Saudi Tiada Tapi Wahhabi Ada Di Sidang Kemuncak Kl




Pada 2017, Soumaya Ghannoushi puteri kepada Rashid Ghannoushi, watak di sebalik Parti Ennahda (francais Ikhwanul Muslimin) yang berjaya menempa kejayaan menguasai kerajaan di Tunisia mengarang suatu komentar yang agak berani. Tulisan pendek Soumaya itu terbit di sebuah platform media bernama Arabi21
Ketika itu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain sedang membuat musuh terhadap Qatar (sebuah negeri Wahhabi di Timur Tengah). Mereka mengepung Qatar. Salah satu tujuan sekatan inisiatif Saudi tersebut ialah agar Qatar menekan Ikhwanul Muslimin
Soumaya berterus-terang sahaja dalam rencana ringkas beliau itu. Seruan Soumaya dalam karangan berbahasa Arab tersebut mengandungi satu mesej untuk Ikhwan: Merdekakan diri kamu dari Wahhabisme habis-habisan. Soumaya menegaskan Wahhabi mempengaruhi umat Islam kepada satu gejala buruk; keganasan, dan sektarianisme
Sebelum kita memahami keberanian dan kebijaksanaan di sebalik Sidang Kemuncak 2019, kita perlu meninjau kembali bagaimanakah Ikhwanul Muslimin sampai terjerat dengan jerutan Saudi ini? Ini kerana kegusaran dan seruan Soumaya itu bersebab sekali: Ikhwan perlu membersihkan diri daripada Wahhabi
Kita perlu menjejak kembali ke era 1960an-70an. Semasa itu terdapat persaingan antara Saudi dan Mesir yang masing-masing cuba menjadi jaguh
Raja Faisal bin Abdulaziz Al Saud (1964-1975) mempelopori Pan-Islamisme untuk mengatasi Pan-Arabisme yang dijual Mesir. Ikhwanul Muslimin yang diasaskan pada 1928 menolak gagasan Presiden Gamal Abdel Nasser tersebut. Hal ini dapat difahami memandangkan Ikhwan mempunyai tujuan akhir untuk menjadikan Islam sebagai tunjang serba-serbi kehidupan; khusus dalam politik, dan itu hanya dapat dilakukan dengan menjatuhkan rejim sedia ada
Akibat daripada impian ini tidaklah sederhana. Begitu ramai anggota Ikhwan ditangkap dan dihukum bunuh, termasuklah selebriti dakwah – Sayyid Qutb
Pun adiknya, Muhammad Qutb berjaya melarikan diri ke Saudi, dan mulai mengajar di Universiti Raja Abdul Aziz. Di situ beliau menebar idea mengenai jahiliah moden dan ia mengisi benak semua Islamis di mana jua pun, termasuk Malaysia. Mahathir malah pernah digelar Firaun
Perhatian Saudi kepada Pan-Islamisme itu dan layanannya terhadap anggota Ikhwan dengan segera menarik minat pelbagai lapisan umat Islam. Serta-merta, kesetiaan melampaui trans-nasional, khususnya dari anggota Ikhwan, berjaya dipukat Saudi dengan mudah
Kebetulan masalah paling menyengat di Saudi tatkala itu ialah kekurangan guru dan pensyarah. Maka penghijrahan besar anggota Ikhwan ke Saudi memberikan kelegaan buat krisis pendidikan Saudi yang memang memerlukan bantuan tenaga pengajar
Menjelang itu Raja Khalid bin Abdulaziz Al Saud (1975-1982) semakin giat menawarkan pekerjaan kepada anggota Ikhwan. Khusus di universiti. Muhammad Qutb antara lain mengajarkan Osama bin Laden, dan ramai lagi pembangkang termasuk Safar al-Hawali.
Saudi membiarkan gerakan Ikhwan ini memandangkan gagasan ini memang melakukan satu kerja untuk mereka; memadamkan legasi Nasser, selain memenuhi agenda polisi luar Saudi yang ingin meraih perhatian menerusi projek Pan-Islamisme
Tanpa disedari Ikhwan dan Saudi bergotong-royong dan bahu-membahu. Perlahan-lahan Wahhabisme meresap dalam benak anggota Ikhwan. Malah Saudi mulai dilihat sebagai pembela Islam dan jagoan
Proses pembudayaan dan hibridisasi Ikhwan sebagai Wahhabi (untuk menghindari dikecam, kata Wahhabi kemudian diganti dengan Salafi) berlaku giat
Maka bermulalah apa yang dinamakan “political Islam” dengan gagasan “Sahwa Islamiyya” (kebangkitan Islam). Hal ini disemarakkan oleh ulama Saudi yang menentang monarki dan melarikan diri ke Jordan
Di sini mereka bertugas di universiti dan Malaysia pula menghantar ramai pelajar ke negara ini. Wahhabisme 2 kutub bersilang mencambah merata
Untuk keadilan dalam hujah, Ikhwan “bercerai” dengan Saudi apabila Krisis Teluk Ke-2 tercetus pada 1990-91 di mana Riyadh mengizinkan kehadiran tentera Amerika Syarikat di Semenanjung Arab demi memerdekakan Kuwait dari penaklukan Iraq
Keberadaan AS ini direstui oleh ulama Saudi dengan alasan-alasan maqasid. Mudarat kecil, kononnya. Namun, ia menimbulkan kejengkelan ramai. Ini membawa natijah kaum Islamis bercempera untuk mencabar Saudi. Ini termasuklah kelompok Ikhwan, yang menolak persekongkolan tersebut
Soumaya melihat kecintaan terhadap Saudi mungkin berakhir, tetapi Wahhabisme sudah berakar kukuh dalam sarwa pandang Ikhwan. Malah kehendak Ikhwan dan gerakan Islam sewaktu dengannya untuk berkuasa di negara umat Islam semakin mendahaga
Pertemuan Wahhabisme dan Ikhwanul Muslimin selama lebih 2 dekad itu tidak mudah dicairkan. Persenyawaan tersebut begitu melekat. Ia menjadi semarak dan mengental, malah menerbitkan janin, bayi, remaja dan orang dewasa yang sudah mendarah daging Wahhabi dalam jiwanya
Setelah beberapa lama, Qatar yang juga sebuah kuasa Wahhabi mulai menjadi tumpuan Ikhwan. Doha tanpa segan silu mulai menanggung dan menaja Ikhwan dengan bergaya
Emir Qatar diketahui simpatetik kepada Yusuf al-Qaradawi, ulama Mesir yang juga rujukan kerohanian Ikhwan. Qaradawi menetap di Qatar sejak 1961. Manakala stesen televisyen Al Jazeera menyediakan wadah yang ampuh agar Ikhwan dapat terus mempromosi ideologi mereka
Pun, Qatar juga mempunyai alasan lain untuk berbaik dengan Ikhwan. Oleh Arab Spring; Mesir (buat seketika bawah Morsi) dan Tunisia jatuh ke tangan Islamis dan mungkin saja menempa masa depan yang cerah. Qatar perlu menjinakkan Ikhwan dengan waspada memandangkan Ikhwan di Qatar bubar sejak 1999
Kemanjaan Ikhwan dan Qatar membuatkan Saudi meluat. Maka tidaklah menghairankan apabila Saudi memutuskan untuk melakukan sekatan terhadap Qatar pada 2017. Salah satu daripada 13 permintaan Saudi kepada negara jirannya itu adalah “memutuskan semua hubungan dengan organisasi pengganas, khususnya Ikhwanul Muslimin.”Di tengah-tengah itu terdapat Turki yang kasih akan Morsi, justeru Ikhwan. Erdogan juga mempunyai hubungan yang tegang-kendur dengan Saudi. Bekas kuasa Uthmaniyah itu juga teringin menjadi jagoan dunia Islam dan tidak mudah membiarkan Saudi berwewenang
Terdapat pula Iran, meskipun punya masalah sendiri seperti sekatan ekonomi dan keresahan rakyatnya, Iran memilih dengan bijak untuk menjaga hubungan kejiranannya dengan Turki mahupun Qatar. Ini tambah membuatkan Saudi kemurungan. Iran memang musuh Saudi, kerana apalah hidup Wahhabi kalau tidak menindas dan menyorakkan Syiah
Di satu sisi yang lebih menyakitkan hati kita sebagai Sunni adalah Saudi galak mengebom Yemen, mencengkam Pakistan, menyeligi Sheikh Nimr dan mencincang Jamal Kashoggi
Sidang Kemuncak KL 2019 hadir di tengah semua latar kompleks ini. Malaysia, sebuah negara Sunni kecil dengan bersahaja mengatakan “Yalla, pergi diam di sana Saudi”. Negara penaja Wahhabi itu rasa terusir
Makanya kehadiran Qatar, Turki, dan Iran di Kuala Lumpur pada penghujung 2019 bukan sesuatu yang sederhana. Ia merupakan satu pilihan yang berlapis makna. Tentu Saudi marah dan geram. Qatar ada kemampuan ekonomi setara Saudi, Turki ada kelebihan diplomasi sementara Iran ada kekuatan teknologi meskipun disekat sana sini
Tak mengapa Pakistan tidak hadir kerana diancam Riyadh, ini kerana Pakistan (selepas perdana menteri Benazir Bhutto) hanya memiliki kekuatan sperma, iaitu umpama buih dan busa yang banyak di samudera
Sidang Kemuncak 2019 jika dipupuk bisa garang. Malah bisa menerjang. Pilihan Malaysia untuk melakukan ini tanpa Pertubuhan Kerjasama Islam yang digerhanai Saudi sangat-sangat berani dan terpuji
Akan tetapi, nanti ya; sayugia diingatkan, masih terdapat anggota Ikhwan yang diselaputi Wahhabisme, itu terdapat turun-temurun dalam risalah usrah mereka. Doktrin tauhid nan 3 misalnya. Atau tafsiran kafir. Itu masih ditamrinkan
Anggota Ikhwan dengan tubuh lain atau busana berbeza ini kini ada yang menjadi Jemaah Menteri di Malaysia. Ada yang sudah menguasai pemerintahan dalam kerajaan Pakatan Harapan. Inilah peri penting amanat, kekhuatiran dan rayuan Soumaya itu bersebab sekali: Ikhwan perlu membersih diri daripada Wahhabi. Takut-takut ada Ikhwan yang masih boleh dieksploitasi
Bukan itu sahaja, watak-watak Wahhabi yang berlindung di Malaysia sedang menaik, dan tokoh agama Wahhabi yang menyamar Kaum Muda juga turut memainkan peranan. Kumpulan yang masih berkarat Wahhabi dalam kepala otak mereka ini dan agamawan yang masih menerima bekalan petro-dollar Saudi ini selamba menyusup masuk dalam Sidang Kemuncak KL 2019. Katanya ada yang diundang bercakap
Saudi mungkin tiada, tetapi Wahhabi tetap ada. Ini kerana persetubuhan lama itu sudah mencambah macam-macam rupa keturunan. Oleh sebab sejarah Wahhabi yang mudah menukar pelbagai rupa, kita tidak tahu apakah kehadiran mereka ini – kumpulan Wahhabi bersembunyi – sebenar berkat atau sesial mudarat
Selamat kiranya mereka yang duduk di kerusi keselamatan negara memerhatikan kumpulan kecil ini. Satu kecuaian akan membawa padah. Ini kerana Malaysia sudah terlanjur mengejek Saudi mandul. Arab padang pasir mudah terasa. Mereka akan bertindak. Untuk melakukannya, Wahhabi yang sedia ada di negara ini akan menjadi juak rahsia mereka. Mereka musuh dalam selimut
Satu yang akan menjadi sentuhan lembut kaum Sunni kita adalah Haramain; iaitu Mekah dan Madinah, yang sampai hari ini ditakluk kaum Wahhabi dan Bani Saud
Malang, 2 tanah suci itu akan menjadi tebusan. Kita mungkin akan akhirnya terpaksa melupakan apa yang disemai di Sidang Kemuncak 2019 bila terkenangkan Kaabah dan jasad Rasulullah. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/12/saudi-tiada-tapi-wahhabi-ada-di-sidang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Kemuncak Kl Tanda Terlerainya Cengkaman Saudi Ke Atas Dunia Islam

Sidang Kemuncak Kl Tanda Terlerainya Cengkaman Saudi Ke Atas Dunia Islam

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 297 hits
Dengan menganjurkan Sidang Kemuncak KL walau ditekan Saudi Dr Mahathir Mohamad nampaknya ingin memanfaatkan kekuatan teknologi diplomasi dan kewangan Iran Turki dan Qatar KUALA LUMPUR Sidang kemuncak negara negara Islam di Kuala Lumpur baru...
Sidang Kemuncak Kuala Lumpur

Sidang Kemuncak Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 308 hits
PENGHARAPAN YANG SANGAT BESAR UNTUK FAEDAH ISLAM Dikatakan bahawa SIDANG KEMUNCAK KUALA LUMPUR untuk mendaulatkan berbagai bagai perkara tentang islam disambut dengan baik SIDANG KEMUNCAK KUALA LUMPUR menjadi tumpuan ummah yang sentiasa men...
Saudi Tak Puas Hati Dr M Anjur Sidang Dihadiri Musuh

Saudi Tak Puas Hati Dr M Anjur Sidang Dihadiri Musuh

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 389 hits
Dr Mahathir Mohamad menghadapi tekanan Arab Saudi kerana menganjurkan persidangan pemimpin pemimpin Islam yang dianggap Riyadh sebagai usaha melawan perikatan pro Washington yang terbina sejak 3 tahun lalu FMT difahamkan dalam perbualan den...
Sidang Kemuncak Kl Persidangan Negara Negara Islam Di Malaysia

Sidang Kemuncak Kl Persidangan Negara Negara Islam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 337 hits
Pentas Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 merupakan persidangan pertama dianjurkan Malaysia bagi mengetengahkan isu isu hal ehwal umat Islam dengan para peserta berusaha menentukan hala tuju dunia Islam Pandangan terarah kepada perbincangan ...
Menjelang 2020 Nak Kurus Tapi Malas Workout 4 Benda Ni Apa Yang Korang Perlukan

Menjelang 2020 Nak Kurus Tapi Malas Workout 4 Benda Ni Apa Yang Korang Perlukan

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 573 hits
Apa azam tahun baru korang Ada yang nak kurus Atau dah bahagia dengan bentuk badan sekarang Setiap kali nak tiba tahun baru ramai yang tanam hasrat untuk jadi lebih baik daripada tahun ni Azam yang paling popular setiap kali menjelang tahun...
Dekan Umb Sebut Anak Stres Bukan Karena Un Tapi Persepsi Salah Tentang Kecerdasan

Dekan Umb Sebut Anak Stres Bukan Karena Un Tapi Persepsi Salah Tentang Kecerdasan

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 228 hits
Dekan Fakultas Psikologi Universitas Mercu Buana Muhammad Iqbal mengatakan sikap yang menilai kecerdasan anak hanya dari nilai dan keberhasilan dalam UN Padahal ujian semacam UN hanya menilai sejauh mana anak itu menangkap kurikulum
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization