti untuk dibakar, siap dengan mentega dan kaya disediakan.
Makaroni goreng ni ada ibu bapa yang bawakan.Banyak juga ibu bapa bawa makanan potluck,kebanyakannya kek coklat...suka la Sarah.Semoga ibu ibu yang suka bawa makanan untuk dijamu bersama ni,dikurniakan rezeki yang banyak dan dipermudah segala urusannya..
Kuih donut dia…Gebuuuu…Sedap sangat.Kalau bukan sebab MY ni berdarah manis,MY makan banyak banyak…hahahaKuih karipap dia tinggal tak sampai 10 biji,Malas nak masukkan dalam gambar.Karipap ni memang tak lekang dek panas,Tak lapuk dek hujan.All time favourite gitu..sesuai di mana mana majlis juga
Pening kepala MY melihat budak Mijan sorang ni,Mengacau persembahan kawan-kawan aje,Berlari ke sana sini,Usik mikrofon,Usik kawan,Gambar kat atas, kawan kawan dengan teacher tengah happy menyanyi,dia boleh duduk tahiyat pulak kat hujung tu
Mijan dapat Sijil, gambar dan beg sekolah sebagai cenderahati tamat sesi persekolahan 6 tahun.Alhamdulillah,habis dah 2 tahun tadika kat sini..Jangan kata membaca,bercakap pun belum pandai sangat.Tapi tu Mijan sorang aje la..Mijan kan special edition.Anak anak lain di tadika Khalifah Bitara ni semuanya hebat hebat.Terima kasih semua teachers..Sabar dan tenang korang semua melayan seorang Mijan yang pelik pelik kelakuannya.
Apa aje lah yang tak kena agaknya tu.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |