Ya Allah Ya Tuhan Kami Jagakan Ustaz Ebit Lew Untuk Kami



Assalamualaikum 



Hampir masuk ke minggu ke empat Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Terima kasih kepada semua yang ikut saranan untuk kekal duduk di rumah dan pada yang masih degil mohon kerjasama untuk ikut arahan tersebut. Kita melawan wabak yang tidak kelihatan di mata kasar kita iaitu COVID 19. 
Ramai tidak dapat pergi ke kerja, ramai yang tidak dalam melaksanakan aktiviti seharian seperti dulu.
Sabar,
Sama-sama kita melawan wabak tersebut. 
Dalam kegusaran melanda tentang wabak ini , aku sangat tersentuh dengan apa yang dilakukan oleh seorang insan berhati mulia ini. Teringat pula kisah Saidina Umar yang turun melihat rakyatnya mendengar denyut nadi rakyatnya. 
Kita telah biasa membaca kisah Saidina Umar bin Al-Khattab r.a ketika menjadi khalifah (pemimpin negara) dengan seorang ibu miskin yang hanya memasak batu kerana anaknya kelaparan.Tetapi pernahkah kita (yang menjadi pemimpin) ambil pengajaran dari kisah tersebut?

Saidina Umar r.a seorang yang bekerja keras dan teliti kerana beliau seorang hamba Allah yang sejati.Seorang khalifah (pemimpin negara) mestilah mengambil berat tentang umat Islam di dalam negaranya, seperti seorang ayah yang mengambil berat tentang anak-anaknya.


Saidina Umar r.a. cuba sedaya upaya untuk berbuat demikian.Di waktu siang pula beliau biasanya bekerja di rumah.Di waktu malam pula beliau sering keluar melakukan rondaan ke bandar Madinah dan kawasan persekitaran untuk melakukan siasatan sendiri


Beliau ingin mengetahui keadaan sebenar rakyat jelata dibawah kerajaan pimpinannya serta membantu setiap orang yang memerlukan bantuan.Pada suatu malam, Umar r.a dan pembantunya Aslam telah keluar menyamar dan membuat rondaan ke suatu tempat bernama Harrah.
Tiba di satu tempat di sebuah rumah kecil yang usang di pinggir desa, Umar dan Aslam mendapati ada seorang wanita dan beberapa orang anak yang sedang menangis kelaparan.Kelihatan seorang ibu yang dikelilingi anak-anaknya sedang memasak sesuatu di dalam periuk...

Wanita itu kelihatan sangat sedih manakala anak-anaknya kelihatan sangat lapar.Sadina Umar r.a melihat terdapat sebuah periuk yang sedang menyala api di bawahnya

Fikirnya tentu ada makanan di dalam periuk itu dan sudah tentu wanita itu akan menghidangkannya dan anak-anak itu akan berhenti menangis.Walau bagaimanapun, setiap kali anaknya menangis, si ibu akan berkata “Tunggulah sebentar,.... makanan ini sedang ibu masak...”
Saidina Umar memerhati dari jauh dan berasa hairan kerana ucapan tersebut diulangi beberapa kali...walaupun si ibu telah memasak untuk tempoh masa yang agak lama....

Sadina Umar r.a. melihat dan menunggu sementara isi di dalam periuk itu terus mendidih tetapi wanita itu masih tidak memberikan anak-anaknya makan. Akhirnya beliau menjadi hairan. Wanita tersebut telah mengungkit-ungkit rasa tidak puas hati kepada Pemimpin Negara (Umar r.a) kerana tidak membantunya

Saidina Umar memberanikan diri untuk menyiasat perkara tersebut,...Beliau memberi salam dan meminta izin untuk memasuki rumah itu...

Lalu dia bertanya kepada ibu tua itu, “ Mengapa anak-anak ibu tidak berhenti menangis ?..”
Dia memberitahu Saidina Umar r.a. yang mereka menangis kerana lapar

“Mengapa tidak diberikan makanan yang ibu masak dari awal tadi ? ” ...Umar r.a. bertanya
'Tidakkah makanan dalam periuk itu sudah masak?' tanya Saidina Umar r.a.lagi
Wanita tersebut menerangkan bahawa dia tiada makanan untuk memberi makan pada anak-anaknya.Wanita itu menghampiri Saidina Umar r.a dan berbisik ke telinganya,
"Jangan beritahu mereka yang tidak ada makanan pun di dalam periuk itu, kerana saya tidak mempunyai wang untuk membelinya

“Sebenarnya tidak ada makanan di dalam periuk itu....Periuk itu hanya berisi batu untuk mendiamkan anak-anak saya....tetapi anak-anak saya fikir tentu ada makanan di dalam periuk.Mereka sekarang kelaparan tetapi saya terus menunggu hingga mereka letih, mereka tentu akan tertidur.Kemudian mereka akan terlupa rasa lapar.Biarlah mereka fikir bahawa saya sedang memasak makanan...dan saya berharap supaya mereka akan berhenti menangis kerana keletihan dan tertidur...

ulangi ibu tua itu sekali lagi. Hanya dengan merebus batu dalam air dapat menenangkan anak-anaknya, dengan harapan agar nanti dapat makan apa yang dimasak oleh ibunya. Sehinggalah anak-anak itu tertidur

Setelah anak-anaknya tidur, wanita itu menerangkan kepada Saidina Umar r.a yang suaminya baru sahaja meninggal dunia. Itulah sebabnya dia tidak mempunyai duit untuk membeli makanan

Malangnya orang yang menguruskan Baitul Mal tidak tahu akan kesusahan yang ditanggung oleh wanita itu. Jika mereka tahu, tentunya mereka akan menolong

“Apakah ibu sering berbuat begini ?” Tanya Umar ingin tahu

“ Benar,... Saya hidup sebatang kara.... tidak memiliki saudara-mara dan suami tempat bergantung.” Jawab ibu tadi dengan nada kesal sambil berusaha menyembunyikan keperitan hidupnya

Kemudian,Saidina Umar r.a, yang merasa kasihan dengan wanita miskin itu berkata: "Kenapa ibu tidak adukan perkara ini kepada khalifah? Bukankah beliau boleh membantu dengan memberikan wang dari Baitulmal ?... dengan cara itu akan dapat membantu meringankan kehidupan ibu dan anak-anak.” nasihat Umar..

"Aku seorang perempuan" jawab wanita itu

“ Khalifah telah berbuat zalim pada kami anak-beranak…” kata si ibu lagi
Terkejut Saidina Umar mendengarkan ucapan Ibu tua itu tadi,
“ Bagaimana khalifah telah berbuat zalim pada ibu ?...terangkan kepada saya.. ” Saidina Umar ingin tahu

“ Saya sangat kesal dengan pemerintahannya.... Beliau seharusnya melihat keadaan rakyatnya dalam kehidupan nyata,..... terdapat ramai lagi orang yang senasib dengan saya...”
Umar langsung menangis teresak esak mendengar keluhan wanita tersebut sehingga airmata beliau membasahi jubahnya
Selesai mendengar cerita sedih wanita tersebuat, beliau terus bingkas bangun keluar daripada rumah wanita miskin tersebut dan berlari ke Baitul Mal dan memasukkan tepung, daging dan gula ke dalam sebuah karung

Sebaik sahaja beliau hendak membawanya balik kepada wanita itu, salah seorang suruhannya menawarkan diri untuk membawakan karung itu

"Biar aku sendiri yang membawa karung ini." kata Saidina Umar r.a

"Adakah engkau sanggup memikul dosa-dosaku di akhirat kelak?"
"Di hari pengadilan nanti engkau tidak akan dapat memikul bebanan-bebanan aku, jadi tidak ada sebab kenapa engkau mesti membawanya hari ini."sambungnya lagi

Khalifah memikul karung yang sarat berisi makanan itu ke rumah wanita tersebut. Bila beliau sampai, beliau sendiri yang memasakkan makanan untuk anak-anak itu dan malah beliaulah yang memberi mereka makan. Ibu tua tersebut menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Saidina Umar r.a

Sebaik sahaja beliau hendak meninggalkan rumah itu, wanita itu berkata kepadanya,
"Engkaulah yang sepatutnya menjadi khalifah, bukannya Umar r.a.. Engkau baik, murah hati dan faham perasaan orang. Itulah sepatutnya yang ada pada seorang khalifah (pemimpin negara)."
Dia tidak tahu bahawa yang menolongnya itu adalah Khalifah Umar

ini adalah sedikit sedutan kisah Saidina Umar dan kisah di dunia nyata, aku sangat terinspirasi dengan seorang hamba ALLAH yang dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew.


Siapa Ebit Lew ? 
Sedikit latar belakang tentang beliau , nama penuh beliau adalah Ustaz Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau.Mempunyai 12 orang adik beradik, 6 budda dan 6 islam. Beliau ada seorang berbangsa cina dan Ayahnya juga berbangsa Cina. Baca lebih lanjut di sini 
Aku kagum dengan Ustaz Ebit Lew hospital di bantu ,orang susah di bantu tanpa mengira bangsa dan agama.




Untuk mak cik yang pernah viral ini membuatkan aku mengalir air mata.. Ya Allah. 


Ustaz Ebit Lew bantu tanpa mengira agama dan bangsa, Aku sangat mengagumi peribadi ustaz yang lembut tutur bahasanya dan budi pekertinya.Setiap nasihatnya seperti pisau yang membelah secara halus. Lembuh tapi tajam tetapi kita boleh menerima nasihat ustaz. Aku mengikuti kegiatan ustaz sejak dulu lagi. Memang aku kagum.


Kalau di tanya mungkin kita tidak bisa seperti ustaz tapi ada yang boleh yang kita lakukan. 

Pertama : Berdoa 
kedua : sama-sama bantu ustaz dengan menyalurkan derma 




Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376


Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan, dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan, dan yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati. Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hamba-hambaMu, maka anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan dicontohi oleh anak-anak kami, tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa benci, hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami Yang Maha Pengampun, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan orang-orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan. Berkatilah segala ilmu yang telah Engkau pinjamkan, keluarkanlah kami daripada lembah kejahilan dan kegelapan kepada daerah cahayaMu dan ilmu pengetahuan.

 Ya Allah, Ya Tuhan Kami, permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima oleh Mu, ya Allah.

 Ya Allah, Ya Tuhan Kami  permudahkan urusan Ustaz Ebit Lew dan dilimpahkan rezekimu untuk beliau membantu orang yang dalam kesusahan. Berikan kesihatan yang baik untuknya dan kebahgiaan di dunia dan di akhirat.
Amin 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.akupenghibur.com/2020/04/Ya-Allah-Ya-Tuhan-Kami-Jagakan-Ustaz-Ebit-Lew-Untuk-Kami.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+JomSenyumBersamaAkuPenghibur+%28Jom+Senyum+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Moga Allah Beri Kekuatan Kepada Ustaz Ebit Lew

Moga Allah Beri Kekuatan Kepada Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 392 hits
Baru baru ini hangat diperkatakan apabila ada beberapa pihak seolah tidak berpuas hati dengan kerja kebajikan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew Lebih sebak apabila pendakwah berbangsa Cina itu tampil memohon maaf jika ada kurang senang den...
Jangan Patahkan Semangat Ustaz Ebit Lew

Jangan Patahkan Semangat Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 601 hits
Dalam keadaan krisis hari ini kita nampak ada banyak pihak tidak kira kerajaan NGO persatuan termasuk orang perseorangan yang prihatin membantu insan kurang bernasib baik Setiap bantuan besar mahu pun kecil sekurang kurangnya dapat memberi ...
Ustaz Ebit Lew Menangis Berbelas Anak Tak Sekolah Tinggal Dengan Atuk Yang Diserang Strok

Ustaz Ebit Lew Menangis Berbelas Anak Tak Sekolah Tinggal Dengan Atuk Yang Diserang Strok

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 363 hits
Siapa yang tidak kenal seorang insan yang berhati mulia seorang mualaf yang cekal memberi pertolongan kepada semua orang tidak kenal usia malah bangsa dan agama Ustaz Ebit Lew Melalui perkongsiannya di laman Facebook rasminya beliau berkong...
Di Sebalik Ujian Ada Rahmat Ustaz Ebit Lew

Di Sebalik Ujian Ada Rahmat Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 635 hits
Jarang saya menangis begini Betul betul rasa insaf dan bersyukur itu antara nukilan Ebit Lew setelah menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas dengan situasi penularan wabak Covid 19 Sejak perintah kawalan pergerakan mula dilaksanaka...
Ustaz Ebit Lew Singgah Klinik Kesihatan Pendang Kedah

Ustaz Ebit Lew Singgah Klinik Kesihatan Pendang Kedah

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 575 hits
Simpan sini kenangan dari kawan yang bekerja di sini rezeki dorang dapat kunjungan dariUstaz Ebit Lew Alhamdulillah Thank you Allah semoga ustaz Ebit Lew dan krew beliau sentiasa di bawah lindunganNya aamiin Pesanan atau nasihat yang ringka...
Sebak Ustaz Ebit Lew Bantu Mualaf India Oku Tidur Tepi Jalan

Sebak Ustaz Ebit Lew Bantu Mualaf India Oku Tidur Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 655 hits
Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew masih tegar meneruskan operasi kebajikannya yang banyak menumpukan kepada insan insan di jalanan Berdasarkan perkongsian terbaharunya di Facebook hari ini beliau menceritakan telah mendapat informasi daripa...
Saya Jahil Tak Pandai Saya Bukan Ustaz Ebit Lew Mohon Maaf

Saya Jahil Tak Pandai Saya Bukan Ustaz Ebit Lew Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 581 hits
Pendakwah bebas Ebit Lew pada malam Selasa telah mencoretkan ucapan maaf di laman sosial sosial Facebook nya Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan penceramah bebas Ustaz Ebit Lew antara yang aktif menghulurkan bantuan kepada orang...
Saya Bukan Ustaz Saya Hanya Seorang Lelaki Cina Yang Masih Belajar Tentang Islam Ebit Lew

Saya Bukan Ustaz Saya Hanya Seorang Lelaki Cina Yang Masih Belajar Tentang Islam Ebit Lew

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 596 hits
Malaysiakini Belajarlah melihat dengan cinta Pendakwah bebas Ebit Lew membuat permohonan maaf terbuka kepada pihak yang kurang senang dengan kerja amal yang dilakukannya ketika perintah kawalan pergerakan dilaksanakan Dalam satu hantaran ya...
Ustaz Ebit Lew Memohon Maaf

Ustaz Ebit Lew Memohon Maaf

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 419 hits
Tidak mahu perkara itu terus berlanjutan Ustaz Ebit Lew memohon maaf kepada semua pihak termasuk Lembaga Zakat Negeri Kedah serta berterima kasih kepada mereka Terima kaseh Lembaga Zakat Negeri Kedah yang selama ini membantu keluarga ini de...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa