Yakuza Dan Sisi Gelap Industri Hiburan Jepun


Pada Ogos tahun 2011, dunia komedi dikejutkan dengan media-media yang memaparkan kepada umum mengenai persahabatan antara pelawak popular, Shimada Shinsuke dan Hashimoto, ketua kumpulan yakuza Kyokushin Rengo-kai di Osaka, menyebabkan Shimada mengumumkan persaraannya dari dunia hiburan.


Kenapa jika ada hubungan dengan Yakuza, hatta pelawak komedi terkenal pun terpaksa melepaskan jawatannya?

Persoalannya hanya boleh dijawab dengan melihat kembali kepada salah satu kes popular yang berlaku dalam industri dunia hiburan Jepun.

Rola, kontrak hamba seks dan dadah

Rola, seorang model dan artis yang meningkat naik dengan jayanya, ditambah pula dengan kacukan Bengali-Jepun serta mempunyai susur galur Rusia, menjadikan Rola selebriti tarento (selebriti luar Jepun) yang terkenal di Jepun.

Kehebatan kariernya mencerminkan betapa inilah kejayaan yang diidam-idamkan oleh ramai artis yang sedang meniti tangga untuk ke puncak.

Namun, tidak semuanya baik disebalik kejayaan luar biasa ini. Majalah mingguan, Shukan Bunshun melaporkan bahawa Rola telah dikunci dengan kontrak yang nampaknya seperti kontrak perhambaan dengan agensinya, Libera Production.

Rola memberitahu bahawa dia diperas ugut, kewangannya disekat dan penggunaan dadah dalam kariernya.

Rola juga melaporkan dalam media bahawa dia mempersoalkan mengenai ke mana hilangnya wang yang sepatutnya diterima, termasuklah wang kebajikan amal.

Perkara seperti ini, iaitu agensi mengambil kesempatan terhadap wanita muda dalam dunia hiburan adalah tidak mengejutkan, kerana mereka adalah sasaran yang paling mudah diperkotak katikkan.

Dalam kes Rola, jika dia mahu berhenti dari agensi tersebut agak sukar kerana agensinya dari awal lagi telah memegang segala aset dan maklumatnya.

Bila-bila masa sahaja maklumat buruk mengenainya boleh disebarkan serta agensi lain diminta menyekat dia daripada diterima masuk oleh mereka semua.

Hakikatnya, pihak polis memang sedaya upaya menghalang operasi yakuza, namun dalam sektor hiburan, ia adalah operasi polis paling gagal untuk dikawal.

Tugas ejen dalam Agensi Bakat di Jepun

Rola

Dunia hiburan Jepun sekali lagi pernah digemparkan apabila wanita Jepun pertama yang dinobatkan sebagai Miss International sejak 5 dekad yang lalu, Ikumi Yoshimatsu mengeluarkan suatu kenyataan akhbar.

Kenyataan itu menyatakan bahawa syarikat produksi yang pernah dia tolak tawaran untuk berkhidmat itu terkait dengan yakuza, telah buat pelbagai perkara kepadanya.

Ia termasuklah diganggu oleh seorang pengurus sewaktu berada dalam sesi rakaman rancangan televisyen.

Pihak produksi itu juga dilaporkan menghantar pengintip ke rumahnya dan surat ugutan kepada keluarganya.

Pendedahan Ikumi Yoshimatsu ini telah mendapat sokongan ramai termasuk isteri Shinzo Abe, Perdana Menteri Jepun.

Apa yang mengejutkan lagi, salah seorang ketua Yakuza yang pernah terlibat dalam kerja-kerja agensi bakat ini telah mendedahkan satu dokumen dan temu ramah mengenai kerja-kerja kotor yang dibuat oleh penjenayah dalam agensi seperti ini.

Satu temu ramah telah dibuat antara media, The Daily Beast bersama Kazuo Kasaoka, ketua kumpulan Matsurua-Gumi (Kobe).

Dalam temu ramah itu, dia telah mendedahkan segala tindakan ejen agensi bakat termasuklah ejen yang pernah menarik Miss International Jepun tadi. Ejen tersebut bernama Ikuo Suho.

Menurut Kasaoka, Suho adalah “kepala besar bagi industri hiburan Jepun” ada melakukan tiga perkara ini:

1. Suho akan menggunakan mana-mana kumpulan yakuza untuk membantunya menyelesaikan masalah.

2. Suho akan bekerjasama dengan pengintip, untuk mempergunakan kumpulan yakuza atau kumpulan bersayap kanan bagi menghancurkan karier selebriti yang menentang mereka.

3. Suho sendiri pernah terlibat dalam menjalankan aktiviti parti liar yang dipenuhi seks dan dadah untuk syarikat produksi dan penaja.

Sisi gelap industri hiburan Jepun

Industri hiburan Jepun termasuk J-Pop sentiasa berkembang sehingga semakin merapati kehebatan industri anime.

Ia menawarkan impian kepada anak muda untuk menjadi idola namun, impian ini telah ditunggang oleh kumpulan jenayah termasuk yakuza hingga mereka terpaksa menjadi hamba seks, dadah dan jenis-jenis perhambaan yang lain.

Pihak berkuasa sudah cuba membendung perkara ini sebaik mungkin. Undang-undang anti-intipan sudah pun dilaksanakan.

Mungkin ia mampu membendung budaya pengintipan ejen agensi bakat terhadap selebriti yang bekerja dibawahnya.

Namun, undang-undang masih terlalu lemah dan mempunyai ruang untuk dieksploitasi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kenapa Rakyat Jepun Menerima Yakuza?Asal-usul Yakuza Jepun
sumber: thepatriots



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/yakuza-dan-sisi-gelap-industri-hiburan-jepun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daripada Bawa K Pop Lebih Baik Tumpu Nasib Industri Hiburan Negara Seniman

Daripada Bawa K Pop Lebih Baik Tumpu Nasib Industri Hiburan Negara Seniman

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 338 hits
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman KUALA LUMPUR Hasrat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membawa kumpulan K Pop popular ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 tidak membawa apa apa kebai...
Sisi Gelap Avengers Infinity Wars Dan Endgame

Sisi Gelap Avengers Infinity Wars Dan Endgame

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 378 hits
1 Filem Avengers Endgame telah pun melabuhkan tirainya Segala persoalan dalam filem Avengers Infinity Wars telah pun selesai dan terjawab Ramai orang meraikan kemunculan semula adiwira yang sebelum ini menjadi debu begitu juga yang menangis...
4 Sisi Gelap Permainan Online Pubg Mobile Legend Sekiranya Tidak Dikawal

4 Sisi Gelap Permainan Online Pubg Mobile Legend Sekiranya Tidak Dikawal

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 318 hits
Wow berani kau post ekk hihi Mana taknya 90 sahabat kelilingku main game nie sehingga sisihkan aku Hanya satu tajuk yang bagus untuk dibincang dan diketengahkan untuk tatapan umum Bagi aku biasa sesuatu itu pasti ada baik dan buruknya Tiada...
Cermin Belakang Cermin Sisi Kiri Kanan Bahagian Penumpang Belakang Boleh Gelap Habis Menteri

Cermin Belakang Cermin Sisi Kiri Kanan Bahagian Penumpang Belakang Boleh Gelap Habis Menteri

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 404 hits
Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook mengumumkan pindaan ke atas peraturan baru lapisan filem atau cermin gelap ke atas kenderaan motor dalam satu sidang media di Kementerian Pengangkutan Malaysia di sini hari ini Menurutnya peraturan yan...
Malaysia Cermin Gelap Sepenuhnya Di Belakang Sisi Penumpang Dibenarkan Kementerian Pengangkutan

Malaysia Cermin Gelap Sepenuhnya Di Belakang Sisi Penumpang Dibenarkan Kementerian Pengangkutan

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 396 hits
Semua pemilik kenderaan persendirian boleh menggunakan cermin gelap sepenuhnya di bahagian belakang dan cermin sisi kiri dan kanan penumpang bermula esok umumkan menteri Kementerian Pengangkutan Anthony Loke hari ini Bagaimanapun kadar pera...
Unjuk Rasa Hingga Panggung Hiburan Warnai May Day 2019 Di Sumut

Unjuk Rasa Hingga Panggung Hiburan Warnai May Day 2019 Di Sumut

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 292 hits
Massa FSPMI juga mengkritik aksi kelompok buruh lainnya yang memilih merayakan May Day dengan mengikuti acara hiburan yang difasilitasi pemerintah Alasannya sejarah Hari Buruh itu dipenuhi dengan darah dan air mata
184 Gro Asing Ditahan Lagi Durjana P Hiburan Ph Pekak

184 Gro Asing Ditahan Lagi Durjana P Hiburan Ph Pekak

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 960 hits
ANTARA pelayan pelanggan asing yang ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di dua premis hiburan di Jalan Klang Lama Kuala Lumpur semalam KUALA LUMPUR 1 Mei Sebanyak 184 wanita warga asing ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di dua pre...
Hiburan Zizie Ezette Dan Bung Moktar Ditahan Sprm Atas Tuduhan Rasuah Rm 3 Juta

Hiburan Zizie Ezette Dan Bung Moktar Ditahan Sprm Atas Tuduhan Rasuah Rm 3 Juta

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 781 hits
Pelakon Zizie Ezette dan suaminya Datuk Seri Bung Moktar Radin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam Perkara itu disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki Pasangan ini ditahan selepas tampil...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini