Ya Allah Cuainya Saya Beli Mainan Ni Saluran Usus Anak Bocor 4 Biji Magnet Berjaya Dikeluarkan


Anak-anak yang tertelan benda kecil/barang kecil antara tragedi yang sangat menakutkan untuk ibu bapa hadapi. Situasi ini kadang-kadang tidak disedari oleh ibu bapa sehinggalah anak mula lemah dan mengadu sakit di dalam perut.
Begitulah situasi ngeri yang dihadapi oleh Puan Abby apabila anak kecilnya tertelan mainan magnetic balls kepunyaan si abang. Lebih menyedihkan apabila si kecil terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan biji magnet tersebut. Puan Abby berkongsi pengalamanya dan berharap situasi ini tidak terjadi kepada ibu bapa lain.
Artikel Menarik: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak. Ini Apa Yang Boleh Dibuat

Assalamualaikum semua..terima kasih yang doakan anak saya… Hari kedua kat hospital, ni yang berlaku pada baby Ayfaa..

Ya Allah… Tak tau nak cakap macam mana.. semoga apa yang berlaku pada anak saya jadi peringatan buat semua ibu bapa.
Ini hasil X-ray dan ultrasound. ( Xray lebih jelas). Kelihatan 4 biji seperti manik size sebesar manik tudung tu je.. tapi yang menjadi sangat bahaya apabila biji magnet ni melekat pada dinding laluan tu.. macam terbelit usus. Boleh menyebabkan usus bocor/ luka.

Pada mulanya saya fikir keracunan makanan.. tapi baby tidak cirit-birit. Cuma muntah setiap kali makan atau minum. Doktor suspect sesuatu yang tidak baik sebab dalam darah sudah ada toksin..
Baby menangis sepanjang hari tahan senak perut agaknya. Usus pun dah mulai bengkak.. dah tak minum susu selama 4 hari, makan pun taknak..baby sekarang dalam pengawasan hospital untuk minor surgery esok in sha Allah ( 27/4/2021) untuk buang magnet.

Trauma dan fobia sungguh saya dengan benda ni.. bukan pada bayi sahaja.. jika org dewasa pun telan benda ni ..perkara sama juga boleh berlaku.. Ni permainan budak-budak sekarang.

Abangnya yang minta beli… ya Allah cuainya saya biarkan anak beli mainan mcm ni… sungguh, saya sesal sangat… Saya mohon doa sahabat semua doakan agar dipermudahkan dan kesembuhan buat anak saya ye.
Ini benda yg dikeluarkan. Magnet kecik melekat dua biji pada bahagian (a) dan dua biji pada bahagian(b)

Saluran usus telah bocor akibat daripada magnet ni menyepit saluran usus. (Tindakbalas asid perut)

Pembedahan amik masa dua jam tadi untuk keluarkan ini. Sekarang doktor akan pantau selama 2 hari lagi. Baby Ayfaa juga kena berpuasa lagi..Subuh tadi ayfaa masih boleh bercakap, merengek sakit.. tolong la ayfaa mama.. fa sakit perut.. tido pun tak nak baring. Dia hanya duduk tersengguk-sengguk.. bila baring dia kesakitan.

Sungguh … Sangat pilu hati saya.. tak sanggup tengok semua prosidur.. hanya suami yang mengiringi ke bilik bedah… Suami pun tak tahan , apatah lagi saya..
Terima kasih semua yang bertanya kabar, tak mampu saya balas dengan kata-kata setiap titipan doa kalian.. betapa saya saya sangat terharu…

Setakat sekarang.. ayfaa dalam keadaan baik. Dah mula sedar.. Harap perkara ini tidak berlaku pada anak-anak anda semua… Tolong la buang jauh jauh magnet atau apa saja object yang berkemungkinan anak ambik telan.

Terima kasih yang sudi aware tentang bahaya magnet ni.. tidak mudah untuk lalui, jika tiada kemudahan, anak belum pandai bercakap.. nak cari punca pun tak tahu.. tanda-tanda hanya demam dan muntah.. jika lambat bertindak.. boleh keracunan darah yang teruk. Seperti diracun. Beringat la ye semua.. ianya sesuatu yang sukar untuk kita dilalui.
(Saya izinkan kongsi dengan sesapa yang ada anak kecik.. mungkin ini saja cara yang boleh bantu ibubapa aware).
#day3
#Laparotomy foreign body removal and primary repair of stomach and small bewel.
Kredit:Tabby Cameo Int
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Ya Allah Cuainya Saya Beli Mainan Ni” Saluran Usus Anak Bocor, 4 Biji Magnet Berjaya Dikeluarkan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ya-allah-cuainya-saya-beli-mainan-ni-saluran-usus-anak-bocor-4-biji-magnet-berjaya-dikeluarkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Tak Yang Sudi Beli Nak Tampung Kos Pembedahan Anak Wanita Ini Lelong Barang Bayi

Ada Tak Yang Sudi Beli Nak Tampung Kos Pembedahan Anak Wanita Ini Lelong Barang Bayi

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 285 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul begitulah gambaran yang tepat untuk si ibu yang sedang berusaha mendapatkan rawatan untuk bayinya Ketika baru dilahirkan bayi ini terus diuji dengan pelbagai komplikasi termasuklah organ dal...
5 Kali Bersalin 5 Kali Dapat Anak Lelaki Tetap Bersyukur Akhirnya Allah Hadirkan 2 Anak Perempuan

5 Kali Bersalin 5 Kali Dapat Anak Lelaki Tetap Bersyukur Akhirnya Allah Hadirkan 2 Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 392 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan zuriat anak lelaki dan juga anak perempuan Barulah terasa lengkap satu keluarga Impian setiap ibu kalau dah ada anak perempuan pasti nak juga anak lelaki walaupun seorang dan begitulah sebali...
Rezeki Allah Isteri Dah Sarat 8 Bulan Pu Amin Umum Bakal Timang Anak Keempat

Rezeki Allah Isteri Dah Sarat 8 Bulan Pu Amin Umum Bakal Timang Anak Keempat

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 475 hits
Rezeki Allah tak pernah tersalah alamat Pencetus Ummah PU Amin menyampaikan perkhabaran gembira kehamilan isterinya yang rupa rupanya kini sudah pun berusia lapan bulan Berkongsi khabar gembira itu di Instagramnya PU Amin turut memaklumkan ...
Mainan Bantal Busuk Anak Patung Yang Tak Pernah Di Cuci Mungkin Punca Anak Kerap Jatuh Sakit

Mainan Bantal Busuk Anak Patung Yang Tak Pernah Di Cuci Mungkin Punca Anak Kerap Jatuh Sakit

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 310 hits
Anak sudah masuk usia 5 tahun barang permainan pun semakin banyak Tetapi pernah tak ibu ayah membasuh mainan kanak kanak walaupun sekali Eh perlu ke untuk mencuci barang permainan si kecil Baca Perlu ke membasuh mainan kanak kanak Pastinya ...
Kanak Kanak Dua Tahun Telan 209 Biji Bola Magnet

Kanak Kanak Dua Tahun Telan 209 Biji Bola Magnet

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 190 hits
Oleh KOSMO Kanak kanak lelaki berusia dua tahun menelan bola magnet yang merupakan bahagian daripada set permainannya iStock MOSCOW Sekumpulan pakar perubatan di Rusia berjaya mengeluarkan 209 bola magnet daripada perut seorang kanak kanak ...
Tak Perlu Beli Buat Je Sendiri French Fries Untuk Bayi 2 Biji Kentang Boleh Makan 4 Kali

Tak Perlu Beli Buat Je Sendiri French Fries Untuk Bayi 2 Biji Kentang Boleh Makan 4 Kali

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 482 hits
Kebanyakkan ibu buntu dan kekeringan idea nak bagi anak finger food apa yang senang dan berkhasiat Kalau dapatkan di kedai anak mesti jemu Tentu sekali ibu ibu nak anak rasa kelainan dalam pemakanan Ikuti perkongsian Resipi French Fries dar...
Daddy Bila Nak Datang Rumah Lagi Beli Jiwa Anak Anak Fedtri Yahya Buat Kejutan

Daddy Bila Nak Datang Rumah Lagi Beli Jiwa Anak Anak Fedtri Yahya Buat Kejutan

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 303 hits
Anak anak mana yang tidak gembira bila mana menerima kejutan hadiah Pengacara yang cukup terkenal dengan kelembutan suaranya Fedtri Yahya tidak terkecuali membuat kejutan buat keempat empat anaknya Kata Fedtri ia merupakan hadiah untuk anak...
Selalu Doa Minta Bersalin Mudah Allah Makbulkan Suami Jadi Bidan Sambut Anak

Selalu Doa Minta Bersalin Mudah Allah Makbulkan Suami Jadi Bidan Sambut Anak

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 338 hits
Alhamdulillah Allah permudahkan dan makbulkan doa saya nak bersalin dengan mudah Tak sangka pula cepat sangat Hanya 15 minit dah selamat keluar Ini pengalaman yang dilalui seorang ibu Puan Haniey Muhd ketika melahirkan bayi perempuan 17 Apr...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri