Ydp Sabah Perlu Ikut Teladan Agong Kata Kitingan

PETALING JAYA: Pemimpin pembangkang Sabah, Jeffrey Kitingan berkata  Yang di-Pertua Sabah, Juhar Mahiruddin perlu membenarkan bekas ketua  menteri Musa Aman dan 32 Adun yang bersepakat dengannya datang menghadap  sebelum bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Kitingan dalam kenyataan berkata Juhar seharusnya mengikuti teladan  Yang di-Pertuan Agong, iaitu menemubual wakil rakyat bagi menyelesaikan  krisis politik.
Beliau juga mempertikaikan kenyataan setiausaha sulit Juhar, Abinan Asli, mengatakan ia “tidak benar”.
Semalam, Abinan berkata Juhar tidak pernah menerima 33 akuan  bersumpah dari Adun sebelum bersetuju membubarkan DUN pada 30 Julai.
     Abinan juga berkata Istana Negeri tidak pernah menerima permintaan rasmi atau tidak rasmi dari Musa untuk bertemu Juhar.
Kitingan, yang juga ahli Parlimen Tambunan itu, berkata Menteri Dalam  Negeri Hamzah Zainudin dan setiausaha politik perdana menteri bertemu  Juhar pada 29 Julai, memaklumkan kepadanya Musa bersedia untuk  mengemukakan 33 akuan berkanun yang membuktikan beliau mendapat sokongan  majoriti di DUN.
“Adakah mereka juga ingat orang akan percaya pertemuan itu tidak  berlangsung?” tanya beliau, dan menambah Istana Negeri pasti sedar Musa  mengadakan sidang media pada 29 Julai untuk mengumumkan beliau mendapat  sokongan majoriti.
Kitingan mendakwa Istana Negeri menyebut pada malam 29 Julai bahawa  sudah terlambat untuk menghadap dan mencadangkan kepada Osman Jamal,  wakil para ADUN, untuk mengemukakan SD pada hari berikutnya.
   Mereka mematuhi permintaan itu dan Osman pergi ke Istana Negeri pada 9  pagi seperti yang dijadualkan untuk menyampaikan SD secara rasmi.
“Adakah secara kebetulan Shafie bertemu YDPN dan meminta pembubaran  beberapa minit sebelum Osman, yang mewakili 33 orang itu, menyerahkan  akuan asal?
“Saya terpaksa memberikan kronologi peristiwa antara 29 dan 30 Julai  yang membawa kepada pembubaran kerana kebenaran dan keadilan mesti  ditegakkan,” katanya.
#Sumber : FMT    
MR : Itu salah cara penyelesaian..   
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/ydp-sabah-perlu-ikut-teladan-agong-kata.html