Ya Allah Dr Morsi Telah Syahid Meninggalkan Kita Abdul Muein Abadi



1. Terkini dilaporkan bahawa Dr. Mohamed Morsi – Presiden Mesir yang sah dari Ikhwan Muslimin yang digulingkan oleh tentera pro-Israel pimpinan al-Sisi pada 2013 – telah syahid meninggalkan kita.

2. Beliau dilaporkan rebah dan pengsan sewaktu sesi perbicaraan di mahkamah dan disahkan meninggal dunia pada usia 67 tahun.

3. Sebelum ini banyak pemerhati antarabangsa mempersoalkan layanan ke atas beliau. Dr. Morsi dilayan dengan kejam di penjara Tora yang digelar penjara ‘Kala Jengking’ – malah hingga ke tahap di mana sebuah panel yang dinamakan Detention Review Panel (DRP) yang turut dianggotai para peguam dan ahli parlimen Britain mengecam kaedah tahanan ini yang dicela sebagai ‘di bawah tahap yang sepatutnya berdasarkan undang-undang antarabangsa’.



4. Melalui Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Dr. Morsi mengetuai Jemaah Ikhwan Muslimin memenangi pilihan raya presiden pada Jun 2012. Kerajaan Dr. Morsi dituduh hanya melantik anggota Ikhwan yang merupakan ahli politik FJP sahaja dalam kerajaan sedangkan sebenarnya Dr. Morsi telah melantik tiga orang wanita dan dua orang ahli politik Kristian ke jawatan utama pada Ogos 2012.

5. Ramai pihak menuduh kononnya Dr. Morsi tergesa-gesa dalam cubaan mereformasi angkatan tentera Mesir – contohnya tindakan beliau melucutkan kedudukan Panglima Mohamed Hussein Tantawi dan Leftenan Jeneral Sami Hafez Anan serta memecat Pengarah Perisikan Murad Muwafi.

6. Namun pada hakikatnya Dr. Morsi telah berusaha mengimbangi tuntutan tentera – langkah sama yang dilakukan Erdogan di Turki – termasuklah memberi pelbagai kelebihan kepada belanjawan dan syarikat milik tentera. Contohnya ialah pengecualian pemotongan subsidi minyak, imuniti daripada semakan dan kawalan belanjawan, dan juga autonomi sistem buruh yang diamalkan syarikat milik tentera Mesir.

7. Malah, tentera Mesir melalui SCAF juga menerima beberapa keutamaan dalam projek kerajaan seperti projek automotif Al-Nasr Automotive Manufacturing Company (NASCO) yang diserahkan kepada Kementerian Pengeluaran Pertahanan dan juga projek tablet ala-iPad Mesir, Inar yang diberi kepada Benha Electronics Company (Benha) yang sebahagiannya juga milik Kementerian Pengeluaran Pertahanan Mesir.

8. Kerajaan FJP pimpinan Dr. Morsi juga bertindak menghentikan rancangan penswastaan besar-besaran aset kerajaan – termasuklah syarikat-syarikat milik tentera Mesir. Selain itu, Dr. Morsi turut memberikan posisi yang tinggi kepada para pegawai tentera di Autoriti Terusan Suez, Pertubuhan Arab untuk Perindustrian, dan juga kedudukan di Kementerian Pertahanan – di samping berjanji mewujudkan kehadiran tentera Mesir di Sinai dan juga mempelbagaikan sumber persenjataan asing dan latihan buat tentera Mesir.

9. Walau bagaimanapun, kerajaan Dr. Morsi juga mengusahakan pengurangan monopoli tentera dalam projek berskala besar dan berimpak tinggi Mesir seperti dalam kes Projek Pembangunan Koridor Terusan Suez. Rancangan Dr. Morsi untuk menjadikan Terusan Suez sebagai hab logistik dan pusat pembuatan barangan berat global ini tentulah menarik firma-firma berkaitan tentera yang dominan di Mesir seperti kilang pembuatan menara, kotak gear, dan juga bilah fiberglass yang digunakan dalam turbin angin.

10. Namun begitu, kerajaan Dr. Morsi bertindak meletakkan posisi pembuatan keputusan tertinggi projek gergasi ini di tangan Timbalan Perdana Menteri yang melapor secara terus kepada beliau, sekali gus mengetepikan kedudukan dominan tentera Mesir. Langkah inilah sebenarnya yang membawa kepada rampasan kuasa tentera menjatuhkan kerajaan Dr. Morsi.

11. Mahkamah Tinggi Perlembagaan Mesir menjadi ancaman seterusnya yang berusaha menggugat kerajaan Dr. Morsi dahulu. Contoh yang paling nyata apabila ia bertindak membubarkan Dewan Perwakilan Rakyat yang dipilih rakyat pada Jun 2012 – sejurus sebelum Dr. Morsi memenangi pilihan raya Presiden dalam bulan yang sama. Pembubaran ini susulan kejayaan Ikhwan Muslimin melalui parti FJP menguasai majoriti kerusi parlimen pada waktu itu.

12. Kerajaan Dr. Morsi juga difitnah cuba menjadi diktator semata-mata kerana mengusahakan pemusatan kuasa eksekutif di tangan Presiden. Hakikat sebenarnya ialah langkah ini terpaksa diambil bagi melindungi proses penggubalan Perlembagaan Mesir agar selari dengan keseimbangan antara hak asasi manusia dan Syariah. Langkah ini jelas bersifat pencegahan kerana kuasa eksekutif yang kuat diperlukan untuk melindungi Perlembagaan daripada disabotaj para hakim pro-bekas diktator, Hosni Mubarak yang jelas menguasai Mahkamah Tinggi Perlembagaan Mesir.

13. Akibat pakatan tentera Mesir dengan firma-firma gergasi (yang sengaja menjahanamkan bekalan tenaga dan keperluan asas rakyat selepas kemenangan FJP pimpinan Dr. Morsi) serta media (seperti Nilesat yang menguasai satelit strategik dalam menyiarkan berita palsu dan fitnah), emosi sebahagian rakyat Mesir telah dibakar untuk sekali lagi berhimpun – kali ini memberi tekanan ke atas kerajaan Morsi agar meletak jawatan.

14. Sejarah menjadi saksi betapa akhirnya Dr. Morsi telah ditahan dan digulingkan oleh tentera Mesir di bawah al-Sisi – yang hari ini telah membawa kerosakan dahsyat ke atas kehidupan rakyat Mesir dan juga sistem politik mereka akibat ketiadaan ilmu pentadbiran dan juga kerakusan membolot hasil negara ke tangan kroni tentera.

15. Campur tangan asing juga jelas menjadi faktor besar dalam konteks politik Mesir ini – negara seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dikesan menyalurkan dana berulang kali kepada para jeneral tentera Mesir dalam merencana gerakan Tamarroud bagi menjatuhkan kerajaan FJP Dr. Morsi. Arab Saudi juga secara terbuka dinamakan sebagai antara perancang utama gerakan rampasan kuasa tentera ini dengan kerjasama erat Jeneral al-Sisi yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan.

16. Tidak menghairankan sama sekali apabila hanya seminggu selepas Dr. Morsi dijatuhkan, UAE telah menjanjikan sokongan sebanyak USD3 bilion manakala Arab Saudi pula menjanjikan USD5 bilion kepada rejim tentera Mesir pro-Israel pimpinan al-Sisi itu (UAE juga didakwa kerajaan AKP pimpinan Erdogan sebagai dalang rampasan kuasa Turki pada 2016).

17. Sesungguhnya kita kehilangan seorang tokoh Islamis yang bukan sahaja menghafal al-Quran dan cemerlang sebagai teknokrat kejuruteraan dengan PhD dari  University of Southern California, Amerika, serta berpengalaman diiktiraf NASA, tetapi juga pemimpin Mesir yang mampu menguatkan Ummah dan menggerunkan Zionis. Ayuh kita doakan semoga Allah gantikan kehilangan ini dengan pemimpin yang tidak kurang hebatnya.

Ya Allah! Kami sepenuhnya yakin dan percaya, kami ini milik Allah dan hanya akan kembali kepada-Nya. Duhai Allah! Berilah kami kebaikan untuk ujian yang kami terima, dan gantilah apa yang hilang dari diri kami dengan sesuatu yang lebih baik.

Al-Fatihah.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/06/ya-allah-dr-morsi-telah-syahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takziah Pemergian As Syahid Dr Morsi

Takziah Pemergian As Syahid Dr Morsi

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 236 hits
Kami mendapat perkhabaran sedih dan berdukacita di atas pemergian bekas Presiden Mesir Dr Mohamed Morsi selepas menghadiri perbicaraan mahkamah di Kaherah Kami menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada ahli keluarga Dr Mohamed Morsi serta...
Kita Sayang Kak Erra Fazira Kata Abby Abadi Allah Uji Sebab Sayang Menangislah Semahunya

Kita Sayang Kak Erra Fazira Kata Abby Abadi Allah Uji Sebab Sayang Menangislah Semahunya

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 627 hits
Kita Sayang Kak Erra Fazira Kata Abby Abadi Allah Uji Sebab Sayang Menangislah Semahunya Selain keluarga sahabat juga memberikan peranan besar dalam kehidupan apabila kita menghadapi sesuatu dugaan dalam kehidupan Pelakon Abby Abadi misalny...
Allah Uji Erra Sebab Sayang Ini Nasihat Padu Abby Abadi Selepas Perbalahan Antara Erra Dan Umie

Allah Uji Erra Sebab Sayang Ini Nasihat Padu Abby Abadi Selepas Perbalahan Antara Erra Dan Umie

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 455 hits
ISU membabitkan dua pelakon popular Erra Fazira dan Datin Seri Umie Aida turut menarik perhatian beberapa artis antaranya Abby Abadi Allah uji Erra sebab sayang Ini nasihat padu Abby Abadi selepas perbalahan antara Erra dan Umie
Keanehan Media Massa Mesir Saat Beritakan Meninggalnya Morsi

Keanehan Media Massa Mesir Saat Beritakan Meninggalnya Morsi

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 244 hits
Kematian mantan Presiden Mesir Mohammed Morsi menjadi sorotan berbagai media internasional sejak Senin 17 Juni 2019 Namun hal itu tak terjadi di media massa dan televisi Mesir
Menggetarkan Jiwa Ini 10 Pesanan Morsi Dalam Pidato Terakhir Sebelum Meninggal Dunia

Menggetarkan Jiwa Ini 10 Pesanan Morsi Dalam Pidato Terakhir Sebelum Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 582 hits
25 minit sebelum rebah Dr Morsi telah menyampaikan pidato yang menggetarkan jiwa ketika perbicaraan terakhir beliau yang disaksikan oleh beberapa wartawan Mesir yang berada di dalam mahkamah tersebut Antara perkara yang disampaikan dalam uc...
Mesir Lebih Selamat Tanpa Morsi

Mesir Lebih Selamat Tanpa Morsi

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 770 hits
Oleh Mohd Faizal SabhonAssalamualaikum semua 1 Saya tidak pernah berundur atau bergerak walau seinci untuk menyokong kebenaran walau tidak famous minoriti dan mungkin bakal menerima kritikan dan cacian pedas Tidak mengapa kerana kebenaran m...
Kematian Morsi Erdogan Janji Bawa Mesir Ke Mahkamah

Kematian Morsi Erdogan Janji Bawa Mesir Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 270 hits
Presiden Recep Tayyip Erdogan berikrar untuk cuba memastikan kerajaan rejim Mesir dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabngsa susulan kematian bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi Isnin lalu Mohamed Morsi jatuh di atas lantai di dalam mahkamah...
Morsi Diseksa Sebelum Meninggal Dunia

Morsi Diseksa Sebelum Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 356 hits
WASHINGTON Kematian bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi kelmarin amat menyedihkan apabila beliau didakwa meninggal dunia di dalam kandang tertuduh kalis bunyi yang direka bentuk untuk mendiamkannya Sepanjang enam tahun ditahan tokoh tertingg...
Profil Mohamed Morsi Pemimpin Pertama Dan Terakhir Demokrasi Mesir

Profil Mohamed Morsi Pemimpin Pertama Dan Terakhir Demokrasi Mesir

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 294 hits
Bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi yang berusia 67 tahun meninggal dunia di hospital Kaherah selepas rebah ketika sesi perbicaraan di mahkamah pada Isnin Beliau bercakap di hadapan hakim selama 20 minit kemudian menjadi sangat rancak dan re...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport