Yadim Guna Kepakaran Zakir Naik Sebar Dakwah Islam
 Zulkifli Mat Rawi
 Cyberjaya – Yayasan Dakwah  Islamiah Malaysia (Yadim) akan mengunakan kepakaran Dr Zakir Naik untuk  manyampaikan dakwah di negara ini.
Menurut Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan semua daei muda yang  dilantik oleh yayasan tersebut akan mendapat sentuhan dari Dr Zakir bagi  memastikan usaha dakwah dapat dikembangkan melalui teknologi digital.
“Saya telah berpeluang untuk berkomunikasi dengan Dr Zakir Naik dan  dia menceritakan pengalaman membangunkan saluran Youtube sehingga  berjaya ditonton ratusan juta.
“Kita akan mempelajari teknik dan skill yang ada pada beliau,  Insyallah Daei muda yang telah kita sediakan melalui program sebelum ini  akan mendapatkan sentuhan daripada Dr Zakir dalam menyampaikan dakwah,”  katanya melalui satu rakaman temubual bersama portal Sinar Online.
Nasrudin turut menjelas, YADIM akan mewujudkan satu saluran media  khusus bagi menyampaikan dakwah serta mengkis fitnah yang berkaitan  Islam.
“Yadim akan membangun saluran dakwah di media sosial seperti  Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube kerana kita mahu daei ini  berperanan untuk menyampaikan Islam kepada warga Siber.
“Dalam masa yang sama mereka akan menangkis fitnah kerana kita tahu  dalam media sosial ia menjadi laluan yang cukup luas kepada para  pemfitnah,” tegasnya lagi.
Hujung tahun lalu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy  bersama beberapa pimpinan DAP bertegas dengan pendirian untuk menggesa  kerajaan menghalau Dr Zakir keluar dari negara ini.
Sementara itu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berkata,  Dr Zakir sewajarnya menghargai usaha kerajaan yang melindunginya  daripada Kerajaan India, bukan menimbulkan masalah kepada Pakatan  Harapan (PH) dan rakyat Malaysia. SuaraTV

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/yadim-guna-kepakaran-zakir-naik-sebar.html