Daddy Bila Nak Datang Rumah Lagi Beli Jiwa Anak Anak Fedtri Yahya Buat Kejutan
Anak-anak mana yang tidak gembira bila mana menerima kejutan hadiah. Pengacara yang cukup terkenal dengan kelembutan suaranya, Fedtri Yahya tidak terkecuali membuat kejutan buat keempat-empat anaknya.
Kata Fedtri, ia merupakan hadiah untuk anak-anak yang selalu ditinggalkan dek kerana kesibukan tugasnya sejak awal tahun lagi.
Namun paling menarik bukan sahaja kejutan bahkan kata-kata anaknya yang sentiasa bertanya “bila ayah mahu datang ke rumah” itu cukup menggambarkan kesibukkan si ayah yang padat dengan jadual demi mencari rezeki buat keluarga.
Demi menggantikan masa itu, Fedtri membuat kejutan dengan memberikan hadiah berupa mainan berbentuk pendidikan kepada anak-anaknya. Seronok melihat anak-anak yang teruja menerima pemberian daddy.
“Terlalu sibuk sejak awal tahun ni sampai kadang-kadang anak tanya: “Daddy bila nak DATANG rumah kita lagi?
“Hari ni… sedekah barang-barang mainan untuk pembelajaran. Terima kasih @geniushop.hq – lubuk edutoys termurah.
“Malas nak keluar waktu macam ni. Sesak, ramai orang. Beli online senang,” kongsinya menerusi Instagram.
Dalam pada itu, rata-rata peminat dan pengikut Fedtri Yahya di Instagram turut memuji tindakan Fedtri yang begitu bermurah demi membuatkan anak-anaknya gembira.
“Ouchhhhh”bila nak DATANG”. Daddy kena qada’ beli jiwa anak-anak semula.”
“Allah sayang kita gembirakan anak-anak.”
“Comel je semua. Word “datang” tu memang anak-anak akak masa derang kecik pun suka sebut. Abahnya balik dari kerja derang sebut “ummi, abah datang.”
View this post on Instagram
A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)
Terdahulu, Fedtri mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nurul Anati Ismail pada tahun 2011 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata, Indah Sutera Jannah, Ahmad Wildan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Baca: Tak Keluar Rumah Pun Ibu Risau Kesihatan Anak, Ini Apa Yang Boleh Dibuat
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @fedtriyahya
The post “Daddy Bila Nak Datang Rumah Lagi” Beli Jiwa Anak-Anak, Fedtri Yahya Buat Kejutan! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/daddy-bila-nak-datang-rumah-lagi-beli-jiwa-anak-anak-fedtri-yahya-buat-kejutan/