Wujudkan Majlis Media Jangan Tindas Kebebasan Wartawan Fahmi



Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak menjamin kebebasan media sejak 4 bulan berkuasa amat dikesalkan.
Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil berkata, kebebasan media amat penting bagi menjamin perjalanan pentadbiran yang telus dan hak asasi rakyat terjamin
Katanya, tindakan ke atas agensi berita al Jazeera serta media tempatan baru-baru ini sebaliknya tidak menunjukkan sifat toleransi serta demokratik kerajaan PN.
“Saya kesal tindakan memberi tekanan kepada warga media, termasuk yang terkini melibatkan al Jazeera. ‬
‪”Media perlu memainkan peranan melapor dengan bebas. ‪Semak imbang ini memerlukan bukan sahaja kerajaan yang faham fungsi media dalam memantau perjalanan pentadbiran tetapi juga rakyat yang mampu menilai maklumat yang disampaikan kerajaan dan media.‬
“Saya gesa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah bertindak segera meyakinkan para wartawan, editor dan warga media bahawa kerajaan hari ini tidak anti media atau anti kebebasan bersuara, selain memberi komitmen tindakan-tindakan tekanan terhadap media akan dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataan itu Fahmi turut menyarankan agar kerajaan PN merealisasikan kewujudkan Majlis Media Malaysia yang diusahakan penubuhannya oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini secepat yang mungkin.
“Saya gesa kerajaan meneruskan usaha mewujudkan Majlis Media agar isu-isu berkaitan media dapat dibincang secara sistematik, tanpa menjejas persepsi umum termasuk komuniti antarabangsa, dan tanpa menyebabkan media menjadi ‘pak turut’ kerajaan.‬
“Menteri ‪perlu bertemu Jawatankuasa Sementara Majlis Media sebagai tanda komitmen beliau terhadap kebebasan media. Kegagalan atau keengganan bertemu jawatankuasa bermaksud beliau dan kerajaan tidak lagi komited kepada prinsip kebebasan media,” ujar Fahmi yang dilantik sebagai Jurucakap KEADILAN bagi Komunikasi, Seni dan Budaya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga ‬kesal kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2020 merosot berbanding tahun sebelumnya akibat tindakan mengawal agensi berita dan wartawan sebagaimana dilakukan oleh rejim BN sebelum ini.
“April lalu Malaysia dilaporkan berada di tangga ke-101 dalam indeks Kebebasan Media 2020. Malangnya, tindakan-tindakan yang diambil terhadap media jelas akan menjejaskan kedudukan negara dalam carta Reporters sans frontières / Reporters Without Borders / RSF tersebut.‬
“‪Media yang bebas adalah tiang seri demokrasi. ‬‪Bila media dikongkong, minda rakyat bakal terkurung,” katanya lagi.
Untuk rekod, polis ketika ini mula menyiasat al Jazeera berhubung dokumentari yang disiarkan, bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanakan langkah menangani Covid-19 baru-baru ini.‬
Siasatan dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28635

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fahmi Fadzil Yb Cap Ayam Pkr Jangan Jadi Tali Barut Media Asing Shahrul

Fahmi Fadzil Yb Cap Ayam Pkr Jangan Jadi Tali Barut Media Asing Shahrul

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 688 hits
YB Fahmi Fadzil Anda Adalah YB Cap Ayam PKR Jangan Jadi Tali Barut Media Asing Shahrul 8 July 2020 Berita Utama KUALA LUMPUR 8 Julai YB Fahmi Fadzil anda adalah YB Cap Ayam bidas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Shahrul Nasrun Kam...
Kenyataan Media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan

Kenyataan Media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 303 hits
Jumaat 26 Jun 2020Kerajaan Malaysia mesti lebih agresif dan berani menjamin pekerjaan di tengah kemerosotan ekonomiKemerosotan ekonomi semakin memburuk Berdasarkan angka terkini Jabatan Statistik Malaysia kadar pengangguran telah melonjak d...
Nafi Diri Melacur Di Media Sosial Netizen Minta Sajat Jangan Tambahkan Bala

Nafi Diri Melacur Di Media Sosial Netizen Minta Sajat Jangan Tambahkan Bala

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 903 hits
Nama usahawan Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz zaman semakin hangat diperkatakan selepas dia semakin ligat memuat naik foto dan video dirinya dalam keadaan menjolok mata Sedar bahawa dirinya kini dikecam masyarakat Saj...
Jangan Pumpang Di Media Sosial Je Demi Like Dan Followers Safiey Illias Ajak Geng Pu Jumpa Depan Depan

Jangan Pumpang Di Media Sosial Je Demi Like Dan Followers Safiey Illias Ajak Geng Pu Jumpa Depan Depan

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 351 hits
Beberapa hari ini kec0h 1su Makny4h atau transgender yang dikatakan semakin menjadi jadi dan berani khususnya di media sosial Antara nama yang juga disebut sebut dalam isu ini pastinya usahawan kosmetik Safiey Illias atau nama penuhnya Saif...
Semangat Dalam Ph Jangan Dirungkai Kata Anwar

Semangat Dalam Ph Jangan Dirungkai Kata Anwar

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 325 hits
Kita harus kembali kepada landasan perjuangan demikian menurut Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada siaran langsung di Facebook Pakatan Harapan malam ini Beliau berkata demikian sebagai gesaan kepada rakan rakan di dalam Pakatan Harap...
Anak Main Sabun Jangan Larang Aktiviti Sensori Bin Buat Anak Makin Hebat

Anak Main Sabun Jangan Larang Aktiviti Sensori Bin Buat Anak Makin Hebat

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 632 hits
Bilik air di rumah kita antara ruang yang berbahaya untuk anak kecil kita bermain Pun begitu ruang inilah juga yang mampu mencipta keseronakkan pada anak anak kecil Anak anak makin galak dan gembira bila bermain dengan air di rumah Inilah k...
Jangan Takut

Jangan Takut

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 349 hits
Kredit kepada Izyan Izdihar Muncul balik penulisan menarik ni di memory FB melalui page Fidtri Yahya gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dgn entry tapi tumpang gembira siapa sangka akhirnya beliau bakal ada peneman semula Alhamdulillah...
Jangan Tipu Sorok Apa Apa Dari Isteri Instinct Wanita Cukup Kuat Boleh Hidu Semuanya

Jangan Tipu Sorok Apa Apa Dari Isteri Instinct Wanita Cukup Kuat Boleh Hidu Semuanya

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 368 hits
Seorang isteri akan tahu apabila suaminya ditimpa kesusahan Seorang ibu akan tahu apabila anak anak ada masalah Begitulah hebatnya instinct seorang wanita Apabila suami dan anak anak kesayangan ditimpa musibah isteri dan ibulah orang pertam...
Penjelasan Rasmi Ali Batsyah Siapa Sebenarnya Jebat Derhaka

Misteri Identiti Mayat Terapung Dekat Tali Air Cetus Tanda Tanya Warga Seberang Perai

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara

Hiburan Rezeki Untuk Dikongsi Fida Jungle Girl Sumbang Rm100 000 30 Smart Tv Amp Taja Murid Istimewa Ke Abu Dhabi

Melayu Champa Kaum Utsul Di Pulau Hainan

Belanjawan Madani Keempat Belanjawan Rakyat

Pekerja Kedai Serbaneka Ditemui Mati Di Sungai Disahkan Dibunuh Oleh Penyelia Sendiri

Pm Anwar To Table Budget 2026 In Parliament This Afternoon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flavorful Healthy Recipes For Dinner Low Carb

Hujung Minggu Pun Tiba

Dutch Master 6 Customs From Powerbrick

Yuka Mawar Chord

Ramles Walter Unchosen Chord

Tahiyat Akhir Sujud Penyerahan Terakhir Seorang Hamba