Wrap Pizza Ekstravaganza Istimewa Untuk Anak Cukup Mudah Pakai Kuali Je
Apa hidangan sarapan hujung minggu anda buat anak-anak? Pastinya rangkaian menu special seperti nasi lemak menghiasi meja makan di pagi hari. Pun begitu ada waktunya anak-anak mahukan kelainan. Sesekali cuba pula menyediakan sarapan sedikit kebaratan. Anak-anak pasti suka!
Wrap Pizza Ekstravaganza ini pastinya cukup istimewa untuk hidangan keluarga. Bukan anak saja suka, suami pun teruja bila mana melihat kehebatan pizza yang dihasilkan. Paling menarik, pizza yang dihasilkan oleh Afy AL Habibi ini bukan sahaja mudah bahkan hanya menggunakan kuali sahaja. Simple. Nak tahu bagaimana dihasilkan, jom cuba!
Ini resepinya kepada kawan cikgu yang berminat. Cikgu olah sendiri bahan untuk sesuaikan dengan diet cikgu. Syok bila diet pun boleh makan pizza. Haa.
Bahan grill:
Panaskan sedikit butter garlic. Masukkan potongan kecil ayam bahagian dada.
Perasakan dengan secubit kecil garam bukit dan 1/2 sudu besar sos blackpepper.
Grill selama 3 minit / sehingga isi ayam masak.
* buat cara yang sama untuk udang yang telah dibuang kulit dan dibelah belakangnya. Ketepikan setelah masak.
Grill seminit 2 keping beef salami. Ketepikan.
Grillkan juga hirisan lada benggala dan bawang Holland selama 1 minit. Perasakan dengan secubit kecil garam bukit. Ketepikan.
Panaskan wrap sehingga garing untuk satu bahagian belakang sahaja.
Kemudian, terbalikkan. Bahagian garing tadi disapu rata dengan 3 per 4 sudu besar sos spageti.
*jangan terlebih ye.
Susunkan dengan bahan grill tadi. Beef salami tu cikgu potong 4.
Taburkan dengan hirisan cendawan dalam tin. Paip nipis sos. Kuantiti untuk semua jenis sos tak lebih dari 1 sudu kecil sahaja.
Cikgu guna sos blackpepper, kewpie mayonis lite dan kewpie mayonis cheese.
Taburkan pula dengan keju mozarella yang sudah diparut. Untuk keju, cikgu guna yang rendah kalori. Beli kat tesco, plastik hijau. Lupa brand apa.
Cikgu masak guna api gas yang dipasang perlahan sahaja. Tutup dengan tudung periuk. Masak sehingga keju mencair dan bahagian bawah wrap sedikit garing.
* nak guna microvawe pun terpulang.
Keju yang sudah mencair dan wrap bahagian bawah sedikit garing.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA
Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents
The post Wrap Pizza Ekstravaganza Istimewa Untuk Anak, Cukup Mudah, Pakai Kuali Je! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/wrap-pizza-ekstravaganza-istimewa-untuk-anak-cukup-mudah-pakai-kuali-je/