Ya Allah Tolong Kami Selamatkan Soffea Berilah Peluang Untuk Dia Sihat Membesar


Tiada sesiapa pun nak anak yang dilahirkan sakit. Tapi jika itu dah ketentuan ilahi, siapa kita untuk menolak takdir ini. Hanya doa yang tak putus mohon Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk anak agar dipermudahkan segala urusan.
Seperti kisah suami isteri ini, kelahiran anak sulung yang dinanti-nantikan sebagai penghibur hati bertukar sedih setelah doktor mengesahkan bayi perempuan mereka mempunyai masalah jantung yang agak serius.
YA ALLAH..TOLONG KAMI SELAMATKAN JANTUNG BABY SOFFEA!
Pada 14hb April 2021, tanggal 2 Ramadhan telah lahir seorang bayi perempuan yang cukup comel. Usai diazankan, abi dan umi menamakan anak syurga cahaya mata pertama ini dengan nama seindah wajahmu, Nur Soffea Al Insyirah.

Sejurus dilahirkan, baby Soffea tak dapat bernafas dengan baik. Nurse yang menjaga perasan dada Soffea berombak kencang. Bacaan oksigen menunjukkan hanya sekitar 80 peratus sahaja. Soffea terus dipasangkan dengan alat “Headbox” dan bacaan oksigen terus dipantau rapi.
Masuk hari kedua kelahiran mu, Doktor Pakar Kanak kanak merasakan sesuatu yang tidak kena kerana oksigen masih juga tidak dapat diturunkan. Maka tubuh kecil Soffea dibawa untuk mendapatkan imbasan x Ray. Ketika itu, pakar kanak kanak merasakan mungkin ada jangkitan kuman sahaja pada paru paru Soffea.
Maka antibiotik dan oksigen terus diberikan. Umi menangis sebab harini umi dah boleh balik, tapi Soffea masih kena tahan di wad NICU. Umi pesan dengan baby Soffea supaya kuat dan jaga diri.
Umi balik dulu simpan tenaga. Doa umi tak pernah putus untuk Soffea. Susu umi akan pam nekad untuk Soffea agar dapat kuatkan antibody mu duhai anak. InshaAllah nanti abi dan umi datang ziarah Soffea lagi esok.
Menjelang hari ketiga, pakar kanak kanak Dr Francis merujuk kepada pakar jantung bayi iaitu Dr Chan. Doktor Chan ajak kami berbincang kerana setelah melakukan imbasan ECHO pada jantung baby Soffea yg kecil itu, Dr Chan dapati jantung baby Soffea dilahirkan dalam keadaan yang sangat istimewa.

Hampir semua saluran darah di jantung Soffea berada dalam keadaan terbalik, suatu keadaan yang dinamakan sebagai Transposition of Great arteries atau singkatannya TGA. Namun mujur ya dinding jantung Baby Soffea ada berlubang di bawah yang dinamakan VSD. Ini membolehkan sedikit darah bercampur dan dapat mewujudkan saluran “Bypass” ke seluruh anggota tubuh Soffea yang kecil. Tanpa lubang itu, seluruh darah tidak dapat dipam ke tubuh badan dan akan bertakung dalam paru paru sahaja.
Dr Chan menerangkan bahwa baby Soffea akan dihantar ke Institut Jantung Negara, IJN untuk pembedahan segera jika ingin terus hidup. Abi dan umi terdiam. Kami betul betul buntu dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Seumur hidup tidak pernah terlintas bahawa kami akan mendapat rahmat ujian seberat ini.

Dr Chan terus menerangkan bahawa buat sementara waktu ini, baby Soffea akan dirawat dengan rapi terlebih dahulu di NICU Hospital Sultanah Aminah sementara menunggu “list” IJN yang memang panjang.
Kami sekeluarga tetap terus berdoa. Setiap malam abi dan umi tidak dapat tidur lena memikirkan keadaan Baby Soffea. Solat hajat sepanjang masa untuk Baby Soffea kami laksanakan. Semoga keadaan mu kembali pulih wahai anak.
Sesampai di HSA, Dr pakar jantung kanak kanak memaklumkan kepada kami bahawa masalah pada jantung Soffea bertambah parah kerana lubang yang ada pada jantung Soffea, yang mana selama ini menjadi penyambung nyawa mu itu mulai semakin mengecil.
Ini memang lumrah kerana setelah bayi mula bernafas, lubang ini memang tidak lagi diperlukan supaya jantung bayi boleh berfungsi dengan normal.
Tapi tak cukup dengan itu, saluran darah di atas jantung Soffea yang dinamakan Aorta juga dilahirkan dalam keadaan yang sempit dipanggil Long Segment Coarctation of Aorta, sungguh Allah maha kuasa. Keadaan yang sungguh “rare” ini kata doktor Hanafi hanya satu dalam sejuta di Malaysia.
Allahuuu.. Sungguh dirimu begitu istimewa anakku.. Air mata umi dan abi menitis lagi..
Allah takdirkan anak pertama umi dilahirkan dengan sepenuh keajaiban.. Ujian dan cabaran ini sungguh adalah menjadi taklifan kepada umi dan abi untuk lebih menjadi hamba yang bertaqwa.
Setelah hampir dua minggu bertarung nyawa di NICU Hospital Sultanah Aminah, tanggal 28hb April 2021 bersamaan 16 Ramadhan, abi dan umi dimaklumkan jasad kerdil mu terpaksa di tidurkan kerana nafas mu semakin cepat. Tiub pernafasan terpaksa dipasang supaya dapat mengurangkan penatnya dada mu meminta secebis nafas.
SubhanAllah.. Abi dan umi menangis lagi… Baru semalam kami melihat mu berhenti menangis dan mencari suara umi. Umi panggil Soffea.. Soffea.. Soffea menoleh, terus berhenti menangis, Soffea tatap wajah umi.. Seolah hendak memberitahu Soffea rindukan umi.. Malangnya umi dari saat Soffea lahir belum pernah dapat memeluk mu dengan puas wahai anak..
Namun sungguh jiwamu seorang pejuang nak.. Baru dua minggu usiamu, pelbagai usaha dirimu lakukan untuk terus menjadi pengikat tautan hati abi dan umi.
Hari ini, umi dapat berita dari HSA juga mengatakan bahawa Soffea perlu cepat dilakukan pembedahan. Malangnya, “list” IJN terlalu ramai. Hanya satu cara ditawarkan sebagai penyambung talian hayat mu, abi dan umi harus membawa mu ke pakar jantung di Glenagles Ampang.

Sungguh berat ujian mu ini wahai Allah. Kami cuba kuatkan juga, walau terpaksa bergolok gadai. Sungguh kami bukanlah orang berada. Abi dan Umi akan cuba juga cukupkan rezeki kami agar dapat membiayai perubatan mu nak.
Kepada sesiapa yang membaca, tangan kerdil ini dihulur, sambil maaf dipohon andai karangan ini menjengah ke ruang layar anda.
Hanya doa yang kami pohonkan agar dapat menjadi penguat dan azimat semangat kami sekeluarga. Terima kasih semua. Jazakumullah kheiran jazak.
Kredit: Nur Afiqah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Ya Allah..Tolong Kami Selamatkan Soffea. Berilah Peluang Untuk Dia Sihat Membesar” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ya-allah-tolong-kami-selamatkan-soffea-berilah-peluang-untuk-dia-sihat-membesar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peluang Kerjaya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Peluang Kerjaya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 373 hits
Peluang Kerjaya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi jawatan Penolong Pemelihara Hutan Gred 29 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sedang membuka permohonan bagi jawatan ini secara dalam talian sehingga 3 Mei 2021 jam 11 ...
Real Madrid Akan Guna Jovic Untuk Cantas Peluang Man Utd Dapatkan Andre Silva

Real Madrid Akan Guna Jovic Untuk Cantas Peluang Man Utd Dapatkan Andre Silva

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 186 hits
Usaha Manchester United untuk memancing penyerang Eintracht Frankfurt Andre Silva nampaknya tidak mudah selepas Real Madrid menyatakan hasrat yang sama dan ternyata mempunyai peluang yang lebih besar Kelab La Liga berkenaan dilaporkan akan ...
Peluang Jana Pasif Income Setiap Hari Tanpa Perlu Menaja Sesiapa

Peluang Jana Pasif Income Setiap Hari Tanpa Perlu Menaja Sesiapa

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 356 hits
Jom Melabur Di Platform Pelaburan Terbaik Dan Selamat Bersama B4U Trades Investment Dari B4U Global MalaysiaPeluang Untuk Menjana Income Pasif Untuk Semua Tanpa Perlu Menaja Sesiapa Jika Mahu Menaja Juga Boleh Tak Ada Masalah Anda Dapat Bon...
Sekolah Ada Satu Kes Covid Akan Tutup 2 Hari Beri Peluang Sanitasi Elak Penularan

Sekolah Ada Satu Kes Covid Akan Tutup 2 Hari Beri Peluang Sanitasi Elak Penularan

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 260 hits
Sekolah yang disahkan mempunyai satu kes Covid 19 akan ditutup sekurang kurangnya dua hari Memetik laporan Sin Chew Daily Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon berkata pelajar yang terjejas ekoran penutupan tersebut akan berali...
Jangan Menghukum Penyokong Kena Bagi Peluang

Jangan Menghukum Penyokong Kena Bagi Peluang

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 200 hits
KuaIa Terengganu Berikutan aksi hambar dipamerkan penyerang utama Terengganu FC David Da Silva daIam dua aksi terakhir Liga Super ketua juruIatihnya Nafuzi Zain mengharapkan peminat setia skuad Penyu tidak menghukum penyerang import itu Seb...
Kerajaan Bazir Peluang Laksana Pembaharuan Ketika Darurat

Kerajaan Bazir Peluang Laksana Pembaharuan Ketika Darurat

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 250 hits
Kerajaan sepatutnya dapat menangani kesan buruk akibat penguatkuasaan darurat pada masa ini menerusi kepakaran untuk menguruskan ekonomi kata pakar ekonomi Muhammed Abdul Khalid Namun menurut Muhammed kerajaan Perikatan Nasional telah memba...
Hiburan Lancar Laman Web Sumbangan Zara Zya Buka Peluang Orang Ramai Hulur Derma

Hiburan Lancar Laman Web Sumbangan Zara Zya Buka Peluang Orang Ramai Hulur Derma

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 377 hits
Pelakon Zara Zya meluahkan rasa syukur apabila laman web ciptaannya Malaysia Prihatin yang bernaung di bawah pertubuhan Prihatin Tanpa Sempadan telah berjaya dilaksanakan sekaligus membuka peluang untuk orang ramai menghulurkan sumbangan ik...
Peluang Kerjaya

Peluang Kerjaya

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 279 hits
Tahun ni masuk tahun ke 8 aku ceburi diri dalam industri pelaburan Unit Trust Industri kewangan yang aku minat semasa awal awal mula bekerja Ye la masa
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport