Wow Kolaborasi Di Antara Coolblog Farm Fresh Kena Cuba Ni
Hi Korang,COOLBLOG & FARM FRESH merupakan nama yang tidak asing lagi. Sebut sahaja dua brand gergasi ini confirm ramai yang mengenalinya. Bahkan semua orang semestinya sudah pernah merasa sendiri CoolBlog mahupun Farm Fresh kan?
Apa yang lebih menariknya, Ramadan kali ini CoolBlog tampak lebih meriah serta ceria kerana di beri nafas baru menerusi Farm Fresh dengan menggunakan Susu Kurma Farm Fresh yang diminati ramai didalam minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie. Kempen Tradisi Cool Ramadan oleh Coolblog ini telah menemui peminat Coolblog bermula 4 April 2021.
Kerjasama dua jenama tempatan ini dilihat sebagai satu gabungan yang tepat dimana Coolblog dan Farm Fresh adalah dua nama besar didalam pasaran serta menghasilkan minuman yang berkualiti dan mempunyai penggemar yang tersendiri. Melalui kolaborasi ini, Coolblog dan Farm Fresh dapat bersama-sama meneroka pasaran baharu dan mengukuhkan lagi jenama di dalam industri.
Mesej utama kempen ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog kini memberi penghormatan kepada minuman yang melambangkan tradisi dan nilai masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Kathira Smoothie yang diilhamkan dari minuman Kathira yang terkenal di Johor, diolah dan diberi nafas baru menggunakan bahan premium seperti air jeli pandan, selasih, jeli kurma, dan Susu Kurma Farm Fresh.
Manakala, Bandung Smoothie adalah campuran perisa ros, jeli gula perang premium dan juga Susu Kurma Farm Fresh bakal menambat tunas rasa setiap pelanggan setia Coolblog.
Kathira Smoothie - RM9.80
Bandung Smoothie - RM8.80
Nikmati minuman baharu dari Coolblog ini di bulan Ramadan dan dapatkan di kesemua cawangan Coolblog.
Kempen ini bertujuan untuk memupuk semula nostalgia minuman tempatan yang menjadi pilihan utama untuk diminum ketika waktu berbuka puasa. Kerjasama dengan Farm Fresh untuk minuman Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie menggunakan Susu Kurma Farm Fresh telah memberi nafas baru kepada minuman ikonik tempatan. Kempen Ramadan kali ini amat bermakna buat kami kerana seluruh warga kerja Coolblog bersama-sama memerah keringat dan berusaha mencari idea kreatif untuk menyajikan minuman ini kepada pelanggan kami. Akhirnya kami berjaya mencipta rasa asli baharu yang kaya dengan tradisi dan nostalgia.
Apa yang menarik pada kempen Tradisi Cool Ramadan ini adalah pada strategi kami dalam mengimbau dan mengangkat nilai tradisi yang ada pada kedua-dua minuman tersebut. Kami percaya setiap dari kita membesar dengan tradisi oleh itu kami percaya Kathira Smoothie dan Bandung Smoothie akan menjadi pilihan utama para pelanggan kami untuk dijadikan minuman sewaktu berbuka puasa nanti.
Kami berpegang teguh kepada bahan-bahan utama yang menjadikan kedua-dua minuman ini seakan minuman ikonik masyarakat setempat, tetapi kami memberikan olahan dan sentuhan Coolblog bersama Farm Fresh bagi menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia.
So guys, sementara stock masih ada sehingga May ni rebutlah peluang untuk meraihkan bersama sahabat dan keluarga tersayang. Berkunjung lah ke semua outlet yang berdekat area anda. Kalau nak tahu outlet mana yang berdekatan korang just pergi ke link ini ok? CHECK OUTLET ANDA!
Untuk info yang lebih lanjut, boleh lah follow Account Social Media mereka:
Facebook :https://www.facebook.com/Coolblog Malaysia
Instagram :https://www.instagram.com/CoolblogMalaysia
Official Website: https://www.coolblog.com.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.kiflimally.com/2021/04/wow-kolaborasi-di-antara-coolblog-farm.html