Yahudi Menang Pertempuran Tapi Kalah Peperangan


Konflik yang berlarutan sejak Mei 1948 di bumi Palestin dan benua Arab ini boleh dianggap sebagai ‘Medan Amali Ketamadunan Manusia’. Bumi sempit ini telah menyaksikan beratus siri rundingan diselangi dengan beribu bedilan serangan, di samping usaha diplomasi antarabangsa dan keprihatinan NGO menabur jasa bagi mewujudkan keamanan di bumi penuh keberkatan ini.


Terkini, setelah lebih 50 hari serangan bermula 8 Julai yang mengakibatkan kehilangan lebih 2,100 nyawa tidak berdosa dan kemusnahan lebih 4,000 rumah, masjid, dan prasarana utama di Gaza, gencatan senjata yang dimeterai pada 26 Ogos lalu memberi ruang untuk warga Gaza yang diselebungi kesedihan kembali bernafas, sedang warga Israel diselubungi ketakutan.

Pertemuan di meja rundingan tersebut telah menatijahkan persetujuan bersama untuk Hamas menghentikan serangan roket manakala Israel bersetuju menghentikan pengeboman dan menarik balik sekatan yang dikenakan kepada Gaza, di samping rundingan tetap diteruskan bagi menyelesaikan beberapa syarat berbangkit di antara Gaza dan Israel.

Laporan majalah The Economist edisi Ogos dan September 2014 berkaitan isu Gaza memberi dimensi menarik tentang konflik di bumi Gaza.

Hamas digambarkan sebagai kumpulan Islamis eksterimis yang menolak toleransi, melancarkan roket dan membina terowong untuk membunuh dan menculik tentera Israel.

Manakala Israel pula ditonjolkan sebagai simbol demokrasi tulen yang menjuarai hak asasi, perdagangan dan inovasi.

Namun, serangan roket dan misil dalam Operation Protective Edge yang dilancarkan oleh Israel Defense Forces (IDF) sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini telah membentuk pola pendapat dunia (world opinion) yang baharu tentang krisis kemanusian di bumi Palestin, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Fenomena baru ini sangat membimbangkan pihak Israel yang khuatir mereka hanya menang dalam pertempuran (winning the battle) tetapi kalah dalam peperangan (losing the war).

Dimensi baru konflik Palestin - Israel

Simpati dunia kepada Gaza kian memuncak. Dalam satu tinjauan pendapat yang dibuat oleh agensi berita BBC pada bulan Jun 2014, beberapa ribu responden daripada 23 buah negara ditanya, ‘Adakah Israel memberi kesan baik atau buruk kepada dunia?’ – 26 peratus menyatakan Baik manakala 48 peratus menyatakan Buruk.

Malah di negara Amerika, sekutu kuat Israel, turut menyaksikan peratusan penduduknya yang tidak bersetuju dengan kekerasan terhadap Gaza meningkat 5 peratus daripada tahun 2002 kepada 39 peratus, dan sokongan golongan berumur 18-29 tahun kian menguncup kepada 25 peratus.

Di benua Eropah, semakin ramai yang menggelar Israel sebagai ‘racist’ setaraf dasar ‘apartheid’. Ini kerana, tiada demokrasi moden yang boleh mengiktiraf peperangan di antara dua negara yang mengakibatkan kehilangan nyawa orang awam dan kanak-kanak tidak berdosa.

Sentimen sama turut dikongsi oleh belia Islam di Malaysia dan Indonesia. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Friedrich Naumann Foundation dan Merdeka Center berkaitan ‘Muslim Youth in Southeast Asia - Surveys in Malaysia and Indonesia’ pada tahun 2011, responden di Malaysia diminta menyenaraikan nama negara yang paling digemari dan tidak digemari dalm konteks hubungan antarabangsa – dapatannya sangat mengejutkan – Palestin diletakkan di kedudukan paling tinggi diikuti Jepun dan Singapura, manakala Israel diletakkan di kedudukan paling corot, di belakang Amerika dan Britain.

Ditanya ‘Adakah Amerika patut menghentikan sokongan kepada Israel?’ – 80 peratus menyatakan Ya dan 20 peratus menyatakan Tidak.

Malah, Malaysia tidak ketinggalan dalam menyaksikan lautan peserta pelbagai kaum yang hadir dalam penganjuran himpunan - himpunan solidariti Gaza di samping jumlah kutipan derma mencecah jutaan ringgit.

Ternyata pertembungan Palestin - Israel pasca 2014 telah memasuki fasa baru yang bukan lagi bergantung kepada aspek fizikal ketenteraan dan hubungan kerajaan (G2G), tetapi bergantung kepada aspek gerakan massa (civil society) yang melibatkan kuasa-beli (purchasing power) dan persepsi umum (public opinion).

Israel kian tersepit dalam ketakutan. Dalam pertempuran sempadan, mereka berhadapan dengan kekuatan ketenteraan Hamas yang sukar untuk dipatahkan oleh Israel Defense Forces yang memiliki kelengkapan senjata tercanggih di dunia.

Dalam persaingan pasaran, Israel bersendirian dalam menghadapi gerakan BDS (Boycott, Divestment, and Sanction) – yang kian mendapat sokongan bank dan syarikat ternama dunia – untuk memboikot dan menghentikan pelaburan kepada Israel sebagai tekanan untuk Israel menghentikan pembinaan di Tebing Barat dan memulangkan hak tanah air kepada penduduk asal Palestin.

Dalam pertembungan pemikiran, Israel yang berpaksikan kebebasan dan kedaulatan (liberty and sovereignty) makin gerun dengan kewujudan pola pemikiran baru – ‘delegitimising’ - yang mempersoalkan ‘legitimasi’ atau status negara haram Israel.

Istilah ini sangat ditakuti regim Zionis Israel, sehingga ia secara rasmi digelar sebagai ancaman strategik (strategic threat) kepada mereka.

Konsep ‘delegitimising’ terhadap Israel bukanlah perkara baru. Ia dikatakan bermula pada Sidang Sedunia Menentang Rasisma di Durban pada 2001, yang menghimpunkan 1500 delegasi kerajaan dan perniagaan di bawah naungan PBB.

Di dalam salah satu resolusi sidang tersebut, regim Zionis Israel digolongkan sebagai gerakan rasis, yang seterusnya mencetuskan idea yang membentuk pola pemikiran ‘delegitimising’ ke seluruh dunia.

Sentimen ini, walaupun kurang mendapat tempat di kalangan generasi tua, mudah untuk meresap ke dalam minda generasi muda yang hanya mengetahui peperangan melalui pembacaan buku sejarah dan aplikasi permainan komputer, tetapi tidak dapat menerima realiti berlakunya peperangan sebenar dalam dunia serba moden ini.

Palestin kini tidak berseorangan dalam menghadapi Israel dan sekutunya. Walaupun tidak dibantu jiran sebangsa dan seagama seperti Mesir, Jordan dan Arab Saudi, warga Palestin kini mampu menguntum senyuman kerana mendapat simpati dan sokongan dari seluruh dunia yang cintakan keamanan.

Sejauh mana dimensi baru ini mampu pergi bergantung kepada dinamika pola pemikiran generasi muda dunia.

Namun dunia menyaksikan bahawa ketakutan di pihak Israel bermakna, kemenangan bagi kemanusiaan dan keamanan.

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Al-Isra’: 1)

–HARAKAHDAILY 5/9/2014

*Syahir Sulaiman ialah Pengarah Kajian Polisi DPPM

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Doa Qunut Nazilah Untuk Umat Islam Yang DitindasAdakah Para Ulama Al-Azhar Gagal Mempraktikkan Al-Qur'an?
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2014/09/yahudi-menang-pertempuran-tapi-kalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saudi Tiada Tapi Wahhabi Ada Di Sidang Kemuncak Kl

Saudi Tiada Tapi Wahhabi Ada Di Sidang Kemuncak Kl

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 399 hits
Pada 2017 Soumaya Ghannoushi puteri kepada Rashid Ghannoushi watak di sebalik Parti Ennahda yang berjaya menempa kejayaan menguasai kerajaan di Tunisia mengarang suatu komentar yang agak berani Tulisan pendek Soumaya itu terbit di sebuah pl...
Punya Mobil Tapi Rumahnya Berstiker Keluarga Miskin

Punya Mobil Tapi Rumahnya Berstiker Keluarga Miskin

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 316 hits
Potret keluarga yang memiliki kemewahan namun rumahnya ditempeli stiker Keluarga Miskin ada di Sragen Stiker itu kontras dengan rumah mereka yang kokoh dan mulus serta mobil pribadi di halaman Sebuah mobil Toyota Rush berwarna silver metali...
Walaupun Mak Ayah Mampu Tapi Tak Salah Ajar Anak Hidup Susah Dan Sederhana

Walaupun Mak Ayah Mampu Tapi Tak Salah Ajar Anak Hidup Susah Dan Sederhana

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 433 hits
Musim persekolahan semakin dekat Mak ayah pun dah mula beli persiapan persekolahan anak anak Dari baju kasut sampailah beg sekolah Mak ayah punya pilihan sama ada mahu beli barang sekolah anak yang mahal atau sebaliknya Guru ini Noraniza Ab...
Tak Berhijab Tapi Jual Tudung Saya Malu

Tak Berhijab Tapi Jual Tudung Saya Malu

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 228 hits
Hampir dua tahun membuat keputusan untuk berhijab namun ramai tidak tahu pelakon Fouziah Gous sebenarnya pernah menjalankan perniagaan jual tudung secara online The post appeared first on
Campur Air Wiper Dengan Sabun Cuci Pinggan Hasil Lebih Memuaskan Tapi Perlu Tahu Caranya

Campur Air Wiper Dengan Sabun Cuci Pinggan Hasil Lebih Memuaskan Tapi Perlu Tahu Caranya

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 758 hits
Jika kekotoran yang melekat pada cermin kereta anda pastinya melihat beberapa jenis pencuci cermin kereta yang dijual khas di kedai aksesori kereta Ia bertujuan supaya kekotoran itu tidak melekat pada cermin kenderaan anda Cara yang biasa d...
Elaun Menteri Menteri Banyak Tapi Kenapa Elaun Kritikal Penjawat Awam Akan Dimansuhkan

Elaun Menteri Menteri Banyak Tapi Kenapa Elaun Kritikal Penjawat Awam Akan Dimansuhkan

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 497 hits
Dikalangan netizen sekarang ni sedang hangat perdebatan tentang isu elaun elaun yang diberikan kepada menteri menteri yang tak la masuk akal jumlahnya dan apatah lagi sekarang isu elaun krikital penjawat awam akan dimansuhkan Semua orang te...
Walaupun Pil Perancang Banyak Kelebihan Tapi Jangan Suka Suka Telan Minta Nasihat Doktor

Walaupun Pil Perancang Banyak Kelebihan Tapi Jangan Suka Suka Telan Minta Nasihat Doktor

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 426 hits
Dengar sahaja pil perancang pasti kita terfikir tentang mencegah kehamilan semata mata Sebenarnya pil perancang tak mencegah kehamilan je banyak lagi kelebihan yang lain yang mungkin kita tak tahu Kelebihan pil perancang selain mencegah keh...
Bangunan Ni Condong Tapi Bukan Nak Runtuh

Bangunan Ni Condong Tapi Bukan Nak Runtuh

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 487 hits
Nampak condong bangunan di Jalan Conlay Kuala Lumpur ini menjadi buah mulut warganet sejak ia tular Ramai yang berasa risau dan takut kerana menara kediaman tersebut nampak condong dan seakan tidak kukuh Namun sebenarnya ia merupakan reka b...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos