Wujudkah Peluang Kedua Buat Penagih Dadah Untuk Berubah
Wujudkah Peluang Kedua Buat Penagih Dadah Untuk Berubah? Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Pada hari Rabu, 22 September 2021 pada pukul 9.00 malam telah berlangsung satu program motivasi anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Perak Tengah. Program ini telah dikendalikan oleh Moderator Encik Wan Mohd Afiq Bin Wan Aris Fathilah yang merupakan Naib Pengerusi SKUAD Antidadah Daerah Perak Tengah. Amat berbesar hati kerana pada malam itu penceramahnya adalah pendakwah selebriti Ustaz Dr.Haji Abdullah Khairi Bin Haji Haroon (UAK).
Program ini telah menyasarkan penonton dari semua peringkat. Yang paling diraikan adalah klien pengawasan AADK Daerah Perak Tengah secara khususnya. Selain itu majlis ilmu ini disasarkan kepada waris klien, pemimpin masyarakat dan semua lapisan masyarakat. Malam itu juga diserikan dengan kuiz dan pemilihan pemenang.
Wujudkah Peluang Kedua Buat Penagih Dadah Untuk Berubah?Pastinya wujud selagi kita bernafas. Peluang ini hanya akan diambil oleh orang-orang yang mengambil peluang untuk berubah kerana pintu-pintu hidayah sentiasa ada. Sangat merugikan pada sesiapa yan tidak mengambil peluang yang mana bukan peluang kedua, ketiga atau selebihnya. Janganlah sehingga pintu inti tertutup dan kita mati dalam kufur dan noda. Bagi klien, menjalani pengawasan atau juga menjalani pemulihan di pusat pemulihan adalah merupakan peluang yang sebaik-baiknya. Jika tamat sahaja pengawasan, tamat sahaja tempoh menjalani program pemulihan dalam pusat anda keluar dan mengulangi kesalahan itu adalah sesuatu yang tidak patut berlaku.
Peluang Kedua Sebagai Alasan?Ustaz Abdullah Khairi menekankan konsep taubat di dalam merebut peluang untuk berubah.
Konsep taubat :
Menyesal sungguh-sungguh beristighfarlah.Kena berhenti dari dosa yang kita buat.Jangan ulang semula kesilapan kita.
Kenapa Orang Sia-Siakan Peluang Kedua ?Kembalilah kepada Allah SWT kerana kita tidak tahu bila ajal menjemput. Jangan tunggu lagi kerana mungkin tidak ada peluang seterusnya kepada kita. Mungkin kematian kita sedang menanti.
Mengubah Pandangan Orang Luar Kepada Bekas Penagih DadahKita tidak dapat mengubahkan pandangan orang kepada diri kita. Tetapi kita perlu mengubah diri kita untuk mengubah pandangan mereka. InsyaAllah.. Di sini dikongsikan beberapa point yang kita boleh ambil untuk kita berubah.
Bagaimana Ingin Berubah Ke Arah Lebih Baik?
Carilah sahabat yang baik, Sahabat yang boleh membentuk kita supaya kita tidak lari daripada landasan kepulihan.Perbanyakkan doa. Jangan pernah berhenti berdoa. Pada yang masih ada ibu bapa, minta ibu ayah doakan sentiasa untuk kebaikan bersama. Doa ibu ayah ini adalah amat mustajab terutama ketika sujud. Hidayah adalah milik Allah bukan milik kita. Jadi jangan berputus asa dalam berdoa. Doa supaya kita dapat kekal kepulihan.Dalam mencari taubat, jangan lupa untuk sertailah majlis ilmu, Dikatakan jika kita meninggal majlis ilmu selama 2 minggu akan ada titik hitam dalam diri kita. Majlis ilmu adalah penting untuk jiwa kita dan untuk menasihati diri sendiri.Jangan lupa ikut perintah Allah SWT. Jangan tinggalkan solat dan jaga kusyuk dalam solat. Solat yang kusyuk dapat mencegah mungkar. Jadikan sabar dan solat.Jangan tinggal Al-Quran. Walaupun tak pandai, belajarlah kembali membaca Al-Quran. Hafallah sebolehnya walaupun tak lancar.Berbuat baik pada orang tua kita yang masih ada. Jangan tinggalkan mereka.
Tips jaga kusyuk dalam solat
Tengok tempat sujud, jangan pejam mata.
Memahami apa yang kita baca dalam solat.
InsyaAllah semoga kita kekal dalam hidayah Allah SWT. Kita sendiri yang nak berubah! Bukan orang lain. Jika kita berada dalam landasan yang betul, biar mereka dengan pandangan serong mereka. Persiapkan diri kita ke arah Allah SWT. Sememangnya kepulihan daripada dadah adalah daripada diri kita sendiri.
Kepulihan juga bukan sahaja tanggungjawab AADK, tetapi diri sendiri dan semua masyarakat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shalimaryusof.com/2021/09/wujudkah-peluang-kedua-buat-penagih-dadah.html